Hiburan

“Alhamdulillah…” Tomok & Isteri Luah Rasa Syukur, Terpilih Tunai Ibadah Haji Bersama

Share

Penyanyi dan pelakon, Tomok baru-baru ini mencuri perhatian para peminat apabila beliau bersama isterinya, Rahayu Abas, terpilih untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun ini.

Menerusi sebuah perkongsian Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail (42) dan isterinya di Instagram, mereka meluahkan rasa syukur atas jemputan istimewa tersebut ke Tanah Suci yang dianggap sebagai rezeki paling bermakna dalam kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Dalam hantaran yang sama, Rahayu atau Ayu turut berkongsi rasa syukur apabila dipilih menjadi tetamu Allah bersama suami tercinta. Menurutnya, tiada doa lain yang diharapkan selain agar perjalanan ibadah itu dipermudahkan serta diberkati.

Rahayu juga menyifatkan peluang tersebut sebagai satu anugerah besar yang tidak ternilai, selain berharap agar segala urusan mereka sepanjang berada di Tanah Suci dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan foto keluarga kecil mereka bersama tiga orang cahaya mata, sekaligus menambahkan lagi rasa sebak dan gembira dalam kalangan para peminat yang mengikuti perkembangan pasangan ini.

BACA: “Perjalanan Baru Buat Saya” Tomok Kini Sambung Pengajian Peringkat Master Di UPSI

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai daripada rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan agar perjalanan ibadah haji pasangan ini dipermudahkan serta dikurniakan haji yang mabrur.

Untuk rekod, Tomok dan Rahayu Abas telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah yang menjadi penyeri dalam kehidupan mereka.

Sumber: Instagram Tomok & Ayu Abas

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE