Tiga Tahun Setelah Isteri Maut Dihanyut Tsunami. Ifan Seventeen Selamat Bertunang

Share

Kehilangan isteri tercinta tiga tahun lalu akibat dihanyutkan ombak tsunami menjadi satu lipatan sejarah hitam dalam diri vokalis kumpulan Seventeen ini.

Peristiwa 22 Disember 2018 yang menyaksikan tsunami akibat letusan anak gunung berapi Krakatoa bukan sahaja meragut nyawa isteri bahkan nyawa ahli kumpulan Seventeen yang lain.

Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah telah mengumumkan bahawa dirinya selamat bertunang dengan seorang model yang dikenali dengan nama Citra Monica di laman Instagramnya.

Sumber foto: Instagram Ifan Seventeen

Menariknya pada majlis pertunangan itu, kehadiran bekas bapa mentuanya sangat menyentuh hati. Walaupun bekas menantunya telah menjadi milik wanita lain, dia tetap hadir memberikn tanda sokongan dan kasih sayang sebagai seorang bapa.

Berterima kasih kepada sahabat dan keluarga yang membantu melancarkan majlis pertunangan mereka, pasangan sama cantik dan sama padan ini dijangka akan melangsungkan pernikahan pada penghujung Mei atau Jun nanti.

Ini bagi memberi peluang untuk anak Ifan hasil perkahwinannya yang pertama dengan Ghea Astrid pada tahun 2006 hadir ke majlis kerana kini dia sedang menuntut di sebuah pesantren.

Untuk pengetahuan pembaca, Citra Monica juga memiliki seorang anak hasil perkahwinannya sebelum ini.

Sumber: Kompas

 

IKLAN