Tiru 6 Teknik Fotografi Ini Confirm Gambar Meletop

Share

Pening kepala juga kalau kita ada kawan-kawan yang sejenis suka sangat nak ber-OOTD ni. Mangsanya mestilah diri kita sendiri. Jenuh nak dapatkan angle terbaik, ada saja yang tak kena.

Gambar senget la. Nampak gemuk, tak ready lagi dan macam-macam karenah nak dilayan. Selagi tak ada gambar terbaik untuk diupload

ke instagram, jangan haraplah mereka berpuas hati. Jadilah kita insan yang tabah ni terpaksa redha dengan perangai kawan macam ni.

Ini yang kami nak kongsikan tip untuk memudahkan kerja korang. Ada 6 rahsia teknik fotografi yang wajib korang cuba.

Let’s try.

1. Ambil gambar daripada low angle. Barulah nampak lebih slim.

2. Bezakan kedua-dua gambar ini. Cuba ambil gambar dari sisi bahu dengan background

yang menarik. Pasti gambar lebih cantik.

3. Nah, rahsia untuk nampak paha lebih kecil, jangan ambil full angle. Sebaliknya, dapatkan posisi separuh kaki untuk kelihatan lebih kurus.

4. Teknik yang sama, jangan ambil full angle.

5. Nak ambil gambar dekat pantai pun ada cara tau. Pastikan punggung korang betul-betul di garisan penghujung pantai. Baru ada gaya!

6. Konon-konon nak gambar kandid, time kawan tu tengah selfie, curi-curi la ambil gambar dia. Mesti dia suka.

Senangkan nak happy kan hati kawan-kawan? Guna je 6 teknik fotografi ni confirm la nanti kawan-kawan sayang korang lebih.

IKLAN