
Sebentar tadi, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media khas Majlis Keselamatan Negara telah membuat satu pengumuman penting yang mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Menurut beliau, PKPB itu dilakukan setelah mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku seperti di Klang dan Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain.
Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus meningkat dari terus merebak, semua aktiviti ini adalah dilarang.

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan rumah ibadah bukan Islam adalah ditutup.
Semua aktiviti sukan, reakrasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
Pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Walau bagaimana pun semua kegiatan ekonomi di Selangor, KL dan Putrakaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Foto : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diganggu Roh Setiap Hari, 5 Pembunuh Kongsi Pengalaman Benar & Cukup Seram

Banyak filem seram mengangkat kisah roh yang kemudian cuba membalas dendam kepada pelakunya. Roh-roh ini akan mengganggu dalam pelbagai cara sehinggalah di akhir tayangan, pembunuhnya ditemui mati dalam keadaan menggerikan. Kronologi cerita begini, biasa digunakan oleh pengarah agar penonton dapat merasai kesakitan yang dialami oleh mangsa bunuh.
Dirompak, diseksa, bahkan sesetengahnya menjadi mangsa rogol adalah antara jalan cerita yang sering dipilih dalam filem seram dan thriller. Jasad itu kemudian dibuang ke dalam sungai atau dikebumikan di satu tempat sunyi. Selepas itu, mulailah roh korban ini berkeliaran lalu membalas dendam.
Dalam kita memikirkan dongeng dan rekaan sesebuah filem, ternyata kisah roh mengganggu pembunuhnya benar-benar terjadi di dunia. Lima pembunuh ini membuat pengakuan bersalah kepada polis selepas tidak tahan diganggu.
Mereka bukan saja tidak boleh tidur malam tetapi sering dihantui perasaan bersalah selain didatangi roh mangsa dalam keadaan menyeramkan.
Jadi betullah bagi skrip sesetengah filem seram kerana mereka membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulisnya. Tidaklah seperti sesetengah filem seram tapi ada unsur humor yang mana hantunya dari dulu asyik sama, muka putih melepak, rambut panjang mengurai dan suka duduk celah pokok pisang dan tepi kubur. Hahaha. Seramlah sangat!

Ini lima pembunuh yang membuat pengakuan selepas tidak tahan diganggu oleh roh mangsa bunuh.
Mark Bridger
Mark Bridger menghabiskan hari-harinya dengan minum minuman keras, menonton filem porno dan melihat gambar-gambar tak senonoh. Setelah menghabiskan malam dengan berpesta pada 2012, dia dengan sengaja mengelilingi bandar mencari seorang gadis muda untuk disetubuhi.
Kala itu ia menemukan April Jones, gadis kecil berusia lima tahun. Saat melihat mangsanya, Bridger langsung menarik masuk Jones ke keretanya.
Tak lama setelah kejadian, orangtua Jones mulai khuatir kerana anak gadisnya tak pulang-pulang. Setelah dilakukan penyelidikan, pihak polis akhirnya menangkap Bridger yang didakwa dikaitkan dengan kehilangan gadis malang itu.
Seperti biasa, Bridger tidak mengaku melakukannya. Katanya itu dilanggar secara tidak sengaja dan nampak alasan itu seperti normal kerana dia sedang mabuk ketika itu.
Namun, seorang ahli forensik kemudiannya menemukan sesuatu yang aneh di tubuh gadis kecil itu. Doktor memeriksa ada darah pada kemaluannya. Gadis itu besar kemungkian dirogol sebelum dibunuh.
Setelah terbukti bersalah, Bridger dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Biar sudah dipenjara hidup Bridger tidak tenang. Dia kemudian mengaku kepada rakan selnya yang dia kerap melihat arwah Jones. Gadis itu selalu mendatangi Bridger pada malam hari sekalipun lelaki itu dalam penjara.

Jose Ferreira, 17 tahun
Remaja ini bertemu dengan Carrie Ann Jopek, 13 tahun dalam satu pesta pada tahun 1982. Bukan saja berkenalan malah hubungan itu bertukar mulai mesra. Suatu ketika, dalam satu pertemuan, Jose mengajak Jopek mengikutnya ke satu ruang bawah tanah.
Saat mereka menuruni tangga, Jose mulai berniat untuk merogolnya dan dia terus menarik Jopek yang enggan mengikutnya. Dia kemudian menyentak tangan gadis ini sehingga Jopek terjatuh di tangga paling bawah.
Ternyata, tengkuknya patah dan mati di situ sahaja. Yakin perbuatannya tidak diketahui orang, Jose melarikan diri selepas menanam mayat gadis itu dibelakang rumah. 17 bulan lamanya, mayat Jopek tidak ditemui sehinggalah jasadnya ditemui tanpa sengaja.
Namun polis ketika itu tidak menemukan sebarang bukti siapa pelakunya. Masa terus berlalu sehingga 30 tahun lamanya. Entah mengapa, Jose membuat pengakuan kepada polis dialah pembunuh itu kerana tidak tahan asyik diganggu selama 30 tahun ini hingga hidupnya langsung tak keruan.

Ah Fong
Kejadian ini terjadi di Hong Kong pada tahun1999 di mana satu kumpulan gangster menangkap Fan Man Yee yang didakwa berhutang jutaan ringgit dengan mereka.
Diseksa dan didera selama sebulan oleh kumpulan ganas ini, akhirnya Fan Man Yee mati. Tubuhnya dikerat-kerat untuk memudahkan mereka membuang mayatnya. Tapia mat kejam, mayatnya hanya dibuang ke dalam tong sampah.
Seorang dari geng jahat ini mempunyai kekasih muda, Ah Fong berusia 13 tahun yang turut membantu menyeksa Fan.
Ah Fong kerap mengalami mimpi buruk dan sering melihat hantu Fan setiap malam. Awalnya, para anggota geng mengira itu hanyalah cerita khayalan seorang gadis remaja.
Namun, saat anggota geng melihat tempat penyiksaan Fan, mereka menemukan bahagian tubuh lelaki tersebut. Anggota geng tersebut kemudian ditangkap oleh polis setelah Ah Fong bersaksi dan mengakui segala dosa yang dia dan anggota geng lakukan. Hingga akhirnya, mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

John Nkuna
Pada 2002 di Afrika Selatan, John Nkuna bersama dua orang kawannya menculik Bob Ruel Baloyi. Mereka mengikat Baloyi dengan kain dan terus memukulnya. Tidak cukup dengan memukul, mereka turut menyiramnya dengan petrol sebelum membakarnya.
Tubuh Baloyi terbakar teruk dan mati di tempat kejadian. Mayat Baloyi kemudian ditemui oleh seorang pengembala kambing yang menelefon polis memaklumkan penemuan mayat yang sudah hangus ini.
Masa yang sama, Nkuna melarikan diri jauh-jauh. Sekalipun jauh dari polis tetapi hidup dan tidur Nkuna tidak pernah tenteram. Dia dihantui roh Baloyi dalam keadaan menyeramkan.
Setiap malam, dia kerap mendengar suara Baloyi yang berkata, “Beritahu kepada keluargaku, jika kaulah pembunuhku, maka kamu akan dapat tidur tenang. Jika tidak, aku akan terus menghantuimu.”
Nkuna ketakutan dan memutuskan untuk memberi tahu cerita sebenar kepada orang tua Baloyi di mana dia mengaku dialah yang bertanggungjawab di atas semua kesalahannya.
Polis kemudian menangkap Nkuna dan rakannya yang lain yang terlibat dalam kes pembunuhan ini. Dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun karena terbukti bersalah atas pembunuhan Baloyi.

Daniel French
Pada tahun 2012, Daniel French ingin mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Saat itu, melakukan rompakan adalah cara paling mudah. French memutuskan untuk merampak sebuah rumah milik wanita tua yang sudah pencen dari pekerjaan iaitu Barbara Howe berusia 87 tahun.
Dalam rompakan itu, French menghalakan sepucuk pistol ke leher wanita tua ini. Namun tanpa sengaja, dia menepis dan ketika itulah French telah mencekiknya sehingga mati.
Wanita tua itu maut di tangan lelaki ganas ini. French kemudian mengeledah rumah dan mengambil sebentuk cincin berlian.
Kes pembunuhan ini gagal dirungkai oleh polis selama dua tahun. Namun selepas itu, ada bukti-bukti menunjukan French telah membunuh wanita tua ini. Semasa polis menahannya, French membuat pengakuan bersalah.
Kata French, setiap malam, roh Howe datang menggangu tidurnya dan dia sentiasa tidak tenang selain berada dalam ketakutan. Sumber laman Listverse.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pakai Green Screen Je, Ini 4 Sebab Mengapa MV ‘4 Dara’ Ngam!

Setelah Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom kembali mempopularkan lagu 4 Dara nyanyian asal Noraniza Idris menerusi babak lakonannya dalam drama Kampung People 2, nampaknya dia tidak menunggu lama untuk menerima pelawaan Faizal Tahir untuk mencipta 4 Dara versi 2020.
Selain daripada Kak Lina, FT juga menampilkan rapper Zizi Kirana dalam lagu berdurasi 2 minit 30 saat ini
Sempena pelancaran video muzik rasmi 4 Dara 2020, nah kami senaraikan 4 sebab utama ia ngam!
01
Pertama sekali, FT enggan mengambil risiko untuk merakamkan video dalam musim pandemik ini. Sebaliknya dia menggunakan teknologi green screen sahaja bagi merealisasikan imej keseluruhan video ini.
The visuals though..

Kak Lina menyapu di tangga Batu Caves, kak Lina keluar sebagai billboard 3D, mereka bertiga di hadapan menara condong Teluk Intan.
Seriously, these scenes are as random as they can get, and we love it!
02
Ketiga-tiga penyanyi yang terlibat dalam penerbitan lagu dan video muzik ini nyata telah memberikan yang terbaik. FT, Kak Lina dan Zizi Kirana berjaya menghiburkan rata-rata penonton dengan aksi spontan mereka terutamanya kak Lina yang memang tak control ayu! Hehe..
Dia dan Zizi juga membuktikan bahawa mereka mampu menyanyi dengan vokal yang lancar dan sedap didengar pada bahagian masing-masing walaupun mereka lebih dikenali sebagai pelakon komedi (yang dahulunya bermula sebagai penyanyi serius) dan rapper.
03

“Haa Zizi Masokk!”
Kemunculan ayat ‘Blackpink In Your Area’ oleh Zizi Kirana berjaya untuk cairkan hati Blinks seperti kami.
Empat tiga dua satu
Macam hitam merah jambu
Blackpink in your area
Pilih bias mana satu
04

Ingatkan dah habislah video muzik ini. Rupa-rupanya FT selitkan satu lagi elemen kelakar pada bahagian credit roll! Berlatar belakangkan pemandangan tepi jalan di Kampung Mangkuk iaitu lokasi utama dalam drama Kampung People, penonton bukan saja tertarik dengan aksi kak Lina, FT, Zizi Kirana dan Adib Hussin menari.
Malah, bahagian kredit untuk video ini juga menyerlahkan lagi kreativiti Faithful Music sebagai penerbit video ini.
Penerbit: My Chinese Friend
Make Up: Sepupu Jiran
Budak Prop: Tak Cukup Bajet
Choreographer: Sendiri-sendiri
Pengarah: Ahh Aku Tak Suka Orang Mengarah Aku
Haihh, macam-macam lah FT ni. Hehe.. apapun, kami semua memang terhibur!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bajet 2018: Kerajaan Mansuh Tol Batu Tiga, Sungai Rasau

Kerajaan menerusi Bajet 2018 hari ini mengumumkan pemansuhan kutipan tol tertentu di Selangor, Kedah, dan Johor.
Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebentar tadi.
Langkah pemansuhan akan mula dilaksanakan mulai 1 Januari 2018.
“Berita gembira buat pengguna lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor. Mulai 1 Januari 2018, Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor.
“Kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan di Eastern Dispersal Link, Johor,” katanya.
Nampaknya lepas ini, legalah sikit perasaan student UiTM, Unisel, MSU, MSU College dan pelanggan setia A&W Batu Tiga. Hiks!
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



