Selama hampir 2 dekad, Menara Berkembar Petronas memegang takhta sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Namun, dengan pembangunan menara The Exchange 106 di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) yang dijadualkan siap pada bulan September ini, ia awal-awal sudah ‘dijamin’ dapat menandingi ketinggian KLCC.
The Exchange 106 kini sudah jelas kelihatan dari mana-mana sudut bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Dari lebuh raya SMART nampak, dari MEX nampak, dari Kampung Bharu pun nampak! Itu sudah menandakan betapa tinggi dan besarnya menara ini.
Tiga permandangan The Exchange 106 berlainan. (Dari kiri) dari Stesen MRT TRX, dari Lebuh Raya MEX dan dari puncak menara TM.
Sebelum ia siap untuk dibuka dan ruang dipenuhi, jom tengok 6 perkara paling istimewa mengenai kehebatan teknologi The Exchange 106.
01
Bangunan Tertinggi
Namanya saja sudah menjelaskan berapa banyak anak tingkat yang ada. Ia mempunyai 106 aras iaitu 18 aras lebih tinggi daripada KLCC. Jika KLCC berdiri setinggi 451.9 meter, The Exchange 106 pula mencecah 492.3 meter.
Ketinggian ini sekaligus membuatkannya tersenarai dalam 15 struktur tertinggi dunia setakat ini.
Jika di London, mereka mempunyai daerah khusus untuk kewangan saja yang dinamakan Canary Wharf, di Kuala Lumpur kita ada TRX. Ia dijangka bertukar menjadi ‘bandar kecil’ untuk tujuan perumahan, komersil dan riadah yang boleh mencipta 500,000 peluang pekerjaan.
Antara syarikat yang akan beroperasi di TRX ialah HSBC, Prudential, Lendlease (syarikat hartanah dari Australia) dan beberapa lagi.
03
Lebih 2,000 Parkir Kenderaan
Ads
Korang tak perlu gusar untuk cari parking dekat The Exchange 106. Ada kira-kira 2,116 buah lot parkir kenderaan yang dilaporkan untuk kegunaan penghuni bangunan ini.
04
Salah Satu Binaan Konkrit Terbesar Dunia
Cuba bayangkan, 20,000 meter kubik bahan binaan konkrit telah dicurahkan ke dalam tapak binaan The Exchange 106, bersamaan dengan 8 kolam renang Olympik!
Proses tersebut memakan masa hanya 48 jam, berbanding 53 jam yang diperlukan untuk mencurah konkrit untuk setiap menara KLCC.
Sebanyak 120 lori simen terbabit menggunakan 8.5 juta kilogram simen.
Ads
05
Pantas Dibina!
The Exchange 106 dibina oleh lebih 2,000 buruh daripada pelbagai latar belakang yang bekerja secara syif untuk tempoh 22 jam sehari. Setiap 2 ke 3 hari, mereka dapat menyiapkan 1 aras lantai. Semakin tinggi bangunan tersebut semakin cepat prosesnya, sehingga secepat 2 hari / 1 aras lantai.
06
‘Crown’ 48 Meter
Buat masa ini, binaan dan hiasa dalamannya turut dilakukan dengan pantas. Semuanya serba mewah bersesuaian dengan status The Exchange 106. Dari segi struktur luarnya pula, semua mata masih memandang ke arah ‘crown’ setinggi 48 meter di bahagian atas menara yang masih sedang dibina.
Diharap rakyat Malaysia boleh memaksimumkan penggunaan The Exchange 106 ini. Jangan jadi bangunan tinggi tanpa penghuni sudah ya.
Terbaru, penyanyi Lisa BLACKPINK telah meraih pujian dari para peminat drama bersiri The White Lotus musim ketiga apabila beliau dikatakan hebat dalam menjayakan watak sebagai Mook dalam drama tersebut.
Pada 16 Februari lalu, drama bersiri The White Lotus 3 telah rasmi ditayangkan di beberapa platform penstriman seperti HBO MAX dan Prime Video. Namun, apa yang menarik perhatian adalah reaksi penonton dan juga peminat Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal (28) terhadap debut lakonan penyanyi itu sebagai seorang pelakon.
Ketika siri ini dimuat naik, ramai yang tidak dapat menyembunyikan rasa kagum mereka dengan kehebatan dan betapa semula jadinya lakonan rapper BLACKPINK walaupun itu adalah penampilan pertamanya sebagai pelakon.
Seperti diketahui ramai, ia tidak asing lagi buat peminat Lisa memuji idola mereka. Malah kali ini, mereka bukan peminat yang menonton rancangan itu turut memuji bakat lakonan Lisa sebagai Mook dikatakan tidak kaku dan menggelar hal tersebut sebagai satu kejayaan.
Menurut beberapa peminat muzik K-Pop, kebanyakan idola K-Pop sebelum ini cenderung mendapat kritikan pedas dan kebencian setiap kali mereka mula berlakon. Namun, Lisa sebaliknya menerima banyak sokongan daripada orang ramai.
Sementara itu, warga internet juga meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat lebih banyak adegan Mook dalam episod The White Lotus 3 pada masa terdekat. Ramai di antara mereka mahu melihat sejauh mana kerja keras Lisa yang telah dilakukan untuk mencipta kesan mendalam tentang wataknya dalam drama itu.
Sebelum ini, menerusi satu temu bual, Lisa pernah berkongsi bagaimana beliau boleh mendapatkan watak dalam siri tersebut.
“Saya menghantar pita video dan kemudian pergi berjumpa Mike White untuk melakukan uji bakat di hadapannya. Selepas itu, saya menerima panggilan bahawa saya mendapat peranan itu. Ia tidak mudah dan sememangnya dunia baru. Namun, saya menikmati proses rakaman,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Dilan 1990 pernah mencipta fenomena bukan hanya di Indonesia, malah di negara kita juga memberikan reaksi positif tentang kisah cinta remaja ini.
Tahun lalu, filem tersebut telah pun melancarkan sekuelnya yang bertajuk Dilan 1991 dan hanya dalam masa lebih kurang setahun, kesinambungan filem ini telah pun diterjemahkan menerusi naskhah ketiga yang berjudul Milea: Suara Dari Dilan.
Filem Milea: Suara Dari Dilan ditayangkan pada Februari 2020 di seluruh Indonesia, dan mungkin kerana situasi pandemik yang melanda dunia sekarang, filem ini tidak ditayangkan di pawagam Malaysia.
Namun begitu, filem ini sudah pun ditayangkan menerusi Netflix sejak Sabtu lalu.
Seperti dua filem sebelum ini, Milea: Suara Dari Dilan juga mendapat sambutan hangat dari penonton di Indonesia kerana berjaya merekodkan seramai 1 juta penonton dalam masa hanya 3 hari tayangannya di pawagam.
Ceritanya bermula apabila Dilan menceritakan tentang apa yang terjadi dengan dirinya dan Milea pada awal 90-an sambil menaip kisah hidupnya di dalam komputer dan mengulas kenangan manis bersama Milea Adnan Husein.
Jika sebelum ini Dilan 1990 dan 1991 diceritakan daripada perspektif Milea, filem kali ini pula penonton dibawa bersama dalam dunia yang dibawa oleh Dilan. Hm, tajuk filem pun Milea: Suara Dari Dilan kan, so kami pasti penonton akan mudah memahami jalan ceritanya kali ini.
Cuma, pada kami sekuel terbaru ini sepertinya terlalu banyak flashback dari filem-filem sebelum sehinggakan ada part yang dirasakan terlalu perlahan dan mengundang rasa bosan kerana penonton seakan disajikan dengan ‘babak ulangan’ filem Dilan.
Sementara di Twitter pula, ramai yang berkongsi kesedihan dan seakan menyalahkan Milea dalam kisah cinta mereka kali ini. Nak tahu kenapa? Haa, kenalah tengok sendiri. Hiks!
Ada juga desas-desus yang mengatakan penulis novel Dilan ini sedang menulis kesinambungan novel ini dalam siri keempat. Wow!
Sama-sama kita nantikan.
P/S: Baru berangan-angan nak tonton Milea: Suara Dari Dilan di pawagam tapi apa kan daya hajat tak kesampaian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri Netflix berjudul ‘Wednesday’ sebelum ini, telah menjadi fenomena sekaligus memecah rekod dengan jumlah tontonan paling tinggi dalam masa seminggu untuk kategori siri Netflix Bahasa Inggeris.
Untuk musim kedua yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, pelakon Jenna Ortega yang membintangi Wednesday ini dan berjaya menambat hati para penonton, tampil mendedahkan aset siri kedua akan datang.
Memetik laporan Just Jared, bintang berbakat besar itu memberi bayangan bahawa Wednesday musim kedua bakal menampilkan episod yang lebih menyeramkan, berbanding pada musim pertama.
“Untuk musim kedua nanti, penonton akan merasai pengalaman lebih menyeramkan. Banyak adegan mengerikan bakal berlaku.
“Apa yang pasti, musim kedua Wednesday akan mendebarkan penonton,” kongsinya.
Selain itu, aktres berusia 20 tahun itu turut memaklumkan, sama seperti musim pertama, musim kedua juga tidak banyak mengandungi adegan romantik dan percintaan, namun akan mengutamakan eleman lebih gelap dan menakutkan.
“Kami memutuskan untuk memberi kelebihan pada sisi seram. Elemen itu akan lebih gelap dan menakutkan,” katanya.
Untuk pengetahuan, mengikut cerita-cerita lama, Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.