
Serangan terbaharu Israel terhadap Gaza telah berlaku sejak 8 Mei lalu semakin memuncak apabila tentera negara zionis itu dengan beraninya melangar undang-undang antarabangsa.
Selain membunuh kanak-kanak kini mereka dengan terang-terangan mencabar undang-undang antarabangsa dengan meletupkan bangunan Pusat Media Antarabangsa di Gaza yang menempatkan pejabat Aljazeera dan Associated Press (AP).
Dalam laporan Reuters, pemilik bangunan yang menempatkan pusat media antarabangsa itu telah diberi amaran terlebih dahulu bahawa peluru berpandu akan dilancarkan menyasarkan bangunan tersebut dengan alasan lokasi tersebut menjadi lokasi yang digunakan oleh Pejuang Hamas.

Untuk pengetahuan pembaca, bangunan tersebut bukan sahaja menempatkan pusat media antarabangsa sebaliknya ia juga turut dilengkapi dengan beberapa unit kediaman pangsapuri dan pejabat-pejabat lain.
Tindakan tentera Israel ini disifatkan sebagai satu usaha untuk mengekang media dari melaporkan apa yang terjadi. Namun begitu, jurucakap tentera Israel menafikannya.
Sumber & Gambar: Reuters
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 4 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/Untitled-design-33.jpg)
Tahun ini menyaksikan antara kejayaan filem-filem tempatan yang mengaut kutipan berpuluh juta dan berjaya menembusi rekod perfileman negara.
Munafik 2 mengutip kutipan sebanyak 48 juta dan Hantu Kak Limah 3 mendapat pungutan 36 juta.
Namun begitu, tak terkecuali dengan hasil kutipan filem yang gagal mendapat pulangan.
Berikut merupakan antara filem yang kurang mendapat sambutan..
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 5 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Ramai yang memperkatakan tentang filem Hantu Kak Limah yang sehingga kini sudah mengutip lebih RM10 juta tidak sampai seminggu ditayangkan. Menampilkan komedi dan nama Kak Limah itu sendiri, lawaknya yang bersahaja mampu menggeletek hati penonton untuk ketawa sekaligus menghilangkan stres seharian.
Mengira untung secara kasarnya, filem ini dikatakan sudah berjaya balik modal. Ramai memberi ulasan apa yang masyarakat mahukan ketika menonton filem Melayu?
Formulanya masih sama, menampilkan hantu (rasanya kalau bertemu secara realiti, #bukan Hantu Kak Limah sudah tentu tak mampu ketawa pun) dan barisan pelakon yang hebat lawak komedinya menjadikan filem ini pilihan ramai penonton.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 6 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/hkl.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 7 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/pulang-1024x576.jpg)
Ramai membandingkannya dengan Pulang yang sarat dengan emosi tetapi ia hanya mampu mengutip RM1 juta lebih (setakat berita ini ditulis).
Tetapi tentu ramai yang tertanya-tanya atau mungkin tanpa sedar, setakat Ogos ini sudah 30 filem ditayangkan, ternyata 11 darinya filem Melayu yang GAGAL di pawagam.
Memetik kutipan rasmi yang dikeluarkan oleh FINAS, REMAJA senaraikan 10 filem Melayu yang gagal balik modal atau dalam erti mudah, tak untung biarpun menampilkan barisan pelakon hebat tanahair.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 8 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/filem-new-1024x640.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 9 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/filem-2-1024x407.jpg)
Industri filem tempatan memulakan tirai 2018 dengan Busker, sebuah filem romantik remaja yang menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan. Malangnya, selesai wajib tayangan, Busker hanya mampu mengutip RM96,925.75 secara keseluruhan biarpun budgetnya jauh lebih dari itu. Ternyata filem ini gagal dari segi kutipan tiketnya.
Jika Busker memulakan tirai 2018 dengan kegagalan, industri filem terutama melibatkan filem Melayu terus gagal biarpun menampilkan arahan pengarah ternama, Aziz M Osman menerusi filem Bukan Cinta Malaikat dengan jumlah kutipan keseluruhan RM127,940.79 yang mula ditayangkan pada 25 Januari 2018.
Kegagalan itu diteruskan lagi pada Februari 2018 yang menampilkan filem Cinta Makrifat yang diilhamkan dari sebuah kisah benar dibintangi Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali. Melihat kepada nama-nama besar, tentu kita dapat membayangkan hebatnya filem ini tetapi selesai tayangan filem ini hanya mencatatkan RM138,686.04.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 10 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/badnag.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 11 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/WhatsApp-Image-2018-02-18-at-14.09.13.jpeg)
Mungkin badi masih bersisa, filem Badang arahan Profesor Dr A. Razak Mohaideen yang mempertaruhkan Datuk Aliff Shukri sebagai teraju utama ternyata menjadi “badang” yang langsung tidak gagah. Jika promo sebelum ini membayangkan peminat Datuk Aliff akan memenuhkan pawagam ternyata jangkaan ini meleset sama sekali. Filem ini mengutip RM93,496.54.
22 Februari, filem tempatan menyaksikan Surf This Love: Gelora Juara yang menampilkan pelakon Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon dan Syuhaida Abraz yang dilihat cuba lari dari kebiasaan dengan mengangkat tema sukan luncur air tetapi ternyata tetap gagal dan hanya mampu mengutip RM47,724.30 selesai tayangan.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 12 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/bidong.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 13 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/hantu-wangan.jpg)
Jangan tanya, disedari atau tidak tayangannya tetapi filem ini disenaraikan oleh Finas untuk tayangan pada awal Mac. Bidong The Boat People arahan Yusof Kelana yang menampilkan kisah benar pelarian Vietnam di Terenganu suatu ketika dahulu akibat peperangan ternyata gagal dan hanya mampu mengutip RM3,536. Jangan persoal modal, mungkin kos makan krew pun tidak mampu dikutip semula!
Namun Mac itu, ada nafas baru kerana filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof mampu mengutip RM12,216,321.00 di mana Fattah Amin kali pertama berlakon babak aksi.
Acap kali tampil dengan isu, tapi ia ternyata tidak mampu menarik minat orang menonton filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham. Kutipan rasminya hanya RM89,420.70 dan cuma seminggu saja di pawagam. Mac itu badi tetap sama kerana filem arahan Raja Azmi iaitu Enjin No 9 hanya mampu mengutip RM7,566.17 dengan menampilkan Tajul Arif, Kazar Saisi, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahirah, Ayuni Asyiqin, Syuhaida Abraz (Dottie) dan Bila Najmi (Bila AF 2015).
Pada bulan April dan Mei, jika dilihat tiada filem Melayu memasuki pasaran tetapi sebenarnya filem Dukun yang sudah lama ditarik tayangannya ditayangkan kembali. Filem Melayu masih terkena badi kerana filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib yang mengangkat tema anggota Bomba tetapi ternyata filem lakonan Hairul Azreen, Nur Risteena Munim, Aliff Yasraff, Syainie Aida, Ahmad Idham dan Azza Elite ini gagal di pasaran dan hanya mampu mengutip RM14,196.50 selesai tayangan.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 14 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/enjin-no-9.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 15 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/qhaliq.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 16 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/this-is-pilah.jpg)
Ternyata, biar sudah memasuki setengah tahun, filem yang mengangkat lorat Negeri Sembilan iaitu This Is Pilah arahan Rosdi Mat Dhali hanya mampu mengutip RM45,843.90.
Penghujung Jun, filem Blok 404 (Hidup Sampai Mati) arahan Isma hanya mampu mengutip RM220,275.17.
Ternyata Julai membuka sinar apabila filem Pulang arahan Khabir Bhatia yang menampilkan Remy Ishak mampu mengutip RM1,636,363.25 (sedang ditayangkan lagi setakat artikel ini ditulis). Begitu juga filem Hantu Kak Limah yang sedang mengutip RM10,750,885.41 dan masih ditayangkan lagi.
Ternyata dari 14 filem tempatan, 11 darinya menemui kegagalan. Cuma tiga sahaja “bernyawa” di mana Pulang mencatat RM1,636,363.25 berbanding KL Special Force membuat keuntungan RM12,216,321.00 dan Hantu Kak Limah yang sudah lebih RM10 juta setakat hari ini.
*****
Apa-apa pun, supportlah filem Malaysia okay? Siapa lagi yang nak sokong filem tempatan kalau bukan kita?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Marissa & Aslam Buat Kemunculan Bersama Sebagai Model Baju Raya Undang Reaksi Netizen

Selepas hampir dua bulan mengunci mulut, terbaharu tular sebuah video memaparkan pempengaruh, Marissa Dania Hakim membuat kemunculan sebagai model bersama Aslam.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan kedua-dua mereka sama cantik dan padan berbusana rona hitam bagi memperagakan pakaian sebuah butik tempatan.

Ia merupakan kemunculan pertama kali pasangan itu bersama di media sosial selepas hangat mengenai gosip melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
“Beautiful couple..” tulis ringkas pengguna TikTok dikenali Zufyfikri.

Hantaran tersebut bagaimanapun menerima pelbagai kritikan dalam kalangan warganet.
Ada yang berpendapat anak kepada pelakon Abby Abadi itu seolah-olah berani dan tidak mempunyai perasaan bersalah setelah menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Aslam bersama isteri pertama.
“Tergamak jenama ini ambil Marissa dan Aslam? Tiada hati dan perasaan atau rasa simpati terhadap isteri pertama ke?” komen seorang pengguna.

“Berani ya Marissa buat sesi fotografi dengan Aslam. Hari itu Aslam minta beri ruang tapi muncul dengan Marissa pula,” komen pengguna lain.
Sebelum ini, media melaporkan Marissa telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Difahamkan, pasangan itu bernikah sewaktu isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah pada hujung tahun lalu.
SUMBER: Tiktok Melodi & Zufyfikri
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Common Sense Please”, Netizen Selar Dr Amalina Dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dipertandingkan Di AME2020

Anugerah MeleTOP Era atau AME kembali lagi untuk edisi ketujuh tahun ini dengan tema ‘Yang Epik, Yang Legend’.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, AME 2020 meraikan karya dan personaliti paling lit serta legit merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang tahun 2019.

Menariknya, tiga kategori baru diperkenalkan pada edisi kali ini iaitu Artis Versatil MeleTOP, Influencer MeleTOP dan Top Top MeleTOP untuk kumpulan/duo.
Namun, pencalonan pada kali ini menjadi bualan netizen apabila mereka tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Amalina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dalam salah satu kategori baharu ini iaitu Influencer Paling MeleTOP.
Mereka berpendapat kedua-dua personaliti ini selayaknya diberikan anugerah atas pencapaian dan sumbangan mereka; dan bukannya untuk dicalonkan.

Rata-rata memberikan pendapat yang sama dan menyelar.
*
‘They’re more than that, kot’

‘Membanggakan nama negara’

‘My Idola’

‘They are educated’

’10 juta kali ganda bezanya dengan yang lain’

Apapun mungkin pihak Anugerah MeleTOP Era mempunyai sebab mengapa mereka mencalonkan 2 nama besar itu dalam kategori baru ini.
Untuk info, AME2020 bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 12 April 2020, jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

