Tourism Malaysia Pupuk Sikap Kejiranan, Ajak Warga Singapura Cuti-Cuti ‘Singapoliday’

Share

Jika sebelum ini restoran makanan segera, Burger King Team UK telah mengeluarkan iklan meminta pelanggannya membeli daripada pesaingnya McDonald’s, kini giliran Tourism Malaysia memperlihatkan sokongannya terhadap negara jiran, Singapura.

BACA: Burger King Merayu Suruh Beli McDonalds, Kesan Pandemik Sama Dipikul

Tourism Malaysia telah mengeluarkan sebuah poster dengan mengajak warga Kota Singa meneroka negara pulau tersebut susulan pelaksanaan sekatan sempadan akibat penularan COVID-19.

“Seperti Burger King yang tidak pernah menyangka mereka akan mempromosikan Big Mac, kami juga tidak pernah menduga akan meminta anda berbuat begini.

“Tidak pernah terbayang kami akan menggalakkan anda bercuti di Singapura, namun rakan kami dalam industri pelancongan memerlukan sokongan anda pada masa ini. Walaupun kita mengimpikan untuk berjemur di bawah sinaran matahari di Pulau Redang, tidak ada kurangnya berbuat demikian di Sentosa buat masa sekarang”

“Jika anda ingin membantu, mulakan #SingaporRediscovers hari ini”

Sokongan ini turut mendapat perhatian daripada VisitSingapore yang turut meninggalkan komen di laman Facebook Tourism Malaysia.

Semangat kejiranan ini juga disokong oleh rata-rata masyarakat di Malaysia dan Singapura yang masing-masing turut memberi semangat dan mendoakan agar pandemik COVID-19 berakhir segera.

Kami pasti ramai yang sudah merindui untuk melancong ke luar negara. Namun begitu, dalam situasi seperti ini adalah lebih baik sekiranya kita ‘cuti-cuti’ di negara sendiri dulu. Bukan hanya untuk keselamatan diri sendiri, tetapi ia juga bakal meningkatkan kembali sumber ekonomi negara.

Sumber: Tourism Malaysia

IKLAN