Tip & Panduan Untuk Geng Travel Jejak Lokasi Aurora Di Scandinavia

Share

Melihat keunikan cahaya aurora dengan mata sendiri merupakan impian bagi individu yang suka kepada kecantikan alam. Khabarnya, musim sejuk tahun ini antara musim Aurora paling meriah dan hampir setiap dua ke tiga hari sang cahaya ini akan muncul di langit.

Jika korang masih tercari-cari dimana lokasi untuk melihat aurora, berikut kami kongsikan beberapa tip yang dikongsi oleh Detektif Kembara

untuk berpeluang melihat keindahan aurora ini.
Foto: Serey Kim
  • Kebiasaannya pada bulan September hingga Mac
  • Bacaan KPI index melebihi 3 (guna apps)
  • Langit kena cerah (selalunya boleh nampak bintang). Sekiranya KPI 6-7 tetapi langit berawan tebal tidak akan nampak aurora
Foto: v2osk
  • Pergi ke kawasan yang gelap. Elakkan duduk di kawasan bandar yang penuh dengan cahaya
  • Periksa keadaan cuaca setiap tiga ke empat jam. Contohnya kalau salji turun memang tipis nak jumpa aurora sebab langit tidak cerah
  • Duduk igloo hotel tak payah hunting, kalau cahaya muncul boleh tengok terus daripada bilik
Foto: Bit Cloud

Ini pula antara lokasi yang paling terkenal di scandinavia dan mudah untuk bertemu aurora:

Finland

  • Rovaneimi
  • Sodankyla
  • Saariselka
  • Inari
  • Utsjoki
  • Kilpisjarvi

Norway

  • Tromso
  • Senja
  • Lofoten Island
  • Budo
  • Narvik
  • Alta
Foto: Detektif Kembara
Foto: Detektif Kembara

Sweden

  • Kiruna
  • Abisko
  • Jukkasjarvi
  • Jokkmokk
  • Porjus

So guys, korang dah bolehlah buat perancangan bersama kawan-kawan untuk menikmati keindahan aurora di lokasi-lokasi yang kami kongsikan ini. Paling penting, dah boleh mula menabung. Hiks!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN