Muzik Tiba-Tiba Hilang Waktu ‘Live’, Warganet Puji Sikap Profesional Nuha & Naufal

Share

Jika sebelum ini kemunculannya di sebuah program realiti hiburan pernah dikecam netizen, kini nama Nuha Bahrin kembali menjadi viral tetapi kerana lagu nyanyian duet bersama Naufal Azrin berjaya mencuri hati peminat.

Sumber: YouTube

Lagu berjudul Casablanca begitu popular, lebih-lebih lagi di platform TikTok kerana rata-rata warganet menggunakan lagu nyanyian mereka sebagai ‘background music

’.
Sumber: TikTok @radiotelevisyenmalaysia

Rakan duet itu juga dilihat kerap melakukan promosi lagu tersebut di kaca televisyen. Namun, apa yang menarik perhatian apabila Nuha dan Naufal begitu profesional menyanyikan lagu Casablanca secara langsung walaupun tiada muzik iringan gara-gara masalah teknikal.

Sumber: YouTube

Video tersebut telah dimuat naik di akaun TikTok @radiotelevisyenmalaysia yang menunjukkan bagaimana dua penyanyi itu tetap meneruskan nyanyian walaupun muzik tidak kedengaran.

@radiotelevisyenmalaysia Min puji @naufal.azrin & @nuha_bahrin yg tenang. Kalau min dah bunyi “Ehh! kenapa ni?” 😬😂 #TapauShow #TV2RTM #RTMKlik ♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Tindakan profesional dua penyanyi baharu itu dipuji warganet kerana bijak mengawal situasi ketika berhadapan dengan masalah teknikal. Rata-ratanya turut memuji kebolehan kedua-dua penyanyi ini menyanyikan secara langsung tanpa muzik.

IKLAN