Terbaharu, tular di media sosial trend pengambilan celtic salt atau lebih dikenali sebagai garam bukit yang didakwa mampu mengurangkan rasa haus sepanjang menjalani ibadah puasa.

Trend ini sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, benarkah ia membantu tubuh kekal terhidrat atau sekadar mitos semata-mata?

Trend ‘Celtic Salt’ Ketika Puasa, Betul Boleh Kurangkan Haus Atau Sekadar Mitos?

Menurut perkongsian oleh Dr Samhan menerusi akaun TikTok miliknya, garam bukit berbeza daripada garam biasa kerana kandungan sodiumnya lebih rendah, manakala mineral lain seperti magnesium, kalium dan kalsium adalah lebih tinggi dan dilihat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Kongsi doktor itu lagi, garam bukit mampu membantu mengurangkan rasa haus sepanjang berpuasa kerana ia boleh mengurangkan kekerapan membuang air kecil, namun tetap tidak boleh diambil secara berlebihan.

Menurutnya, garam ini membantu mengekalkan kandungan air dalam badan. Justeru, pengambilan hanya secubit garam bukit yang dilarutkan dalam air suam dan diminum ketika sahur boleh diamalkan ketika berpuasa.

Trend ‘Celtic Salt’ Ketika Puasa, Betul Boleh Kurangkan Haus Atau Sekadar Mitos?

Ads

Namun dalam masa sama, perkongsian daripada Public Health Malaysia menjelaskan bahawa garam bukit sering dikatakan lebih ‘sihat’ kerana tidak ditapis dan mengandungi lebih banyak mineral seperti magnesium, kalium dan kalsium berbanding garam biasa.

“Namun dari segi kesan fisiologi terhadap dehidrasi, garam ini masih berfungsi sama seperti garam biasa kerana ia masih mengandungi sodium yang tinggi.

“Sodium ini masih akan meningkatkan kepekatan darah, menyebabkan air ditarik keluar dari sel dan akhirnya meningkatkan rasa haus.

“Otak akan mengesan kepekatan sodium yang meningkat dan menghantar isyarat haus dan ini akan menyebabkan berasa lebih dahaga,” kongsi Public Health Malaysia di Facebook.

Tambah perkongsian itu lagi, cara paling efektif untuk mengurangkan dahaga semasa berpuasa adalah dengan minum air secukupnya antara waktu berbuka hingga sahur iaitu sekitar enam hingga lapan gelas sehari.

Ads

Selain itu, orang ramai juga disarankan mengurangkan pengambilan makanan tinggi garam termasuk garam celtic dan tidak mengambilnya dalam kuantiti berlebihan. Pilihan makanan semula jadi yang tinggi elektrolit seperti pisang, kurma dan air kelapa turut membantu dalam mengekalkan keseimbangan cecair badan.

Trend ‘Celtic Salt’ Ketika Puasa, Betul Boleh Kurangkan Haus Atau Sekadar Mitos?

Ads

Maka, garam celtic bukanlah solusi khas untuk menghilangkan rasa haus. Sedikit garam mungkin membantu keseimbangan elektrolit, namun kunci utama kekal pada hidrasi yang mencukupi dan pemilihan makanan yang betul.

Malah, tiada bukti kukuh bahawa garam celtic secara khusus mampu menghilangkan rasa dahaga ketika berpuasa. Secara asasnya, ia tetap natrium klorida (garam), sama seperti garam biasa.

Fakta lebih tepat, sedikit garam boleh membantu keseimbangan elektrolit, tetapi ia bukan ‘magik’ dan tidak sesuai diambil secara berlebihan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads