Sebelum ini timbul ura-ura yang mengatakan TikTok bakal melancarkan TikTok Shop yang akan memberi saingan kepada beberapa platform atas talian seperti Shopee, Lazada, Zalora dan Carousell.
Kini, TikTok secara rasmi telah memperkenalkan ciri baharu TikTok Shop di Malaysia yang membolehkan proses jual-beli terus dilakukan pada platform tersebut tanpa perlu meninggalkannya. TikTok kini sudah menjadi aplikasi ‘Shopertainment’, dimana pengguna boleh mengikuti kandungan dan membeli-belah terus di platform berkenaan.
Menurut TikTok, pada tahun 2021 sahaja Malaysia mencatatkan transaksi berjumlah RM279 bilion dalam arena e-dagang dan dijangka akan terus berkembang pesat, sekali gus memperlihatkan TikTok di dalam arena yang tepat untuk membantu peniaga dan juga memudahkan pengguna.
Video promosi termasuk pautan terus untuk membeli tanpa meninggalkan aplikasi akan dipaparkan kepada pengguna. Khabarnya juga, untuk pengenalan TikTok bakal menawarkan baucar penghantaran percuma, baucar diskaun dan sebagainya.
Fuh, rasanya ciri yang diperkenalkan ini memang terbaik kerana rata-rata pengguna kini menggunakan TikTok dan kami pasti ramai yang lebih selesa sekiranya urusan membeli-belah dapat dibuat terus daripada platform ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pengguna tegar Instagram, kami ada berita baik untuk korang!
Aplikasi tersebut sememangnya ‘popular’ sebagai salah satu punca yang menyebabkan kita selalu kehabisan data dan bateri. Senang cerita, memang makan duit lah.
Instagram nampaknya memahami juga dilema di kalangan pengguna mereka ini dengan memperkenalkan solusi yang dinamakan Instagram Lite.
Instagram Lite
Baru-baru ini, mereka menghadiahkan pengguna dengan fungsi IGTV yang membolehkan seseorang memuat naik video melebihi tempoh seminit di Instagram. Kali ini, fungsi terbaru Instagram Lite diperkenalkan sejak 27 Jun lalu di Google Play. Ia hanya sebesar 587 kilobytes saja lalu menjimatkan bateri, kuota dan memori telefon pintar.
Buat masa ini, Instagram Lite hanya boleh didapati di Mexico sebelum ia boleh dimuat naik di seluruh dunia. Tak banyak berbeza berbanding Instagram biasa, ia masih mempunyai fungsi Insta Story dan Filter. Namun korang tak boleh menghantar mesej melalui Direct Message (DM).
Instagram Lite
Lebih menarik lagi, Instagram Lite juga compatible bagi pengguna telefon pintar adroid versi 5.0 ke bawah.
Dapatlah jimat masa akhir bulan, kan.
Sumber: Indipendent
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’ kepada data internet setiap hari, lagi-lagi musim Covid-19 dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini. Betul tak?
Namun, ini bukan bermakna korang boleh mengunakan alat untuk memaksimumkan isyarat “line” di dalam rumah.
Terbaru, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini memaklumkan yang mana mereka mengesan peningkatan kes gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi piawaian.
Kadang-kadang line dekat rumah kita slow bukan sebab pencawang semata tapi disebabkan ada jiran disekeliling sengaja gunakan cara haram ni untuk kepentingan sendiri.
Gambar Hiasan
SKMM mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli sebarang alatan CBR daripada sumber tidak berdaftar, dan hanya mendapatkannya daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah sahaja.
Kegagalan mematuhi garis panduan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
Baru-baru ini , Mark Zuckerberg dilaporkan merancang untuk penjenamaan semula syarikat media sosial Facebook, Kini secara rasminya, ia dijenamakan semula sebagai Meta.
Meta bakal hadir dengan logo baharu bagi menggantikan logo ‘Like’ berbentuk ibu jari yang sinonim sebagai logo syarikat Facebook selama ini. Logo baharu Meta ini kelihatan seperti simbol ‘infiniti’ dalam formasi yang kelihatan seperti huruf M.
Seperkara lagi, disebabkan syarikat kendalian Mark Zuckerberg ini kini tidak lagi memberikan tumpuan kepada aplikasi media sosial seperti Facebook sahaja, perubahan nama syarikat kepada Meta juga akan lebih menyenangkan orang ramai untuk membezakan apa yang sedang dibangunkan oleh syarikat tersebut dan apa yang sedang berlaku kepada Facebook.
Di bawah syarikat Meta; Facebook, Messenger, Instagram, WhatsApp, dan Oculus akan terus beroperasi seperti biasa. Cumanya, tumpuan syarikat kini diberikan sepenuhnya kepada pembangunan duniameta (metaverse).