Selalu kena tegur sebab bentuk badan yang makin berisi, pelakon dan model jelita Alya Iman akhirnya nekad untuk buat perubahan. Kini, anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam masa tiga minggu sahaja!
Menurut laporan HibGlam, daripada berat 70kg, Alya kini mencatatkan 63kg – hasil usaha konsisten ‘berkampung’ di gimnasium hampir setiap minggu.
“Dari 70kg ke 63kg dalam masa tiga minggu. Dalam seminggu empat hari saya ke gym. Saya memang ambil peluang masa cuti panjang ni untuk fokus pada diri sendiri,” katanya kepada.
Komitmen Diri, Bukan Untuk Impress Sesiapa
Sebelum ini, jadual penggambaran Alya sangat padat sehingga tiada masa untuk ke gimnasium. Namun kali ini, dia manfaatkan cuti selama tiga minggu untuk betul-betul jaga kesihatan fizikal dan mental.
Apa yang lebih menyentuh hati, Alya tak menafikan yang komen-komen mengenai tubuhnya dulu ada meninggalkan kesan – walaupun dia cuba untuk tak ambil hati.
Ads
“Terasa sikit orang cakap kita gemuk, jadi kita kuruslah. Kadang orang cakap depan-depan, tapi saya okey saja. Kita tak boleh kawal apa orang nak cakap, tapi itu lah yang buat saya lebih bermotivasi,” luah Alya dengan tenang.
Tak Ikut Diet Ketat, Tapi Makan Dengan Bijak
Berbeza dengan trend ‘crash diet’ yang ramai orang cuba, Alya pilih untuk kawal pemakanan tanpa terlalu menyekat diri.
“Saya makan je, tapi saya kawal. Potong nasi atau karbohidrat langsung tak berkesan untuk saya. Badan saya tetap perlukan makanan, jadi saya cuma ambil dalam jumlah yang terkawal. Gula pun saya tak potong terus,” jelasnya.
Ads
Yang penting, Alya tahu apa yang sesuai untuk tubuhnya dan tak ikut membuta tuli tren diet semata-mata.
Latihan Bersama Jurulatih Peribadi
Untuk pastikan setiap sesi kecergasan yang dilakukan berkesan dan selamat, Alya turut mendapatkan khidmat jurulatih peribadi sepanjang proses transformasinya.
Dengan kombinasi workout yang konsisten dan gaya pemakanan yang seimbang, tak hairanlah Alya kini tampil dengan aura yang lebih sihat, segar dan berkeyakinan!
Tercalon Dalam Dua Kategori Anugerah Melodi Terhangat 2025
Bukan setakat makin fit, karier Alya juga terus menyinar. Beliau kini tercalon dalam dua kategori Anugerah Melodi Terhangat 2025 iaitu dalam kategori Selebriti Trending Terhangat dan Selebriti Newcomer Terhangat.
Nama pelakon popular Korea Selatan, Kim Soo Hyun baru-baru ini menjadi bualan hangat di media sosial selepas akaun Youtube Garosero Research Institute (Ga Se Yeon) mendakwa beliau pernah menjalinkan hubungan cinta bersama mendiang Kim Sae Ron ketika usianya di bawah umur serta terlibat dalam skandal Driving Under the Influence (DUI) yang dikaitkan dengan pelakon wanita itu.
Dalam satu kenyataan rasmi pada 10 Mac, agensi pengurusan Soo Hyun, Gold Medalist pantas menepis semua tuduhan yang dianggap tidak berasas dan menegaskan bahawa segala dakwaan tersebut adalah sepenuhnya tidak benar dan menyifatkan kenyataan Ga Se Yeon sebagai fitnah yang boleh merosakkan reputasi.
“Tuduhan bahawa syarikat dan Kim Soo Hyun bersekongkol dengan YouTuber Lee Jin Ho untuk menganiaya mendiang Kim Sae Ron, bahawa Kim Soo Hyun pernah bercinta dengannya sejak usia 15 tahun, serta dakwaan bahawa kami menangani insiden DUI secara tidak adil adalah 100% palsu dan tidak boleh diterima sama sekali”
Dalam pada itu, Gold Medalist juga serius memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang paling tegas terhadap sesiapa yang menyebarkan berita palsu ini.
Pada masa yang sama, agensi berkenaan sempat menzahirkan rasa simpati terhadap pemergian Kim Sae Ron sekali lagi dan mengecam tindakan Ga Se Yeon kerana menyebarkan spekulasi liar yang hanya memburukkan lagi keadaan.
“Penyebaran maklumat palsu seperti ini hanya mencetuskan budaya ‘cyber wrecking’, yang memberi kesan besar kepada mendiang Kim Sae Ron sepanjang hidupnya. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan,” jelas kenyataan itu lagi.
Sebelum ini, mendiang Kim Sae Ron pernah menerima kecaman selepas berkongsi foto bersama Kim Soo Hyun
Sehingga kini, Kim Soo Hyun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan peribadi berhubung tuduhan ini. Walau bagaimanapun, ramai peminat setia tetap menyokongnya dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan adil.
Untuk pengetahuan, pelakon drama ‘Queen Of Tears’ itu didakwa pernah menjalinkan hubungan sebagai kekasih selama enam tahun bersama Kim Sae Ron yang pada ketika itu berusia 15 tahun dan Kim Soo Hyun berumur 27 tahun.
Sekadar info, mendiang Kim Sae Ron ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul, pada 16 Februari lalu, sekitar jam 4.54 petang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia baru saja tamat meraikan World Hijab Day sepanjang bulan Februari lalu.
Tak sangka apabila ada berita gembira berkaitan dengan hijabi menemui kita pada awal bulan Mac. Seorang wanita kelahiran Melaka membanggakan Malaysia apabila beliau menempa tudung rekaannya telah dipilih untuk anggota polis Muslimah di United Kingdom.
Walaupun ramai anak Malaysia yang telah menempa nama di bumi Inggeris itu, namun kejayaan ini lebih manis apabila ia membabitkan anggota awam yang bekerja keras untuk keselamatan rakyat.
Perekanya, Dr Eliesmaziah Alias atau lebih dikenali sebagai Dr Elies telah memperolehi peluang tersebut setelah berjumpa dengan beberapa orang anggota polis di sebuah pameran.
“Saya lihat material pakaian seragam mereka tidak sesuai dan praktikal untuk anggota polis. Kami berbincang dan dari situlah, saya mula berhubung dengan pihak atasan polis di United Kingdom,” katanya kepada rakan media di Harian Metro.
Tudung berjenama MoreSlim itu menggunakan jenis fabrik ringan, anti-bakteria dan anti-peluh yang sesuai digunakan untuk tempoh panjang, sesuailah dengan anggota polis yang lasak berkhidmat.
Tudung tersebut juga mempunyai sijil pengeshan ISO, EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemist & Colorists) untuk menjamin faktor keselesaan dan tahan lama.
Sejak digunakan secara rasmi pada bulan Oktober lalu oleh polis Muslimah barisan hadapan, sebulan kemudian Dr Elies diminta untuk mereka pula untuk polis Muslimah di unit taktikal.
“Saya berasa gembira bekerja dengan mereka ini yang sentiasa menghormati ilmu dan kepakaran saya. Mereka juga gemar mengambil kira idea dan faham akan kehendak orang Islam,” tambah beliau lagi yang telahpun dihubungi anggota bomba Musliman di United Kingdom pula, untuk tugasan sama.
Good job sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu lalu, kecoh sebentar apabila ada seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewa dengan kenaikan harga set hidangan di restoran makanan segera, KFC.
Isunya timbul apabila harga Set Jimat Box D (Zinger Burger) meningkat daripada RM13.45 kepada RM15.50 pada bulan ini. Dengan kenaikan set makanan yang seharusnya menjadi pilihan termurah pelanggan KFC (memandangkan ia adalah set JIMAT), ramai yang takut jika akan ada banyak lagi kenaikan harga membabitkan menu KFC yang lain.
Harga terbaru Super Jimat Box Set D.
Kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak QSR Brands (M) Holdings Berhad melalui media MalaysiaKini.
Menurut mereka, terdapat penyelarasan harga bermula Disember 2018 disebabkan perubahan GST kepada Cukan Jualan & Perkhidmatan (SST).
REMAJA memahami perubahan harga yang perlu dilakukan oleh banyak jenama popular seperti KFC. Namun sebagai konsumer, kita tak boleh lagi senang-senang pergi ke restoran tersebut lagi selepas ini jika ingin mengawal belanja.
So why not masak je sendiri ayam goreng crispy di rumah kalau ada masa? Jimat sikit..
Ini adalah resepi yang dikongsikan oleh Majalah Rasa menggunakan tepung goreng rangup sebaguna Kentucky Aroma.