Transfer Duit Melalui Maybank2u Ke Tabung Haji, Lebih Mudah & Jimat Masa

Share

Bagi sesiapa yang dah mula rasa nak menyimpan duit di Tabung Haji tu, kali ni kami kongsi kan pula bagaimana nak memudahkan urusan transfer wang secara online melalui Maybank2u ke akaun Tabung Haji.

Tapi sebelum tu, korang kena daftar dulu akaun Tabung Haji di Maybank2u. Nak daftar ni tak boleh secara online

, kena pergi ke mesin ATM Maybank terlebih dahulu.

Okay caranya mudah je, pastikan korang bawa sekali buku Tabung Haji untuk pendaftaran ni.

1. Firstly, masukkan kad ATM ke dalam mesin ATM dan masukkan nombor pin kad.

2. Pilih menu TABUNG HAJI

3. Kemudian, pilih menu Tabung Haji (TH)

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji di ruang yang disediakan, disusuli dengan nombor siri buku Tabung Haji

Selepas selesai daftar, barulah korang boleh terus akses akaun Tabung Haji melalui Maybank2u.

Cara transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji

1. Setelah log in ke akauan Maybank2u, klik pada menu Account & Banking

2. Pilih menu Transfers

3. Kemudian, klik menu Tabung Haji

4. Cari menu Fund Transfer dan klik

5. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer

6. Masukkan amaun/jumlah yang hendak di transfer ke Tabung Haji dan klik butang Continue

7. Request TAC dan masukkan ke dalam ruang TAC. Seterusnya, klik butang confirm

8. Selesai!

Lepas ni tak ada alasan lagi nak cakap korang busy dan tak ada masa nak ke Tabung Haji kan?

InsyaAllah dengan usaha-usaha seperti ini akan memudahkan rezeki kita untuk dipanggil ke Baitullah. Aamiin!

Sumber: adzril.com

IKLAN