Tiada Sebarang Syarat, Tiga Cara Mohon Moratorium 6 Bulan Mulai Esok

Share

Berikutan pengumuman Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.

Ramai peminjam mula menarik nafas lega apabila kebanyakan bank membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kad kredit selama 6 bulan sejak wabak COVID-19 mencatatkan jumlah positif agak ramai.

Justeru, Bank Negara Malaysia (BNM) berkongsi tiga saluran atau cara untuk memohon moratorium dengan lebih mudah dan cepat bagi anda yang layak.

  1. Isi borang di laman web

2. Email

3. Panggilan Phone

Untuk maklumat, permohonan ini dibuka bermula 7 Julai esok

.

Untuk khidmat nasihat kewangan dan bimbingan, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui pautan INI.

Bagi maklumat lanjut, anda juga boleh merujuk terus kepada BNM melalui pautan INI.

Jika anda mengalami masalah dengan permohonan atau menghubungi bank, anda boleh maklumkan kepada BNM melalui pautan INI.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Beliau turut memaklumkan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan.

Sumber: Bank Negara Malaysia

IKLAN