
Kumpulan nasyid legenda tanah air, Inteam, masih berbisa apabila tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun habis terjual hanya dalam tempoh dua jam sahaja.
Perkara itu dikongsikan menerusi akaun TikTok rasmi Inteam, lengkap dengan ucapan terima kasih atas sambutan luar biasa daripada para peminat mereka.
“Diumumkan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun sold out dalam masa 2 jam.
BACA: Comelnya Rizqaa! Anak Perempuan Rizman Nordin Dipuji Bijak Buat Keputusan Fesyen Seawal Usia 5 Tahun
“Terima kasih atas sokongan padu semua. Mohon maaf kepada yang tidak berjaya,” tulis mereka.
“Come on lah Inteam, buat lah tempat besar sikit. Ini bukan perhimpunan sekolah,” seloroh seorang pengguna TikTok.
“Jubah dah beli. Kopiah dah beli. Tiket pula tak sempat,” tulis seorang lagi.
Apa yang lebih menarik perhatian, terdapat juga peminat daripada kalangan bukan beragama Islam yang turut membeli tiket dan menyatakan keterujaan mereka untuk hadir ke konsert tersebut.
Konsert sempena ulang tahun ke-25 Inteam itu dijadualkan berlangsung pada 27 September nanti jam 8 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.