“Tidak Benar Sama Sekali…” – Isu Pengambilan Dadah Selubungi G-Dragon, Nafi Tiada Kena Mengena & Akan Beri Kerjasama Buat Siasatan

Share

Penyanyi, G-Dragon menafikan dakwaan dia terbabit dalam pengambilan dadah dan berjanji akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis untuk tujuan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seungri Big Bang Terima Hukuman Penjara 1 Tahun 6 Bulan Atas Kesalahan 9 Jenayah

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong, 35, dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu tidak benar seperti dilaporkan berita, baru-baru ini.

“Tidak benar mengenai (dakwaan) saya mengambil dadah. Saya tidak ada kaitan dengan laporan berita mengenai perlanggaran Akta Kawal Narkotik dan sebagainya yang didedahkan media.

“Bagaimanapun kerana saya tahu ramai yang risau, saya akan bekerjasama lebih aktif dengan siasatan polis dan ikut serta secara tekun,” katanya.

Baru-baru ini, penyanyi terbabit dilaporkan dipanggil polis untuk kes membabitkan pengambilan dadah. Ia menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminatnya.

Namun, polis menyatakan mereka tidak dapat berkongsi butiran lanjut kes itu kerana masih di bawah siasatan.

Polis juga menjelaskan kes terbabit tiada kaitan dengan kes pelakon, Lee Sun Kyun yang kini dalam siasatan berkaitan pengambilan dadah.

BACA LAGI: Tak Kisah Dilabel Kolot, Cikgu Tari Tular FAREES ASRI Pertahankan Seni Budaya Menerusi Lensa Media Sosial – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO/ARTIKEL: Soompi

 

IKLAN