Masihkah korang ingat tentang kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang juga merupakan penuntut di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) sekitar empat tahun lepas?
Setelah siasatan dan prosiding dijalankan selama empat tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam orang tertuduh yang juga merupakan rakan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Mereka didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Allahyarham Zulfarhan.
Enam tertuduh tersebut dikenal pasti sebagai Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Ads
Mereka sekaligus terlepas daripada hukuman gantung yang menanti setelah dihadapkan atas tuduhan membunuh serta bersubahat membunuh Zulfarhan dan didakwa mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Turut terlepas daripada hukuman mati mandatori ialah Abdoul Hakeem yang berdepan pertuduhan bersubahat mengikut Seksyen 109 kanun sama.
*
Ads
Mereka dan 12 lagi tertuduh turut dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.
12 tertuduh itu pula dikenal pasti sebagai Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.
Ads
Hakim turut memutuskan bahawa tempoh hukuman penjara ini berjalan bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM didapati bersalah menyebabkan mencederakan tanpa niat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan (Sumber Gambar : Sinar Harian)
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi yang sama telah memerintahkan 18 orang penuntut UPNM yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan kes tersebut membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi tujuan untuk memera ugut dan untuk mendapatkan pengakuan mangsa mengenai tuduhan mencuri komputer riba. Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi pada 21 Mei 2017.
Moga-moga kes ini menjadi pedoman dan pengajaran kepada semua pelajar diluar sana bahawa budaya buli hanya membawa malapetaka. Al-fatihah (dengan bacaan ) buat Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Sumber: Awani / Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Israel semakin mengganas terhadap rakyat Palestin baru-baru ini, pasukan bola sepak Argentina menjadi ‘tetamu’ terbaru mereka yang membatalkan hasrat untuk berkunjung ke sana.
Sebelum ini, sudah beberapa kunjungan dibatalkan atas alasan tidak menyokong penindasan yang dilakukan oleh kerajaan dan tentera Israel terhadap Palestin. Antara termasuklah penyanyi Lorde, Perdana Menteri Perancis Edourard Phillipe, penyanyi Shakira dan kini, pasukan bola sepak Argentina.
Menurut laporan Persatuan Bola Sepak Palestin, Argentina yang dibintagi oleh pemain hebat seperti kapten, Lionel Messi telah membatalkan perlawanan persahabatan mereka menentang Israel di Jurusalem.
Kedua-dua pasukan dijadualkan untuk bertemu pada hari Sabtu lepas di Stadium Teddy Kollek, Israel sebelum pasukan bimbingan Jorge Sampaoli itu bergerak ke Rusia bagi menghadapi kempen Piala Dunia 2018.
Laporan berkata, “Presiden Persatuan iaitu Gabriel Rajoub mengesahkan bahawa Federasi Bola Sepak Argentina telah membatalkan kunjungan ke Jurusalem, hasil rundingan yang dilakukan oleh ahli berkuasa di Palestin (PFA) dengan bantuan persatuan domestik dan antarabangsa.
“Sekaligus, ia menyampaikan nilai murni, etika dan mesej yang ada pada bidang sukan, iaitu tiada keganasan dan penindasan ke atas mereka yang terlibat sama.”
Akhir Mei lalu, Palestin menuduh Israel cuba untuk mempolitikkan sukan dengan menganjurkan perlawanan persahabatan ini di atas tanah perkampungan rakyat Palestin yang dicerobohi serta diruntuhkan pada tahun 1948. Israel juga dikatakan cuba menyebarkan propaganda kepada peminat sukan Argentina mengenai “Jurusalem Bersatu” untuk masyarakat Yahudi di sana.
Barisan kesebelasan bola sepak Argentina.
Buat masa ini, pasukan bola sepak Argentina dan Israel belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal ini.
Argentina diundi ke dalam kumpulan D bersama Iceland, Croatia dan Nigeria dan cuba untuk memenangi Piala Dunia FIFA buat kali ketiga sejak penganjurannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara ini selalunya menjadi dilema kepada ibu bapa yang mempunyai anak meningkat remaja. Walaupun fasa memberontak dalam kalangan remaja adalah normal, namun tindakan ibu bapanya seorang remaja perempuan dari China ini agak pelik dan keterlaluan.
Remaja tersebut hanya dibekalkan dengan biskut dan air sepanjang berada di pulau terbiar sejauh 2400km itu. Tujuan ibu bapa tersebut ialah untuk ‘ajar’ anak mereka menjalani ‘latihan mental dalam keadaan yang melampau’ kerana kuat ‘memberontak’.
Nasib gadis berusia 13 tahun itu baik kerana terjumpa seorang nelayan yang melalui kawasan tersebut dan meminta tolong setelah dua hari mengalami pelbagai halangan di pulau berkenaan.
Nelayan berkenaan menghubungi pihak polis dan remaja tersebut memberitahu mereka bahawa dia tidak boleh tahan lagi dan mahu pulang.
“Ibu bapa saya paksa saya bertahan di pulau terbiar. Saya hanya ada biskut dan air. Saya tidak boleh menghidupkan api. Tolong bawa saya ke darat.”
Pihak polis kemudian mengarahkan ibu bapa remaja berkenaan untuk membawanya pulang ke rumah. Ibu bapanya menjelaskan kepada media bahawa anak gadis mereka mempunyai ‘masalah psikologi’ dan berhenti sekolah pada September 2020.
Mereka mengambil keputusan untuk mengajarnya erti kesusahan dan kesukaran dalam hidup.
Balenciaga antara nama besar dalam industri fesyen mewah di dunia.
Namun, baru-baru ini label fesyen antarabangsa ini mengejutkan masyarakat dunia apabila kempen terbaru mereka iaitu “Balenciaga Objects” yang seperti ‘tidak kena’. Malah, Balenciaga turut mengeluarkan permohonan maaf mereka secara terbuka selepas melancarkan kempen itu. Menerusi kempen tersebut, Balenciaga didakwa telah mempromosikan pornografi, pedofilia dan kanibalisme yang dianggap tidak sesuai serta mengganggu.
Dipetik daripada News Week, kempen Balenciaga itu menampilkan seorang kanak-kanak yang memegang beruang teddy yang memakai aksesori perhambaan. Manakala satu lagi gambar menunjukkan beruang teddy yang memakai vest bertali dan choker.
Ramai selebriti seperti Bella Hadid dan Nicole Kidman tampil dalam kempen ini. Bella dikatakan telah memadam kongsiannya sebagai tanda tidak menyokong tindakan Balenciaga tetapi Nicole tetap memuat naik gambarnya.
Malah, setelah beberapa hari kontroversi melanda, terbaru Kim Kardashian membuka mulut.
Melalui laman soaial Twitter, Kim Kardashian berkata, dia sedang menilai semula penglibatannya bersama rumah fesyen mewah Balenciaga, selepas firma berkenaan meminta maaf kerana menampilkan iklan kanak-kanak memegang patung beruang memakai apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik sebagai ikatan seks.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!