Terima Kritikan Yang Menyakitkan, Ratu Elizabeth Mahu “Legal Fightback” Cucu Dan Cucu Menantu

Share

Kisah keluarga DiRaja Britain sentiasa menjadi tumpuan masyarakat dunia, apa sahaja skandal yang terjadi pasti akan mengisi dada-dada akhbar cetak mahupun atas talian.

Terbaharu pasangan Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle bakal dikenakan tindakan undang-undang. Menurut THE SUN, pasukan undang-undang monarki  telah berunding dengan libel experts setelah Elizabeth menerima kritikan yang menyakitkan hati dari pasangan itu.

Hal ini juga setelah Ratu Elizabeth

telah memerintahkan para pembantu kanan istana (senior Palace aides) untuk merancang legal fightback setelah mendapat ‘serangan yang menyakitkan’ daripada cucu kandungnya itu.

“Mereka sedang bersiap sedia dengan tindakan undang-undang. Harry dan Meghan akan sedar bahawa serangan balas seumpama itu tidak akan dikompromi” kata kenyataan tersebut

Setelah mengumumkan yang mereka berdua tidak akan lagi bergelar sebagai ‘working royal’ dan mahu hidup dengan cara sendiri, banyak projek telah dilakukan. Jika Meghan menerbitkan sebuah siri pengembaraan animasi untuk saluran penyiaran atas talian popular, Netflix. Harry pula sedang menulis sebuah memoir, Queen’s Platinum Jubilee

yang akan dilancarkan pada tahun hadapan dan mengejutkan pihak istana.

Susulan itu, amaran tindakan undang-undang kepada penerbit Penguin Random House kini sedang dipertimbangkan.

“Pasukan undang-undang diraja bercakap dengan firma yang mempunyai kepakaran dalam kes fitnah dan peribadi. Jika seseorang disebut dalam buku itu dan dituduh melakukan sesuatu secara langsung, boleh menjadi fitnah dan juga melanggar hak mereka buat kehidupan keluarga persendirian.

Pasukan undang-undang juga dapat menghubungi penerbit buku tersebut untuk peringatan terlebih dahulu mengenai kandungan buku itu dan hak untuk membalas. Terdapat kebimbangan bahawa orang awam Amerika tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Harry dan Meghan.”- ujar sumber

Sebelum ini, Meghan mahupun Putera Harry tidak berselindung dan membongkarkan sebab utama di sebalik keputusan mereka untuk meninggalkan United Kingdom pada tahun 2020 dan berpindah ke Amerika Utara bagi kebaikan keluarga kecil mereka dalam temubual Oprah Winfrey.

Ish, susah juga jadi sebahagian daripada keluarga kerabat!

Sumber : THE SUN,

IKLAN