Tidak Cukup Rehat, Doktor Meninggal Dunia Kerana Terlalu Penat

Share

Semalam baru sahaja diumumkan keseluruhan Malaysia kecuali Sarawak perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh. Semakin hari kes semakin meningkat, kelmarin jumlah pesakit kes aktif positif Covid-19 di negara kita adalah seramai 39,464 orang.

Dalam kemelut pandemik ini, semalam seorang petugas barisan hadapan kesihatan telah meninggal dunia selepas jatuh sakit.

Menurut kenyataan dalam sebuah hantaran di laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia setelah jatuh sakit akibat terlalu penat dan letih selain kurang masa untuk berehat apabila bertugas sebagai petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19. Dalam kenyataan itu lagi, Dr Ali tertidur setika bertugas sebelum jatuh pengsan.

AYUH BANTU FRONTLINERS

Sedih mendengar kisah kematian seorang doktor yang tidak kenal penat dalam berjuang. Kita boleh ambil iktibar dari kejadian ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-sama kita berganding bahu dalam menurunkan kes.

Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu keluar, pastikan anda memakai mask sentiasa tidak kiralah sewaktu bercakap sekalipun. Jangan ada sentuhan dan kekalkan penjarakan sosial. Ini mampu mengelakkan virus merebak. Tanggungjawab ini bukan sahaja untuk melindungi diri kita sebaliknya kita turut membantu para frontliners

agar mereka tidak terlalu penat melayan kes yang semakin meningkat.

Sumber: Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

IKLAN