Walaupun setahun sekali, tapi kadangkala kita terlupa juga.
Tetapi sekarang apabila kami sudah memberitahu korang bahawa esok merupakan sambutan Hari Ibu rasmi sedunia, janganlah pula korang buat-buat lupa pula. Hehe.
Bagi yang ingin memberikan sesuatu yang istimewa kepada ibu tercinta, REMAJA ada beberapa cadangan yang pasti mummy korang suka punya.
01
Untuk Mummy Travel
Sudah tentu, jika mummy korang kerap melawat negara luar atas dasar suka melancong ataupun kerana urusan kerja mahupun keluarga, dia amat memerlukan keselesaan terutamanya ketika berjalan jauh.
REMAJA memilih koleksi Spring Summer 2018 dari Larrie Malaysia ini kerana Larrie bukan saja menawarkan rekaan yang cantik dan bersesuaian dengan semua peringkat umur. Malah, tahap keselesaan sepatu dan sandalnya memang – oomph!
Sneakers untuk mummy sporty, sandal pula untuk mummy laid back.
Guarantee tak kembang kecut ibu jari kaki.
02
Untuk Mummy Jaga Kulit Mulus!
Mana ada wanita yang tak mahukan kondisi kulit cantik dan sempurna.
Pada usia yang semakin matang, wanita terutamanya golongan ibu sebolehnya ingin menjaga kecantikan dan kesihatan kulit agar kekal anjal dan lebih muda dari usia.
Selain pemakanan sihat, REMAJA merasakan hadiah set penjagaan wajah amatlah sesuai untuk mummy. Contohnya, koleksi jenama Mamonde yang diperbuat dari ekstrak bunga-bungaan ini.
Antaranya adalah ekstrak bunga raya, mawar, kamelia, magnolia dan calendula.
Terlebih dahulu, ketahui masalah kulit wajah yang ingin diatasi oleh mummy masing-masing. Kandungan jenama Mamonde dilihat bersesuaian untuk wajah Asia kerana ia sendiri diperbuat di Korea Selatan.
Dah lebih cantik nanti, jangan lupa puji pula okay!
Ads
03
Untuk Mummy Fashionable
Bukan anak je yang suka berfesyen okay.
Baru-baru ini, butik This Is April yang popular di Indonesia baru saja menembusi pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertamanya di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Kenapa ia digemari oleh perempuan?
Ini kerana ia menawarkan hampir apa saja yang perempuan termasuklah mummy korang perlukan untuk kelihatan fashionable. Ada gincu, beg, kasut, tudung, pakaian dan macam-macam lagi lah! Harganya pun dilihat berpatutan dari RM45 ke RM105.
Sesuai untuk mummy yang sukakan gaya kasual, selesa dan berstail.
04
Untuk Mummy Obses K-Pop
Ads
Bukan, REMAJA tidak mencadangkan korang untuk membeli tiket konsert Wanna One bulan Julai nanti.
(Tapi kalau beli pun, apa salahnya kan?)
Mummy yang tak boleh lena tidur malam jika tidak menonton drama Korea ini selalu akan memuji kecantikan yang dimiliki oleh para aktres negara tersebut. “Bagaimana mereka boleh memiliki kulit sebegitu,” tanya mereka selalu.
“Adik, macam mana nak cantik macam Yoon A ni!”
Bukanlah mahal pun jika ingin memiliki kulit sebegitu. Paling penting, mummy memerlukan produk yang memberikan mereka keselesaan dan mudah bagi mereka ‘merehatkan kulit wajah’.
Contohnya, koleksi Green Tea Line baru dari innisfree.
Diperbuat daripada bahan teh daun hijau dari Pulau Jeju, produk yang dikeluarkan semula oleh innisfree ini melembabkan kulit malah membolehkan sel kulit ‘mudah bernafas’.
05
Untuk Mummy Lasak
Fuh, rare dapat mummy lasak macam ni.
Bukan hanya lasak memasak di dapur, kalau boleh setiap weekend mesti dia akan mengajak korang untuk lakukan sesuatu yang mencabar. Hiking bukit, menjadi sukarelawan di zoo, pergi berbasikal dan berlari dalam acara fun run.
Satu perkara yang akan menjejaskan mood mereka adalah keselesaan semasa lasak beraktiviti.
Rambut berbau terutamanya bagi yang berhijab, malah rasa melekit. Sebab itulah, REMAJA nak cadangkan set rambut Safi Shayla.
Sebagai pakar penjagaan rambut wanita berhijab, rangkaian produk mereka bukan saja Halal tetapi menjaga rambut agar rapi, bersinar, kuat dan tidak mudah gatal.
06
Untuk Mummy Glamor
Cantik je kan kalau kita berjumpa dengan golongan mummy glamor.
Mereka selalu tampil yakin dengan penampilan masing-masing, kemas dan bertenaga bila bercakap. Selalunya, faktor yang mendorong mereka untuk rasa glamor adalah pemilihan kasut uols.
Dengan rekaan custom made, jenama mewah XALF tak ketinggalan ingin meraikan mummy kamu dengan kasut buatan kulit.
* * * * *
Masih belum terlambat tau kalau korang nak raikan Hari Ibu pada hujung minggu ni. Iyalah bukan selalu, setahun sekali.
Namun, kasih sayang terhadap ibu tak hanya kekal untuk tempoh, hari-hari juga merupakan hari khas untuk ibu kita!
Happy Mothers Day!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Rhea Akira, pada 9 Mei semalam.
Hal itu dikongsi sendiri oleh suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai melalui aplikasi Instagram.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta”
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga”.
Kredit: Instagram ubaimz
Kata Ubai, dia bersyukur apabila melihat isterinya sihat dan selamat melahirkan. Dia juga merasa sebak dan terharu ketika melaungkan azan pada buah hati baru mereka.
Menurutnya lagi, jika ibu tercinta masih berada di dunia. Sudah pasti arwah akan berasa gembira dengan kehadiran cucu pertamanya.
“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira ❤️”.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos tahun lalu selepas Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada tahun 2022, selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dahulunya, Shawn Mendes dan Camila Cabello sebaik mungkin hendak menyembunyikan hubungan cinta mereka daripada pandangan umum.
Namun sejak 4 bulan lalu, mereka telah menjadi pasangan selebriti official setelah foto bersama secara terbuka dan sejak itu, there is no turning back! Hehe..
Lihat sajalah semalam, mereka dilihat tidak segan silu bermesra di perlawanan bola keranjang.
Terbaru, Shawn Mendes dilihat menyanyikan lagu mengenai teman wanitanya itu.
Semalam, Taylor Swift telah melancarkan lagu remix untuk single ‘Lover’ bersama Shawn. Dan jika korang perhatikan kepada bahagian lirik yang dinyanyikan oleh Shawn, ia jelas menunjukkan bahagian tersebut 100% mengenai Camila.
We could light a bunch of candles
And dance around the kitchen, baby
Pictures of when we were young would hang on the wall
We would sit on the stoop
I’ll sing love songs to you when we’re eighty
See, I finally got you now, honey, I won’t let you fall
*
Rata-rata peminat mereka berdua mengetahui Shawn dan Camila telah berkawan untuk bertahun-tahun lamanya. Namun mereka mengambil masa untuk akhirnya bercinta.
Single remix bagi ‘Lover’ ini adalah nota cinta Shawn untuk Camila. Sekarang, kita semua boleh mengharapkan sebuah lagu penuh oleh Shawn Mendes pula untuk penyanyi ‘Liar’ itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis tidak menyedari kefasihannya bertutur dalam Bahasa Inggeris menggunakan ‘British Accent’ menjadi tular dan menuai pujian ramai.
Berkata kepada Remaja. Balqis yang mesra dengan panggilan Aqish memaklumlamilmu Bahasa Inggeris penting dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutama ketika di luar negara.
“Saya tak tahu ia tular. Google News pun saya tutup. Saya bersyukur apabila diterima kerana sesetengah orang menganggap, bercakap Bahasa Inggeris ini, bongkak.
“Tidak. la sebenarnya pendidikan dan pendidikan itu amat penting. Banyak pekerjaan memerlukan kita bercakap dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, takkan kita nak pergi Sepanyol cakap Bahasa Melayu,” katanya.
Pada masa sama, pelakon berusia 17 tahun itu juga memberitahu ibu tercintanya menjadi individu utama dalam mendorong untuk memajukan diri untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
“Memang dari kecil, saya berulang kali menulis topik sama dalam Bahasa Inggeris. Tahap kesungguhan ibu saya sampaikan, buku yang kita beli kedai itu, contohnya, huruf A, dia akan tulis semua perkataan yang bermula dengan huruf A sahaja.
“Dia akan bagi saya conteng dinding, tulis perkataan Bahasa Inggeris. la susah, tapi berbaloi. Waktu kecil, Bahasa Inggeris saya biasa.
“Tetapi, bila dah semakin membesar, saya banyak menonton YouTube dan sebagainya untuk perbaiki. Selain saya juga sebenarnya belajar di British Council Malaysia dan dikelilingi dalm kalangan rakan berbangsa Inggeris,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Aqish berkongsi nasihat kepada mereka yang malu mahupun tiada keyakinan untuk berbahasa Inggeris, sentiasa teruskan usaha walaupun dikecam yang berada di sekeliling.
“Bila dikelilingi oleh orang yang positif, kita salah cakap pun, mereka akan betulkan. Sebenarnya, bergantung kepada persekitaran kita.
“Kalau kita dikelilingi orang-orang negatif, kita cakaplah Bahasa Inggeris sefasih mana pun, mereka akan dikeji.
“Jadi, nasihat saya sekiranya anda dikelilingi oleh orang-orang yang berfikiran negatif, teruskan bercakap dalam Bahasa Inggeris sebab pendidikan sangat penting dan kamu sedang lakukan yang terbaik,” kongsinya.
Ditanya sama ada dia akan menerima tawaran lakonan sekiranya ditawarkan untuk berlakon dalam karya Bahasa Inggeris di luar negara, pelakon naskhah popular Rampas Cintaku itu berkata, dia ingin selesaikan tugasnya di tanah air terlebih dahulu.
“Saya nak habiskan tugas saya dalam Malaysia dahulu. Insya-Allah, kalau ada tawaran, saya akan terima. Tapi, saya takkan lupa asal usul saya,” ujarnya ringkas.
Terbaharu, drama lakonannya berjudul Terlanjur Cinta ditayangkan di platform Viu. Selain Aqish, drama itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Datin Umie Aida, Syafi Tee, Khir Rahman dan ramai lagi.
SUMBER FOTO: Instagram Puteri Balqis
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas agak kurang muncul di kaca televisyen dan menghadiri acara hiburan, Datin Eina Azman kini lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga selain memberi perhatian...