Terpisah 24 Tahun Lalu, PKP Temukan Kembali ‘Tok Penghulu’ Dan Keluarga

Share

Dalam tempoh kawalan pergerakkan ini, kerajaan telah memberi bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan. Dari inidividu kategori T20 hingga gelandangan, semuanya akan merasai bantuan yang dihulurkan.

Sehubungan dengan itu, mereka yang hidup secara bergelandangan telah diberikan tempat tinggal yang lebih sempurna dalam mengharungi wabak Covid-19.

Namun, disebalik kepahitan yang kita hadapi akibat pandemik Covid-19 rupanya terselit hikmah dan kemanisannya. Terputus hubungan sejak tahun 1996, lelaki ini menemukan kembali abangnya yang hilang tanpa khabar berita lebih 24 tahun lalu.

Melalui laporan berita Buletin TV3 bertarikh 11 April lalu, ada menyiarkan mengenai gelandangan yang dibantu semasa pelaksanaan PKP di ibu kota dan secara kebetulan ‘Tok Penghulu’ yang dilantik bagi mengawal kumpulan ini dikenal pasti sebagai abangnya yang sudah lama terputus hubungan.

Seorang pengguna Facebook yang meninggalkan komen bahawa lelaki berkenaan merupakan abang kepada individu Mohd Aidi Asyraf, siapa sangka daripada kisah mengenai gelandangan bertukar genre kepada Jejak Kasih.

Hilang selepas merantau bekerja di Kuala Lumpur, seorang pengguna Twitter berjaya menghubungi Mohd Aidi dan bertanyakan mengenai hal tersebut. Akui gembira kerana pencarian selama ini berakhir, ibu kepada Mohd Aidi turut merasa gembira dengan perkhabaran berkenaan.

Alhamdulillah, hikmah PKP. Jadi mari la kita bersangka baik sahaja. Mungkin lepas habis Covid-19 kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

 

Sumber: Faizal Hassan

IKLAN