Tiada Istilah Ini Dalam Perlembagaan, Apa Sebenarnya Maksud PM ‘Interim’?

Share

 

Selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, situasi terkini menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru meletakkan jawatan Perdana Menteri semalam telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

 

Pertama sekali, istilah PM Interim ini tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan. Lantas ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan PM Interim? Adakah Tun M masih Perdana Menteri Malaysia?

Definisi mudah kepada PM Interim adalah ketua kerajaan yang masih menjalankan tugas sama seperti seorang Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam Perkara 43 Perlembagaan TETAPI untuk tempoh waktu sementara, seperti yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perlantikan ini juga terjadi kerana Tun M masih memiliki  kepercayaan politik di Parlimen. Beliau sedang menjalankan tugas sebagai caretaker

sementara kerana pengurusan pentadbiran negara masih perlu diisi sebelum tarikh angkat sumpah Perdana Menteri terbaru ditetapkan.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri kelapan Malaysia itu masih mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara ataupun ia akan digantikan dengan figura baru?

Dalam pada itu, dengan perletakan jawatan Perdana Menteri semalam, secara automatiknya, jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan setiausaha politik turut terhenti sama berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan.

Maka, seluruh kabinet dan ahli-ahlinya sedang tergantung daripada fungsi masing-masing. Namun, pentadbiran kerajaan tetap berjalan seperti biasa.

 

 

 

 

IKLAN