Tiada Masalah Untuk Sekumpulan Pelajar Have Fun Di Taman Tema, Cuma Korang Perlu..

Share

Hari ini menandakan hari pertama pembukaan taman tema di Petaling Jaya iaitu Sunway Lagoon.

Setelah kelonggaran diberikan oleh pihak berkuasa, taman tema popular itu telah mengambil tempoh untuk bersiap sedia bagi pembukaannya kepada orang ramai.

Menurut wakil dari Sunway Lagoon dalam satu sidang media pada tengah hari tadi, mereka telah mengambil langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan merebaknya wabak Covid-19 – mengikut nasihat Kementerian Kesihatan.

“Kami telah beroperasi sepenuhnya bermula hari ini kecuali kolam renang berombak yang sedang ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.

“Tarikan lain di taman tema kering dan basah lain telah melalui kerja-kerja maintenance dan pembersihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi tarikan lain kini dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

“Selepas kelonggaran PKP diumumkan, Sunway Lagoon menerima banyak pertanyaan sama ada kami membenarkan kumpulan pelajar dari institusi pendidikan ke sini dalam jumlah ramai.

“Sebenarnya, tiada masalah untuk mereka mengadakan lawatan dan aktiviti berkumpulan. Apa yang penting adalah mereka mematuhi arahan Standard of Procedure (SOP),” tambah beliau.

Jom lihat apa yang korang perlu patuhi jika ke taman tema.

 

01

Isi borang deklarasi individu di pintu masuk. Ambil suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

02

Pakai pelitup muka

03

Jaga penjarakan sosial semasa berbaris.

 

04

Tunggu staf membersihkan bahagian duduk dan tempat letakkan tangan sebelum korang dibenarkan menaikinya.

05

Korang digalakkan untuk membuat e-bayaran seperti menerusi kad kredit, e-

Korang bagaimanapun dinasihatkan untuk membeli tiket secara lebih awal secara atas talian (online). Bukan hanya ia membantu dari segi prosedur SOP, malah korang juga boleh merebut promosi menarik daripada Sunway Lagoon.

Sebagai contoh, mereka akan diberikan pas ‘express lane’ pada hujung minggu ini untuk kesemua tarikan di sini.

Jadi, tak ada masalah lagi untuk korang have fun selepas ini!

IKLAN