Tom Cruise Bakal Buat Filem Di Angkasa Lepas, NASA Sendiri Umum Teruja!

Share

Adakah sejarah teknologi perfileman akan berkembang dengan penghasilan karya Tom Cruise ini?

Baru-baru ini, Ketua Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) memberitahu mereka akan bekerjasama dengan Tom Cruise bagi penghasilan filem mengenai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Malah jurucakap NASA mengesahkan bahawa Tom Cruise akan dihantar ke angkasa lepas dan berada di stesen makmal yang bernilai ratusan bilion dolar yang akan mengelilingi orbit sekitar 250 batu di atas bumi.

Filem ini dikatakan adalah filem aksi pengembaraan dan bukannya filem Mission Impossible baharu. Lebih menarik, wakil NASA turut telah mengesahkan penglibatan Tom Cruise ini yang mungkin sekali akan melakukan penggambaran di Space Station. Bukannya dengan CGI atau animasi okay! 

Bagaimana filem ini akan dihasilkan juga tidak diketahui. Menurut laporan The Verge, NASA akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai akan datang. SpaceX turut pernah mengumumkan yang empat individu akan menaiki kapal angkasa Crew Dragon untuk mengelilingi bumi pada sekitar hujung tahun 2021 atau awal tahun 2022. Mungkin Tom Cruise adalah salah seorang daripadanya?

Apa-apa pun sama-sama kita nantika. Tak sabar pula rasanya nak tengok filem ni nanti, betul-betul idea think out of box ni. 

SUMBER RUJUKAN: THE VERGE

IKLAN