#TheBinJinWedding Trending, Peminat Teruja Nantikan Perkahwinan Hyun Bin & Son Ye Jin

Share

Pasangan popular Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin dikatakan bakal mengakhiri zaman bujang mereka pada hari ini. Di Twitter, tanda pagar TheBinJinWedding menjadi tular dan rata-rata peminat sepertinya sudah tidak sabar menantikan khabar gembira daripada dua bintang kesayangan ramai itu.

Malah ada yang turut berkongsi kad jemputan perkahwinan mereka yang begitu mewah dan ada juga yang mengatakan adakah itu wedding dress yang akan digayakan oleh Son Ye jin nanti? Begitu banyak tanda tanya yang bermain di fikiran peminat sehinggalah berita perkahwinan mereka dilaporkan secara rasmi.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Menurut sumber lagi, majlis perkahwinan Hyun Bin dan So Ye Jin dilansungkan di Aston House of Walkerhill Hotel di Gwangjang-dong dan dihadiri oleh keluarga pada jam 11 pagi, manakala acara utama akan berlansung pada pukul 4 petang.

Sumber: Twitter

Peminat turut melaporkan status kedua pasangan itu telah pun ditukar kepada suami dan isteri di laman web Wikipedia.

Sumber: Twitter

Ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat foto perkahwinan mereka. Apa-apa pun kita nantikan update terkini dari media di Korea Selatan.


**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN