Top 4 Penginapan Airbnb Paling Unik Di Asia Untuk 2020, Malaysia Ada Tak?

Share

Ramai yang sudahpun memulakan cuti hujung tahun mereka pada hari ini.

Sebelum memasuki tahun 2020, mereka pastinya ingin menjadikan pengalaman bercuti itu memorable dan indah untuk dikenang semula.

Namun bagi korang yang masih bekerja atau berdepan peperiksaan hinggakan tak sempat untuk bercuti, apa kata korang merancang percutian pada tahun 2020 dari sekarang!

Di sini, aplikasi menempah lokasi penginapan terkenal, Airbnb telah mengeluarkan senarai beberapa buah kediaman paling unik untuk korang cuba tahun hadapan.

Unik macam mana tu…?

 

Hibiscus Beach Retreat, Sabah

Apa yang best? Kawasan pinggir pantai di Sabah ini amat menenangkan. Ia merupakan chalet 1 bilik yang berhadapan dengan pemandangan Laut China Selatan, the entire ocean is yours!

 

Balian Treehouse, Indonesia

Apa yang best? Bali sememangnya merupakan destinasi yang menarik. Percutian akan bertambah menarik jika korang menetap di rumah atas pokok ini. Ia terletak 3 minit dari pantai dan korang boleh melihat pemandangan matahari terbit dari beranda.

 

Canoe Ville, Kerala India

Apa yang best? Tak pernah tidur di atas rumah terapung? Canoe Ville yang terletak di pinggir tasik Vembanad, Kerala ini memang berlainan. Ia berdekatan dengan kawasan pantai, tapak festival seni terbesar di Asia (Kochi Muziris Biennale) dan dikelilingi alam sekitar.

 

Hideout Bali


Apa yang best?
Sekali lagi, Bali menawarkan penginapan unik untuk pelancong. Hideout yang terletak di kawasan pergunungan Gunung Agung diperbuat daripada buluh dan menawarkan ketenangan untuk korang. Ia dikelilingi alam semulajadi dan terletak di pinggi sungai sepanjang kawasan sawah padi.

*

Amacam, korang tertarik tak nak stay di 4 tempat ini?

Kalau korang lebih inginkan percutian di Eropah seperti Athisha Khan, jom lihat itenerari percutiannya di sana.

 

IKLAN