Berita

Toh Puan Raghad Aminkan Solat Jenazah Suami Di Masjid Negara Sebelum Berlepas

Share

Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dilihat berada di Masjid Negera, Kuala Lumpur pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah buat jenazah suaminya yang juga merupakan mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia – REMAJA

Raghad yang berada di sisi Allahyarham untuk sesi rawatan pemulihan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam menerusi satu kenyataan ringkas di akaun Instagram telah menafikan kisah dan gambar Allahyarham berada dalam keadaan kritikan seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Beliau turut meminta agar blog dan portal media menurunkan berita berkenaan untuk melindungi privasi suaminya dan individu dalam gambar berkenaan sebelum meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Raghad dijangka pulang berlepas ke Kuching sejurus urusan pagi tadi bagi menyambut jenazah di sana.

 

Dalam pada itu, Unit Komunikasi Awam Sarawak mewakili kerajaan negeri Sarawak memaklumkan bahawa jenazah Taib Mahmud dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuching jam 3.30 petang ini sebelum terus dibawa ke kediaman rasmi beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.

Pada Khamis 22 Februari pula, jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana orang ramai berpeluang memberi penghormatan terakhir bermula 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan selepas Solat Zohor sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian keluarga di Demak Jaya.

FOTO: Astro Awani

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN