Tonton 10 Iklan Hari Raya Aidilfitri 2021 Terbaik Pilihan Remaja!

Share

Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai walaupun kebanyakkan dari kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dan satu perkara yang sering dinantikan kita semua ialah iklan-iklan Hari Raya daripada pelbagai syarikat korporat dan juga badan kerajaan. Kalau dulu iklan Raya sinonim dengan Petronas yang  sentiasa menghidangkan pelbagai kisah penuh suka duka yang menambah ‘kemanisan’ sambutan Hari Raya.

Tahun ini juga tidak kurangnya! Semua syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang dengan penuh kreatif dengan selitan pesanan. Antara iklan Raya yang paling menarik bagi Remaja ialah dari Saji, TNB, Adabi, MR DIY, Petronas, Safi. Yang lain-lain juga tak kurang hebatnya. Jom sama-sama kita tonton iklan Raya di bawah!

  1. Saji – Mangkuk Tingkat Mak Teh

2. Adabi – Benci Ayah

3. PETRONAS – Syukur Raya

4. TNB – Hikmah Raya Aida

5. MR DIY – Kerana Azman

6. Maxis – Raya Si Sakan

7. Mydin – Pulanglah Nak…

8. JAKEL – Cantik

9. COURTS – Raya Ni Tak Best!

10. SAFI – Raya Kau Hijau

Rata-rata iklan tahun ini menengahkan mesej raya dalam norma baru dan pandemik Covid-19. Kesihatan tetap penting dan SOP perlu diutamakan rakyat Malaysia walau bagaimanapun sambutan Aidilfitri anda pada tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami di Remaja!

IKLAN