Pencarian Dewi Remaja 2019 kali ini membawa kelainan apabila hanya mengumumkan empat orang finalis yang berjaya ke final, manakala seorang lagi peserta telah pun diumumkan menerusi siaran Meletop sebentar tadi.
Nampaknya perjalanan Dian Fernandez terpaksa terhenti disini kerana Syamira Izzati telah pun berjaya ke peringkat akhir Pencarian Dewi Remaja 2019 yang akan bersiaran secara langsung pada Sabtu ini.
"Sejujurnya, saya rasa Syamira memang layak untuk meneruskan perjalanan Dewi Remaja ini ke peringkat akhir. Memanglah rasa sedih sebab tinggal selangkah sahaja lagi untuk berentap di pusingan akhir, tetapi rezeki saya hanya tertulis hingga setakat ini saja,"
"Saya percaya akan ada banyak lagi rezeki di luar sana dan tidak semestinya bila tak dapat masuk ke pusingan akhir, perjalanan akan berakhir disini. Banyak lagi peluang yang saya boleh cari untuk meneruskan minat dalam industri hiburan ini," jelas Dian.
Berkongsi cerita tentang perjalanannya seawal sesi ujibakat Dewi Remaja tempoh hari, Dian tidak menyangka bahawa dirinya terpilih sebagai Top 12. Melihat peserta-peserta yang telah disenarai pendek, gadis kacukan Filipina ini menganggap ini adalah rezeki yang tidak boleh ditolak.
"Sebenarnya dari tahun lepas saya ingin menyertai Dewi Remaja tetapi saya hanya tahu sesi ujibakat yang sedang berlangsung pada hari terakhir. Jadi memang tak sempatlah. Tahun ini, kakak yang bersungguh meminta saya cuba menghadiri casting pada September lepas,"
"Saya langsung tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar akan kemampuan diri. Ramai peserta yang berbakat, namun dah tertulis ini adalah rezeki saya, jadi saya terima dengan hati yang terbuka,"
"Oleh sebab itu juga, saya sangat bersyukur kerana sudah berjaya hingga ke peringkat ini walaupun tidak dapat beraksi di pentas final. Dalam masa yang sama, saya juga happy bila melihat kawan-kawan yang lain berjaya meneruskan perjalan dalam Dewi Remaja," sambungnya lagi.
"Untuk Shaza, Amanda, Adriana, Nynaa dan Syamira, saya ingin ucapkan tahniah dan good luck untuk mereka. Buat betul-betul, I know you guys can do it!"
Syabas juga kami ucapkan buat Dian kerana berjaya hingga ke peringkat ini. Semoga terus bersinar dan mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.
*
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Ads
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan pada 15 Disember 2019 kelak ke remaja@ideaktiv.com.
SOALAN EPISOD 7
1. Di manakah lokasi penggambaran segmen Corporate Social Responsibility (CSR) para finalis bersama haiwan gajah?
2. Siapakah yang memenangi cabaran 'photo shoot' bersama penaja bersama, NUViT Malaysia?
3. Namakan 5 orang dewi yang berjaya melangkah ke finale Dewi Remaja 2019.
*
Ads
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 15 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
Ads
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan 'Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 7 (FINALE) minggu ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Google Malaysia kembali dengan senarai personaliti dengan carian tertinggi di Google sepanjang tahun.
Menurut data yang dikongsikan mereka bagi tahun 2022, antara nama-nama popular yang ‘sangkut’ dalam kedudukan Top 10 termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kedudukan pertama.
Selain individu nombor satu negara itu, nama bekas personaliti TV3 yang hilang secara misteri, Zalina Azman; pelakon kanak-kanak, Nik Adam Mika serta penyanyi, Yasin Sulaiman turut tersenarai dalam carian tertinggi oleh rakyat Malaysia di kotak carian Google.
Satu lagi nama yang tersenarai ialah pelakon drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling di kedudukan ketujuh.
Bercakap kepada rakan media, Anna, 22 jelas terkejut dengan perkhabaran tersebut dan menyifatkan kejayaan drama tular itu sebagai pemangkin kepada perhatian yang diterimanya sepanjang tahun 2022.
Selain itu, usaha kerasnya bagi menempatkan nama sebagai seorang pelakon usai tamat penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2018/2019 juga memainkan peranan penting. Hasilnya, dalam tempoh tiga tahun Anna boleh berbangga dengan kejayaan setakat ini.
“Saya terkejut apabila tersenarai di antara 10 personaliti paling banyak carian di Google Malaysia untuk sepanjang tahun ini.
“Saya yakin carian ini adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya, selain sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.”
Anna bersama gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen.
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya,” katanya.
Tambah Anna, pihak pengurusannya iaitu Mask Team juga bertanggungjawab dalam menaikkan nama serta kerjayanya.
Bagi meneruskan rentak cemerlang ini, Anna kini sedang dalam perancangan melebarkan saya ke industri hiburan Indonesia. Melihatkan kepada kegigihannya berulang-alik antara Kuala Lumpur-Jakarta, tidak mustahil impian tersebut bakal dicapainya seawal tahun 2023.
Sekiranya korang berada di penggambaran sesi penyingkiran episod keempat program Dewi Remaja 2018/2019, mesti korang pun terkejut mendengar komen para juri kepada peserta.
Melihat kepada respon penonton yang mempersoalkan mengapa juri tetap, Dato Hans Isaac dan juri jemputan, Dato AC Mizal begitu serius dalam memberi komen, kami dapatkan pendapat mereka sendiri.
Dato AC Mizal hadir sebagai juri jemputan episod keempat Dewi Remaja 2018/2019.
Kata Dato Hans, “Sejak hari pertama di dalam program ini, saya sudah katakan kepada mereka, I’ll be tough on them because this is their time to improve before entering the industry.
“Tahniah saya ucapkan kepada team Aura Remaja (Rasya Dean, Ernisha, Arena Iman, Aween Ismail) kerana berjaya, namun mereka gagal untuk menyerlahkan individualiti sebagai peserta.
Aura Remaja dianggotai oleh (dari kiri): Ernisha, Arena Iman, Aween Ismail dan Rasya Dean.
“Sebagai team, mereka bagus. Namun bila kami melihat kekuatan masing-masing sebagai peserta individual, mereka tidak menyerlah pada cabaran kali ini. Kamu harus ingat, Dewi Remaja is a competition. Kena selalu serlahkan diri,” kata beliau.
Seperti yang korang tahu, kumpulan Tiga Manis yang dianggotai oleh Haneesya, Anna Jobling dan Affie Rania dipilih sebagai peserta bottom 3 untuk episod keempat.
Tiga Manis dianggotai oleh (dari kiri): Anna Jobling, Affie Rania dan Haneesya.
“Ya mereka bertiga memang cantik, tetapi Dewi Remaja lebih daripada rupa luaran.
“Saya bukannya ingin attack mereka tetapi ini adalah pesanan kepada kesemua peserta. Bila kamu terlalu overconfident, kamu selalu rasa kamu nombor 1 – kamu akan jatuh bila gagal lakukan sesuatu.
Mereka bertuah kerana tiada sesi penyingkiran pada minggu ini.
“Semua selebriti nak lakukan yang terbaik, nak jadi nombor 1. There is nothing wrong with that, tetapi fahami dulu strategi untuk berjaya. Sebagai sebuah kumpulan, rancang betul-betul. Jika di dunia luar nanti, kamu akan deal dengan banyak jenama produk yang nakkan kamu sebagai duta.
“Fahami dulu produk, rancang dan lakukan sehabis baik,” pesan Dato Hans lagi.
Sherin Amiri Sebagai Pemenang Mingguan
“Seperti yang saya cakap kepada mereka tadi (semasa sesi penyingkiran), walaupun mereka sedang melakukan task iaitu menjual di booth masing-masing, mereka harus ingat untuk menjadi peserta Dewi Remaja.
“Identiti sebagai Dewi Remaja masih perlu ada, kalau tak – apa yang membezakan mereka berbanding penjual lain? Dan disebabkan itulah, saya dan (Dato’) Hans bersetuju dengan pemilihan Sherin Amiri sebagai peserta terbaik pada minggu ini.
Gadis Magenta dianggotai oleh (dari kiri): Fazreen Fazera, Sherin Amiri, Tia Sarah dan Lydia De Sal.
“Sejak cabaran menjual pelan data redONE di Publika sehinggalah cabaran maxi di MAHA, MAEPs Serdang, kami lihat Sherin tidak mudah mengalah, cuba berikan yang terbaik dan pandai mencari solusi on-the-spot.
“Itu semua penting jika mereka mewakili imej seorang Dewi Remaja. Malah, selebriti sekarang pun ramai yang join jualan besar-besaran juga kan? Pernah nampak mereka mengeluh penat? Tak,” ulas beliau panjang lebar.
***
Selain itu, antara isu yang dibangkitkan oleh para juri (mungkin tidak dipaparkan secara menyeluruh di kaca televisyen) adalah penggunaan media sosial di kalangan peserta.
“Media sosial membezakan Dewi Remaja era millennial dan zaman sebelum ini. Semasa Neelofa dan Scha Al-Yahya bertanding, media sosial tidak sepenting sekarang. Apa yang saya lihat, peserta terlalu bergantung harap kepadanya.
Scha Al-Yahya bertanding pada tahun 2005/2006 tanpa wujudnya pengaruh media sosial seperti sekarang.
“It is not necessarily a bad thing kerana media sosial memang penting untuk komunikasi bersama followers. Tetapi kadangkala kita lupa yang kita pun perlu turun padang dan bertemu followers.
“Bagi saya, tak semua peserta yang telah menguasai skil bercakap depan-depan dengan orang, and in this case, dengan pelanggan.
Bukanlah niat juri kita pada minggu ini untuk merendahkan para peserta.
Tetapi rasanya mereka berdua ingin kesemuanya to step up their games, memandangkan kita sudah separuh jalan di dalam Dewi Remaja 2018/2019. Siapa excited untuk menonton episod kelima Ahad ini?!
Kami tahu kami excited! Jangan lupa date kita pada 23 Disember (Ahad) jam 10.30 malam di saluran Astro RIA dan RIA HD. Kemudian ikuti, Live Instagram dan Facebook bersama para finalis di akaun @majalahremaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebagai petugas media, Shaza Bae tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang hos HLive dan dia masih menjalankan tugasnya seperti biasa.
“Selepas tiga minggu bercuti kerana mengikuti trip bekerja ke Brazil, Shaza kini sudah mula masuk bertugas di studio. Selepas pulang dari luar negara, Shaza perlu dikuarantin selama 2 minggu kerana risau dengan wabak COVID-19. Shaza telah pun melakukan test tersebut di salah sebuah hospital swasta di Damansara dan Alhamdulillah, keputusannya adalah negatif,” jelas Shaza yang berkongsi pengalamannya selepas pulang dari Brazil.
“Sewaktu bertugas di studio, kami tidak langsung dibenarkan untuk membuat sebarang body contact. Jurusolek yang mendandan Shaza pun menggunakan berus spesifik untuk Shaza sahaja. Hand sanitizer sentiasa wajib ada bersama. Malah, semasa pengacaraan juga hos diminta untuk menjaga jarak. Keadaan di Astro tidak sama seperti sebelum ini. Hanya pekerja produksi yang terlibat sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut,” sambungnya lagi.
Sepanjang dua minggu dikuarantin, banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh Juara Dewi Remaja 2019 ini jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.
“Kalau dulu Shaza tidak banyak masa untuk memasak, sekarang ni boleh dikatakan hari-hari Shaza akan masak. Kemas rumah pun sekerap yang mungkin. Hari-hari vacuum rumah. Hehe! Shaza juga memang seorang yang suka membaca, jadi waktu terluang beginilah dihabiskan untuk meneruskan hobi ini,” kata Shaza.
Ditanya bagaimana kehidupannya sepanjang tempoh PKP berlangsung, anak gadis ini tidak terkecuali daripada terpaksa membatalkan sebarang job lakonan dan modeling yang ada.
“Tidak dinafikan banyak job yang terpaksa dibatalkan ekoran daripada situasi sekarang. Tetapi, Shaza bersyukur kerana masih mempunyai pendapatan tetap, iaitu mengajar.
Walaupun dalam PKP, Shaza masih perlu untuk melakukan pembelajaran bersama pelajar secara online. Selain itu, Alhamdulillah Shaza mempunyai sedikit simpanan yang boleh digunakan sepanjang tempoh PKP ini. Tidaklah banyak, tetapi boleh juga menampung kehidupan seharian,”
“Shaza juga ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk stay at home kerana ini sahaja langkah yang boleh dilakukan untuk memutuskan rantaian wabak tersebut. Bagi yang perlu bekerja, pastikan korang memberikan penjagaan ekstra dengan sentiasa memakai hand sanitizer dan pastikan balik sahaja rumah, terus mandi bersihkan diri. Semoga penularan wabak ini berakhir dan kita boleh hidup seperti dahulu semula,” sambungnya lagi.
Begitulah pengalaman Shaza Bae yang dapat dikongsi bersama Remaja. Kami juga doakan agar Shaza dilindungi ketika berkerja di luar sana. Korang pun stay home dan stay safe ya. Jangan keluar rumah kalau tiada urusan penting!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!