
Sudah lebih kurang tiga bulan sektor perniagaan panggung wayang dibenarkan beroperasi setelah terpaksa ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan.
Penonton juga perlu akur apabila tempat duduk di dalam pawagam perlu dijarakkan selang satu kerusi kerana mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, disamping kita membiasakan diri dengan norma baru yang ditetapkan oleh pihak pawagam, apa yang menariknya mereka turut menawarkan pelbagai promosi menarik untuk orang awam.
Terbaru ada berita baik untuk ‘kaki wayang’! TGV Cinemas telah mengadakan promosi pembelian tiket wayang dengan hanya RM 9 sahaja.
Tapi bukan untuk setiap hari, sebaliknya promosi ini adalah untuk pada hari Selasa sahaja bermula pada 29 September 2020 hingga 27 Oktober 2020. Benar! Ini bermakna anda boleh dapatkan promosi ini selama sebulan!

.
Promosi yang dinamakan sebagai Terrific Tuesdays ini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia di semua cawangan TGV untuk Classic, Deluxe dan Deluve+ Halls.
Sekarang ada macam-macam juga filem terbaik sedang ditayangkan di pawagam. Antaranya filem tempatan seperti Miimaland lakonan Fattah Amin dan filem antarabangsa yang lain seperti Unhinged, Deliver Us From Evil dan banyak lagi.
Jadi apa tunggu lagi, jom la pakat pergi ramai-ramai tapi SOP di panggung wayang jangan dilupa okay!
Untuk maklumat lanjut, boleh ke pautan TGV Cinemas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Romancing The Screen: Edisi Digital September 2025 Bersama Jazmy Juma & Tracie Sinidol

Ada sesuatu tentang bintang baharu yang sedang mencari tapak dalam ruang angkasa seni hiburan. Cahaya mereka mungkin belum membara sepenuhnya tetapi sudah cukup terang untuk memikat pandangan.
Begitulah pesona yang ditampilkan oleh gandingan hangat Jazmy Juma & Tracie Sinidol yang diulit perhatian setelah mewarnai naskah drama Hilang Dalam Rindu yang berjaya menyingkap sisi terbaik mereka.
ketua bahagian New Gen FIEZREEN AHMAD penyelaras & penataan gaya FZ AIMMAN perletakan grafik & arahan seni AZNIZA AZIZ teks ZOE@ZULAIKHA fotografi JAZLAN NANGAR pembantu foto ISHRAF HAQIMI ISMAIL suntingan foto HEZRY ROKMAN penerbit & penyunting video SURIA AMIRA videografi AFIQ NAQIUDDIN, EZZAT MD SHUKRI & EIMAN NURSYAZA solekan & dandanan HELMY SHARIP & FAIZAL AZHAR persalinan & tajaan lokasi SYOMSZ oleh SYOMIRIZWA GUPTA

Penangan ‘DR’ – Dari Dewi Remaja ke Dunia Realiti
Sejak dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol menjadi lambang wajah baharu yang mencerminkan aspirasi anak seni muda.
Gadis kelahiran negeri Sabah ini tidak hanya bergantung pada rupa paras semata tetapi tekad, dedikasi dan keberaniannya untuk keluar dari zon selesa telah disemat sejak usia belasan tahun lagi. Dalam tempoh kurang tiga tahun selepas kemenangannya, Tracie mengorak langkah dengan agak pantas baik dari aspek kerjaya mahupun kehidupannya.
Kini memanggil Kuala Lumpur sebagai rumah kedua untuknya melebarkan sayap, Tracie juga kian memperolehi lebih banyak watak-watak mencabar sekaligus meluaskan lagi repertoire sebagai pelakon serba boleh.
Terbaru muncul menerusi drama Hilang Dalam Rindu (HDR), Tracie sekali lagi mudah mencari titik chemistry bersama gandingannya, Jazmy Juma lalu mencipta fenomena dalam kalangan penonton tempatan dan antarabangsa.
“Waktu mula-mula kerja saya tak expect banyak pun (dengan keupayaan mereka mencipta chemistry). Saya ingatkan Jaz seorang yang pendiam. Bila dia datang je dia buka skrip, tarik kerusi, pasang headphone dan saya tahu dia tengah in his own zone.”
Perlahan-lahan, kerjasama itu berkembang. Daripada komunikasi yang sedikit kaku, akhirnya lahir satu chemistry yang sukar dinafikan.
Meneruskan momentum daripada Hilang Dalam Rindu, Tracie berkongsi mengenai watak terbaru yang digalasnya sekarang. Bukan hanya ia memerlukan transformasi dari segi gaya malahan ia memerlukan kudrat untuk membelai jiwa. Demi keaslian karakter kali ini, Tracie relakan diri dengan imej baharu.

“Sebenarnya bukan terpaksa tetapi saya bersetuju untuk sesuaikan diri dengan karakter. Saya fikir, why not go with the bangs dan cuba tampil dengan look baru. Sedikit sebanyak, pengorbanan ini adalah untuk menjiwai watak sebagai seorang gadis buta.”
Atas nama realisme juga, pelakon berzodiak Libra ini turut menghadiri kelas bersama Malaysian Association for the Blind untuk mendalami cara berjalan, membaca tulisan Braille dan menyelami ekspresi tubuh kelompok buta. Dan berbekalkan tunjuk ajar daripada ibu Fatimah Abu Bakar, Tracie benar-benar mendalami apakah yang dimaksudkan sebagai anak seni sejati untuk menghidupkan karakter.
Menarik juga untuk dikongsikan, Tracie bakal kembali semula ke platform pencarian Dewi Remaja! Namun kali ini bukan sebagai peserta tetapi menggalas tugas sebagai seorang juri. Pengalaman ini sedikit sebanyak memberi Tracie satu perspektif baharu apabila perlu duduk di belakang meja dengan mata yang menilai secara bernas.
“Sebagai seorang juri, kita tahu apa yang kita nak. Sebagai peserta pula, kita cuma datang dan buat yang terbaik. Pengalaman di uji bakat Dewi Remaja 2025 ini sedikit sebanyak membuka mata saya untuk lebih bersedia setiap kali hadir untuk uji bakat.”

Di luar kerjayanya, Tracie tidak pernah menyorokkan pandangannya tentang cinta. Cuma, Tracie lebih selesa untuk tidak mempertontonkan kisah cinta yang berputik di hati.
Pasangan ideal? “Seorang yang menghormati saya dan insan-insan yang saya sayangi, yang boleh membimbing saya ke arah lebih baik… dan sopan. Kalau yang suka meninggikan suara, straight away saya katakan no.”
Green flag? “Peka dengan hal kecil… seperti sanggung buang bahagian tepi roti tanpa saya perlu minta pun.”
Red flag? “Orang yang cakap besar, syok sendiri, rasa dialah terpaling alfa.”
Tracie percaya suatu perhubungan yang berterusan menitik beratkan keseimbangan dan memerlukan keupayaan untuk memberi dan menerima. Love language-nya ringkas tetapibermakna; act of service dan quality time.

Si Hero Peneman Dewi
Sebagai sebahagian daripada kelompok 12 finalis Hero Remaja 2020, di awal pembabitan Jazmy Juma dalam dunia seni selepas pencarian melabuhkan tirai sedikit dikaburi oleh kecemerlangan rakan-rakan finalis lain yang satu demi satu menapak pantas.
Situasi tersebut bagaimanapun tidak pernah mematahkan semangatnya kerana kongsi jejaka berusia 27 tahun ini, proses memperkenalkan nama Jazmy Juma di mata produksi dan penonton telahpun mendidiknya menjadi pelakon yang lebih matang; biarpun ia memakan sedikit masa.
“Bagi saya, setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya ambil masa untuk memperbaiki diri sebelum betul-betul masuk dunia lakonan. Bila difikirkan semula, ia mengajar saya untuk menjadi seorang yang tekun dan tidak mudah gentar.
“Saya sedar spotlight bukanlah segala-galanya. Apa yang lebih penting ialah kualiti kerja. Kalau saya sendiri tak puas hati dan tidak percaya dengan apa yang telah saya gambarkan pada skrin, apatah lagi penonton yang mengikuti drama tersebut. Oleh itu, I groomed myself sebelum meneroka mana-mana projek lakonan,” katanya.
Persediaan itu membuahkan hasil apabila Jazmy mendapat kepercayaan pengarah, Idora Abdul Rahman untuk menjayakan peranan berat sebagai seorang anak yang terpaksa berkorban selepas keluarga yang asalnya bahagia dihancurkan oleh konflik dalam drama terbaru lakonannya Takdir Cinta Terlarang.

Ini merupakan drama kedua di saluran televisyen TV3 yang memperlihatkan Jazmy sebagai teraju utama selepas muncul Hilang Dalam Rindu di samping Tracie Sinidol.
“Tracie juga adalah pelakon baharu tetapi dia ada pengalaman lebih di set penggambaran berbanding saya yang baru ingin membina nama. Bila berpeluang digandingkan dengan heroin-heroin berbakat ini, saya cuba untuk membawa kekuatan saya ke dalam set agar kehadiran saya tidak nampak goyah.
“Kata kuncinya adalah bersiap-sedia melakukan homework agar saya tidak merasa tertekan. Lebih-lebih lagi, saya memasang impian untuk satu hari nanti mendapat peluang untuk membawa watak biopik daripada kisah benar,” tambah Jazmy yang mengerti bahawa populariti boleh datang dan pergi; tetapi integriti kerja adalah sesuatu yang kekal.
Lebih daripada itu, Jazmy mengakui perjalanan sebagai late bloomer ini memberinya peluang untuk mengenal kekuatan diri. Ia menjadikannya pelakon yang tidak terburu-buru, malah lebih selektif dan penuh kesedaran.
Menambah warna kepada pertemuan bersama REMAJA, kami ajukan apakah ciri-ciri pasangan ideal Jazmy Juma? “Orang yang baik, supportive, memahami, hormat dan beradab.”
Green flag? “Sopan, hormat ibu bapa dan orang tua serta mempunyai common sense, IQ dan EQ yang tinggi.”
Red flag? “Tak hormat orang tua. Bagi saya, rasa hormat itu memang saya angkat sebagai ciri-ciri nombor satu.
“Umur ideal untuk menamatkan zaman bujang bagi saya adalah sebelum mencecah 30. Tetapi saya mengerti alam perkahwinan ini bukanlah satu perlumbaan tetapi rezeki yang sudah tertulis.”
*
Jazmy Juma dan Tracie Sinidol; dua nama yang lahir daripada platform berprestij, Hero Remaja dan Hero Remaja. Tracie hadir sebagai simbol keberanian gadis muda yang sanggup mencabar dirinya. Jazmy pula melambangkan ketekunan lelaki yang perlahan tapi pasti.
Apabila digandingkan, terbit satu naratif baharu: tentang kesabaran, usaha, dan kejujuran dua bintang muda yang terus belajar untuk terus menyala dalam dunia seni yang penuh persaingan.
Gandingan Hilang Dalam Rindu ini merupakan refleksi generasi kini yang berani mencuba dan sentiasa mencari makna dalam setiap langkah. Bukan populariti semata yang dikejar, tetapi mencari ruang untuk meninggalkan impak dan menjadi sebahagian daripada naratif yang lebih besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggalkan Komen Lucah Terhadap Karina AESPA, Anak Lelaki Calon Presiden Korea Selatan Dikecam Peminat

Baru-baru ini, dunia hiburan K-pop sekali lagi digemparkan dengan isu panas apabila anak lelaki kepada calon presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung didedahkan pernah menulis komen lucah terhadap salah seorang ahli kumpulan popular AESPA, Karina.
Difahamkan, kontroversi tersebut baru sahaja terbongkar alaupun insiden tersebut didakwa sudah berlaku beberapa kali sebelum ini.
Menurut laporan media Korea Selatan, anak lelaki Lee Jae Myung, menggunakan nama samaran “LeaveItOverTheRiver” di laman komuniti dalam talian dan telah berkali-kali menulis komen berunsur seksual terhadap Karina.


Selain dari itu, antara komen yang tersebut berbunyi seperti “Aku betul-betul nak rasa dia sekali” dan “Dia nampak sangat sedap” di bawah gambar-gambar Karina dan juga beberapa selebriti wanita yang lain.
Apa yang lebih mengejutkan, komen tersebut turut ditinggalkan di laman forum berkaitan poker dalam talian iaitu salah satu tempat yang diketahui orang ramai sebagai lubuk aktiviti tidak bermoral dan perjudian.

Sementara itu, disebabkan kejadian itu, anak lelaki kepada calon presiden tersebut dikenakan denda sebanyak 5 juta Korea Won (sekitar RM17,500) melalui perintah mahkamah ringkas tanpa perlu hadir ke perbicaraan rasmi serta kes ini turut melibatkan elemen perjudian haram dan paparan kandungan lucah secara terbuka.
Pada masa yang sama, kes ini juga mula mendapat perhatian selepas dibongkar oleh saluran YouTube kontroversi Garo Sero Research Institute (Hoverlab), yang kemudiannya mendorong pihak berkuasa membuka siasatan atas kesalahan di bawah Akta Rangkaian Informasi dan Komunikasi Korea Selatan.



Di media sosial, ramai peminat meluahkan rasa marah dan kecewa kerana insiden ini melibatkan selebriti wanita yang sering menjadi mangsa objek seksual di pelbagai platform. Selain itu, nama Karina yang tiada kaitan dalam politik pula secara tidak adil terpalit dengan isu berkenaan.
Sehubungan itu, kontroversi ini turut mencetuskan perdebatan hangat menjelang pilihan raya presiden Korea Selatan, sehingga ramai mempertikaikan moral dan kredibiliti calon serta keluarganya.
Walau bagaimanapun permohonan maaf masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Lee Jae Myung, para peminat AESPA dan komuniti peminat K-pop terus menggesa menuntut keadilan serta perlindungan lebih ketat terhadap selebriti wanita daripada gangguan seksual siber.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Senang Nak Ingat” – Netizen Puji ‘Comel Pipi Merah’ Versi Zikir Siti & Khai Bahar

Kalau dah namanya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, bagilah lagu apa pun mesti vas!
Terbaru hari ini di dalam perkongsian di Instagram, Siti telah berkongsi klip pendek yang menyaksikan dirinya bergandingan dengan Khai Bahar untuk sebuah lagu berbentuk zikir.
Lagu berjudul Cinta Syurga itu mengambil melodi asal lagu popular, Comel Pipi Merah yang direkodkan khas buat puteri Siti dan suaminya, Siti Aafiyah.

Bersesuaian dengan kehadiran bulan Ramadan, Cinta Syurga dilihat cukup sesuai untuk dimainkan berulang-ulangkan kali selepas ia dikeluarkan secara rasmi di seluruh platform digital bermula 25 Mei 2018 ini. Menurut pengurus Siti iaitu kak Rozi, pihaknya juga telah menghantar Cinta Syurga ke stesen-stesen radio.
Malah, ada peminat yang berkata telah mendengarnya di Suria.FM. Korang dah dengar?
Juga khas buat peminat Siti dan Khai Bahar, Cinta Syurga juga akan mempunyai video muziknya sendiri dan akan dimuatnaik di akaun YouTube DatoSNurhalizaVEVO tidak lama lagi. But for now, apa kata kita tengok dulu klip pendek ini.
Ternyata, netizen baik peminat Siti mahupun peminat Khai memuji versi zikir ini dengan menyatakan mudah bagi mereka mengikuti sama membaca zikir tersebut dalam bait lagu tersebut.
Isu Tiru Versi Pelajar Maahad Bukan Isu Besar
Dalam semua suka dengan versi ini, ada netizen yang mendakwa versi ini terlebih dahulu dinyanyikan oleh pelajar Maahad sebagai parodi kepada lagu Comel Pipi Merah. Kiranya macam mereka inilah yang come out dengan idea lirik zikir tersebut.
Kak Rozi dalam kenyataannya berkata pihak telah menghubungi Ustazah Amira yang memuat naik video asal itu dan Kak Rozi juga pernah memuat naik video tersebut pada Instagramnya sendiri. Namun, video repost itu terpaksa ditarik balik kerana arahan pihak sekolah mereka.
Kak Rozi memberi jaminan mereka memberikan kredit kepada Ustazah Amira untuk cetusan idea zikir untuk Cinta Syurga, seperti dalam video Instagram ini.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Jangan risau, REMAJA pasti Siti mahupun Kak Rozi memahami selok-belok industri seni dan mereka sudahpun mengambil kira faktor originaliti pada idea lagu zikir ini.
Sama-sama kita dengar dan zikir bersama okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

