Tingkat Peluang Kanser Serviks, Doktor Ini Jelas Risiko Hubungan Intim Di Usia Remaja

Share

Ramai yang membahaskan tentang isu lelaki berumur 41, mengahwini kanak-kanak 11 tahun jadi viral di media sosial.

Boleh dikatakan rata-rata masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan lelaki dan ibu bapa yang bersetuju untuk mengahwinkan anak mereka seawal usia 11 tahun.

Ada banyak perkara perlu diambil kira sebelum membenarkan kanak-kanak bawah umur berkahwin. Antara yang boleh diberikan perhatian oleh masyarakat ialah tentang satu perkongsian yang telah dibuat oleh Dr. Izzat

di laman twitternya mengenai risiko melakukan hubungan seks pada usia remaja.

Zaman sekarang ni, memang ramai remaja belasan tahun atau yang masih bersekolah sudah melakukan hubungan seks. Ada yang berkahwin seawal 15 tahun dan ada yang mengandung anak pertama pada usia 12 tahun.

Kurang pasti sama ada mereka ni betul-betul matang dan bersedia untuk berumah tangga, atau hanya mahu mencuba suka-suka untuk melakukan hubungan seks.

Iye la, masih lagi keanak-anakan dan tidak mempunyai ilmu tentang macam mana nak elakkan kehamilan serta penyakit-penyakit bawaan kelamin, sekali gus menyebabkan anak gadis ‘termengandung’ dan menurut doktor ini lagi, pesakit paling muda yang pernah dirawatnya adalah berusia 12 tahun.

Jom kita baca thread yang telah dikongsi oleh Dr. Izzat tentang risiko yang bakal diterima oleh remaja yang melakukan seks di usia yang terlalu muda.

Risiko kanser serviks


Transformation zone


Kesihatan mental

Jangan ambil mudah

Kalau kita dulu di usia kanak-kanak macam tu rasanya belum tahu apa-apa pasal nak kahwin semua ni. Masih lagi bangun pagi-pagi nak tengok kartun dan langsung tak fikir pasal kehidupan bersuami isteri. Cepat betul zaman berubah. Hiks!

IKLAN