Terhibur Lihat Aksi Komedi Sandra Bullock & Channing Tatum Dalam Filem The Lost City!

Share

Jika ingin mengisi masa lapang dengan melepaskan segala kepenatan harian, kami cadangkan untuk korang menonton filem The Lost City yang kini sudah pun ditayangkan diseluruh pawagam tanah air. Gandingan Sandra Bullock dan Channing Tatum dilihat begitu serasi dengan membawakan watak komedi dalam filem ini.

The Lost City mengisahkan tentang seorang novelis cinta bersama model muka depan novelnya terlibat dalam satu penculikan yang secara tidak sengaja membawa mereka masuk ke dalam hutan. Pengembaraan itu menyedarkan mereka bahawa kehidupan boleh menjadi pelik dan romantis daripada novel-novel fiksyen.

BACA: Muncul Dalam Siri Marvel, Jared Leto Bertukar Jadi ‘Vampire’ Dalam Morbius

Foto: United International Pictures

Apa yang boleh kami katakan, filem ini merupakan naskhah ringan yang membawa penonton menggembara ke hutan belantara, namun diselitkan unsur humor dan bakal membuatkan korang terhibur bergelak ketawa.

Jalan cerita yang simple merupakan sebab utama mengapa kami katakan filem ini sesuai untuk ditonton bagi mereka yang ingin santai menghabiskan masa terluang. Korang tidak perlu berfikir secara mendalam untuk memahami jalan ceritanya kerana semua sudah digarap secara straight to the point

.
Foto: United International Pictures

Kemunculan istimewa bintang ternama seperti Daniel Racliffe dan Brad Pitt juga antara tarikan buat penonton sepanjang menonton filem penggembaraan ini. Secara keseluruhannya, The Lost City lakonan Sandra Bullock, Channing Tatum, Patti Harrison, Oscar Nunez dan Da’Vine Joy Randolph memang berbaloi untuk ditonton, lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemarkan menonton filem aksi komedi.

BACA: Filem Ambulance Sarat Dengan Aksi Mendebarkan, Lakonan Mantap Jake Gyllenhaal

Foto: United International Pictures

Jangan lepaskan peluang untuk menonton The Lost City di pawagam berhampiran sekarang. Selamat menonton!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN