
Dari Allah kita datang dan Kepada-Nya jua kita kembali
Aktres TV Wanita Popular, Anna Jobling dimaklumkan telah kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Abdul Rahman Jobling Abdullah akibat penyakit jantung di United Kingdom (UK), semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadual 2023 Anna Jobling Sudah Penuh! Bakal Muncul Di Indonesia Setelah Menang Hatrik Di ABPBH-35

Pemergian Allahyarham Abdul Rahman disahkan bintang utama drama Melur Untuk Firdaus itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas terakhir, malam tadi,” tulisnya.

Menurut Berita Harian, Anna turut memohon peminat menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya, sambil menyifatkan lelaki itu sebagai bapa yang baik kerana sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Sementara itu, pengurus Anna, Shawn Amer berkata, Anna tidak dapat menatap jenazah arwah bapanya buat kali terakhir berikutan berada di Bali, Indonesia atas urusan kerja.
“Allahyarham meninggal dunia di UK akibat penyakit jantung, semalam. Bagaimanapun, Anna tidak dapat bersama arwah buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya.

Sekadar info, aktres berusia 23 tahun itu berada di Bali bagi menjalani penggambaran drama bersiri The One untuk sebuah platform penstriman.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO & ARTIKEL: Instagram Anna Jobling & Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Senior Vs. Penyanyi Junior? Pening Nak Pilih Favourite Di AJL33

Senarai penuh 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL-33) telah pun diketahui semalam.
Sebaik saja diumumkan oleh pengacara Sherry AlHadad dan Haziq Hussni, kami terus bercakap sesama sendiri mengenai penglibatan penyanyi senior yang telah ‘masak’ dengan pentas AJL-33 sebelum ini.
Antara yang melakukan comeback ialah Misha Omar, Siti Sarah, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Dayang Nurfaizah! Fuh, muka-muka tahun 2003 tu.


Lalu, adakah edisi ke 33 ini akan menjadi battle di antara penyanyi senior dan junior. Mungkin. Tetapi apa yang lebih penting adalah pesaingan pencipta lagu itu sendiri, bukannya penyanyi semata.
Cuma mereka boleh menunjukkan taring dalam kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik nanti. Memandangkan kebanyakan lagu yang terpilih adalah dari genre balada, memang semuanya cuba ‘tarik’ suara sebaik mungkin lah!

Ini dia senarai penuh 12 buah lagu yang layak..
Semakin – Siti Sarah (Komposer & Lirik : Shuib, Mera Utama)
Sampai Bila – Misha Omar (Komposer & Lirik : Sharol Paul, Fedtri Yahya, Shah Shamshiri)
Nisan Cinta – Jaclyn Victor & Siti Nordiana (Komposer & Lirik : Mike Chan, Hael Husaini, Ezra Kong)
Tak Pernah Hilang – Amylea & Kaer (Komposer & Lirik : Farouk Roman, Amylea)
Bunga – Altimet (Komposer & Lirik : Omar K, Hohn Jeevasingam, Altimet)
Bunga – Ara Johari (Komposer & Lirik : Kadok, Laq, Hang Nadim)
Kau Pun Sama – Syamel (Komposer & Lirik : Syamel, Kid Santhe)
Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Komposer & Lirik : Ezra Kong, Hael Husaini)
Hajat – Hael Husaini (Komposer & Lirik : Ezra Kong, Hael Husaini)
Luluh – Khai Bahar (Komposer & Lirik : Khai Bahar)
Di Matamu – Sufian Suhaimi (Komposer & Lirik : Sufian Suhaimi, Rinkarnaen, Sirkhan)
Jatuh Bangun – Haqiem Rusli ft. Aman RA (Komposer & Lirik : Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fatanna, Aman RA)
Antara perkara yang penulis tak sabar untuk menantikan adalah jika Altimet dan Ara Johari akan mengadakan kolaborasi khas lagu mereka berdua semasa promosi kerana – duh – kedua-duanya mempunyai tajuk lagu yang sama iaitu Bunga.
Kemudian, adakah Hael akan mengadakan persembahan medley untuk Haram dan Hajat? Cam best je kalau benda itu berlaku. Dan akhir sekali (eh, banyak betul harapan) jika kesemua penyanyi junior & senior dapat menyanyikan lagu penyanyi genre lain.


Contohnya, jika Siti Sarah boleh nyanyikan lagu Luluh, kan best!
Apa-apa pun, penulis mengucapkan tahniah kepada 12 finalis yang terpilih. Walaupun tiada wakil band (sabar ya Aweera) atau genre rock, penulis pasti para juri telah memilih yang terbaik daripada yang terbaik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diskaun Hingga 60% Di 4 Taman Tema? Sesuailah Dengan Cuti Bulan Merdeka

Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti di dalam negara sekarang disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Walaupun masih tidak dibenarkan ke luar negara, kita seharusnya bersyukur kerana di Malaysia terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Bukan hanya itu, pelbagai promosi dan diskaun hebat juga ditawarkan bagi memberi peluang menikmati percutian setelah lama ‘terkurung’ menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
Klook Malaysia ialah antara platform yang yang selalu menjadi ‘reference’ bagi ramai di kalangan kita untuk mencari pakej percutian dengan harga tidak masuk akal. Terbaru, Klook kini menawarkan promosi dengan potongan diskaun sehingga 60 peratus!
Urgh rugi kalau tak rebut.. kata nak bercuti kan.
Paling best, harga yang ditawarkan mempunyai pakej lengkap. Contohnya, korang boleh teus menempah hotel, tiket taman tema, aktiviti menyeronokkan dengan pilihan makanan serta baucar spa dalam satu laman web saja. Of course, kesemua itu hadir dengan potongan diskaun!
Jom lihat 4 pakej Hotel-Taman Tema pilihan REMAJA yang wajar korang rebut.
01
Lost World of Tambun
TBH, kami pun masih berjinak-jinak dengan idea glamping ini.


Terasa seperti percutian dalam dunia Tarzan pula di Tambun ni, hiks! Paling menarik apabila korang boleh menikmati makan malam piknik dengan menu BBQ. Bagi yang ingin dekat dengan sekumpulan ikan, korang boleh memilih chalet terapung.
Pakej 2 hari 1 malam ini turut menyediakan akses kepada Taman tema Lost World of Tambun untuk 2 hari.
2 Orang Dewasa: RM650 (Harga Asal RM1,078)
Orang Dewasa Tambahan: RM230 seorang.
02
Sunway Lagoon
Wildlife Park bersama Sunway Clio Hotel
Tak sempat untuk meluangkan masa di luar kawasan Lembah Klang tapi MASIH hendakkan percutian sekejap? Kami cadangkan korang untuk mengambil pakej berbaloi ini.

Sunway Clio Hotel adalah antara penginapan terbaru yang disediakan di Bandar Sunway dan kali ini, mereka menyediakan pakej sekali dengan akses ke taman tema Sunway Lagoon.
1 Orang Dewasa: RM339
03
Legoland Johor
Staycation di Legoland Hotel Malaysia Dengan Akses Taman Tema
Korang biasakan dengar tentang percutian di Legoland Johor Bahru. Kali ini, korang boleh kembali have fun di sana dengan pakej yang lebih berbaloi untuk penginapan 2H 1M ataupun 3H 2M.


Menerusi Klook, korang boleh menginap dan enjoy akses ke 3 kombo taman yang ada di Legoland iaitu Taman Tema, Water Park dan Sea Life. Paling kami suka adalah kredit F&B bernilai RM100 yyang diberikan untuk korang rasai di Legoland Hotel.
2 Dewasa & 1 Kanak-Kanak: RM1,074 (Harga Asal: RM1,585)
04
Desaru
Destinasi Tepi Pantai ‘Sun-Tastic’
Jauh sedikit dari Lembah Klang tetapi jika korang inginkan ketenangan, Desaru-lah jawapannya! Desaru merupakan antara pilihan popular bagi seisi keluarga kerana ia menyediakan pelbagai kemudahan untuk segenap peringkat umur.
Basically, terdapat 2 pakej menarik yang ditawarkan di Klook Malaysia. Kedua-duanya berupa penginapan di resort atau vila 5 bintang yang mempunyai kelebihan pemandangan pinggiran sungai, padang golf dan kawasan pantai!


Korang juga wajib mengambil peluang untuk ke salah satu taman tema air terbesar dunia iaitu Adventure Waterpark.
The Hard Rock Hotel Desaru Coast Sun-tastic Getaway: RM689 (Harga Asal: RM1,123)
The Westin Desaru Coast Sun-tastic Getaway: RM790 (RM1,095)
*
Sempena bulan Kemerdekaan ini, why not kita sokong industri pelancongan tempatan menerusi kempen ‘Explore Malaysia Like A Tourist‘ oleh Klook. Jom kita hargai semula kesemua tarikan yang ada di negara sendiri pada harga lebih murah.

Klook juga kini memberikan kod pengguna dengan potongan sebanyak RM15 melalui perbelanjaan minimum RM100 untuk semua aktiviti di Malaysia (kecuali aktiviti khas).
Best kan?
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.klook.com bagi mendapatkan butiran lengkap tentang lebih banyak promosi menarik yang lain.
Sambil itu, jangan lupa untuk jaga kulit korang sepanjang percutian nanti.
Check It Out! 8 Jenama Baru Masuki Stor Terbesar Sephora Di Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain Menenangkan Otak, Ini 7 Kelebihan Mewarna Buat Orang Dewasa

Jangan tak percaya, biarpun merupakan hobi atau dilakukan secara suka-suka namun ia punya manfaat yang sangat bagus untuk kesihatan korang!
Beberapa tahun yang lepas, pakar perubatan dan kesihatan mental telah mengeluarkan kenyataan di mana terapi mewarna mempunyai banyak manfaat daripada segi psikologi terhadap orang dewasa. Aktiviti mewarna yang dahulunya dilihat khas bagi kanak-kanak kini telah muncul sebagai trend yang disukai oleh orang dewasa.

.
Berikut kami kongsikan tujuh manfaat yang boleh diperoleh melalui aktiviti mewarna bagi orang dewasa:
1. Mengalihkan perhatian daripada diri sendiri
Aktiviti mewarna berupaya untuk mengalihkan perhatian anda daripada diri sendiri. Hal ini kerana anda memberi tumpuan kepada aktiviti yang sedang anda lakukan sama seperti kesan meditasi. Daripada membiarkan diri melayan fikiran yang bukan-bukan, anda dapat fokus mewarna pelbagai corak yang kompleks selama beberapa jam.
2. Membantu menangani masalah emosi dan mental

.
Kebosanan, tekanan perasaan dan rasa tidak sistematik boleh mencetuskan masalah emosi dan mental. Ini boleh terjadi kepada mereka yang menderita penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) dan kemurungan. Masa dan perhatian yang diberikan individu kepada aktiviti mewarna mampu mengalihkan fokus mereka daripada tabiat negatif dan membolehkan mereka fokus kepada aktiviti yang lebih produktif dan selamat.
3. Menenangkan otak

.
Aktiviti mewarna boleh membantu individu yang mengalami tekanan akibat trauma (PTSD atau post traumatic stress disorder), kegelisahan dan stres kerana ia bertindak menenangkan mereka. Bahagian otak ini mengawal tindak balas ‘lawan atau lari’ (fight or flight) yang membuatkan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga, bimbang dan takut apabila ia aktif. Bagi mengurangkan tindak balas tersebut dan merehatkan otak, aktiviti yang menenangkan seperti mewarna sangat membantu.
4. Mewarna mengembalikan kita ke masa lalu
Aktiviti mewarna mampu mengembalikan diri anda pada memori-memori zaman kanak-kanak dahulu, di mana waktu itu anda bebas melakukan apa sahaja, tiada beban dan tanggungjawab. Di dalam fikiran hanya ingin bermain dan bergembira sahaja. Namun, apabila dewasa anda mula kenal apa itu beban dan tanggungjawab tapi dengan melakukan aktiviti mewarna, anda seolah-olah dibawa kembali ke zaman nostalgia, zaman di mana anda masih lagi bergelar kanak-kanak.
5. Manfaat intelektual

.
Sukar untuk percaya aktiviti mewarna turut mempunyai manfaat intelektual. Hal ini demikian kerana mewarna melibatkan penggunaan bahagian otak yang meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. Ia juga membantu meningkatkan daya penyelesaian masalah dan kemahiran organisasi. Mewarna corak yang kompleks boleh mengaktifkan semua fungsi tersebut.
6. Melatih semula daya kemahiran

.
Kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan digunakan ketika aktiviti mewarna. Sewaktu kita memilih skim warna dan menimbang kesesuaiannya serta menggerakkan pensel warna pada kertas, ini sebenarnya mengembangkan keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran motor halus (pergerakan jari dan sebagainya). Menariknya, aktiviti mewarna sangat berguna untuk terapi kerja. Semakin susah dan sukar corak yang diwarnakan, semakin banyak fungsi otak dan daya kemahiran yang dilatih.
7. Mengalihkan perhatian daripada kesakitan

.
Aktiviti mewarna boleh meningkatkan kesedaran kita dengan menggantikan pemikiran negatif kepada positif dan menyenangkan. Jika anda sedang menjalani rawatan tertentu dalam tempoh yang panjang, memberikan tumpuan kepada aktiviti ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan tidak selesa. Anda dapat mengalihkan tumpuan anda daripada kesakitan fizikal atau emosi dengan melakukan sesuatu daripada hanya melihat.
Jelaslah di sini aktiviti mewarna tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja malah orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti ini bagi melepaskan segala tenaga negatif. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
So jom la kite mewarna kembali untuk kesihatan tubuh badan kita.
Sumber:Hello Doktor
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

