Terpalit Isu Skandal Dadah, B.I Bakal Tarik Diri Daripada iKON

Share

Ikonic peminat setia kumpulan iKON pastinya sedih bila mendengar perkhabaran tentang Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I bakal meninggalkan iKON setelah skandal dadahnya tersebar.

Permohonan maaf secara terbuka ini telah dibuat di laman instagramnya dan berikut merupakan terjemahan yang diambil dari portal K-Variety Malaysia.

“Ini adalah Kim Han Bin, pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana terlibat dengan isu yang mengundang kritikan umum disebabkan tindakan tidak bermoral saya ini.

“Benar, ada satu masa dimana saya sangat tertekan dan tidak berada di dalam keadaan normal membuatkan saya beralih kepada sesuatu yang tidak pernah saya minat sebelum ini. Bagaimanapun, saya berasa sangat takut dan tidak sanggup untuk meneruskannya.

“Namun begitu, saya berasa sangat malu dan bersalah terhadap ahli-ahli grup saya yang ternyata sangat terluka disebabkan perbuatan saya itu.

“Saya akan belajar daripada kesilapan ini dan merancang untuk meninggalkan grup itu. Sekali lagi, saya memohon maaf kepada iKONICS dan juga ahli-ahli saya. Maafkan saya,”

Sebuah media di Korea Selatan, Dispatch telah membongkarkan mesej Kakao Talk ketua grup iKON, B.I yang dipercayai terlibat dalam urusan jual beli dadah.

Wah, hebat betul media di Korea ni. Berani mati!

Mesej yang dipercayai bertarikh 3 tahun lalu telah pun dikongsi secara umum.

Dalam perkongsian tersebut, dilihat B.I bersama individu yang dikenali sebagai A dalam jual beli dadah jenis LSD.

Perbuatan ini terbongkar apabila si A ditangkap polis pada Ogos 2016 dan mendedahkan dia pernah menghantar dadah tersebut di rumah B.I

Walaubagaimanapun, berita ini telah disahkan oleh YG sendiri bahawa Kim Han bin akan meninggalkan Ikon dan YG Entertainment.

Ternyata apa yang dilakukan Hanbin itu tidak betul dan penggunaan dadah memang salah di mana-mana negara. Tapi ikonik terutamanya tahu bagaimana iKON berkembang.

Macam mana iKON lepas ini tanpa hasil muzik genius Hanbin? Apa akan terjadi kepada 6 individu setelah Hanbin pergi? Adakah iKON masih relevan?

IKLAN