“Teman Dia Macam Mana Papa…”, Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Anak Sheila Rusly?

Share

Jujurnya, dah lama sebenarnya kita menantikan berita gembira dua pasangan sama cantik sama padan ni.

Ramai mengetahui mengenai kisah cinta yang terjalin antara pelakon Pujaan Hati Kanda iaitu Elisya Sandha bersama anak penerbit terkenal, Sheila Rusly dan Jinggo iaitu Uzair Haqimy.

Amboi amboi.. nampaknya harapan dan doa kalian bertukar realiti, sebentar tadi Elisya Sandha dan Uzair Haqimy dijodohkan menerusi majlis pertunangan tertutup?

Hal ini terbongkar selepas pengarah drama yang juga suami pelakon Sheila Rusly iaitu Jinggo berkongsi satu posting dilaman instagram miliknya.

Dengan caption yang sangat ringkas tapi mendalam buat menasihati anaknya.

Teman dia macamana Papa teman mama…

 

Sheila Rusly juga turut  memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram memaparkan dia sedang memeluk seorang wanita yang mengenakan busana putih persis pengantin.

 

Bagaimanapun gambar tersebut diambil dari bahagian belakang wanita berkenaan, tidak menunjukkan wajahnya, justeru rata-rata warganet merumus pelbagai spekulasi berkenaan siapakah gerangan wanita itu dan majlis apakah itu?

Namun, rasanya netizen tidak perlu lagi berteka-teki selepas seorang jurumekap ada berkongsi sekeping gambar menunjukkan adik kepada Fasha Sandha itu tampil cantik jelita selepas dimekapkan olehnya.

 

Malah, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia turut mengenakan busana warna putih, sama seperti wanita dalam perkongsian Sheila!

Apa-apapun, harap lepas ini empunya badan akan berkongsi mengenai perkhabaran itu bersama para pengikut kelak..Alhamdulillah gaiss! Kami sangat gembira apabila melihat mereka berdua telah ke fasa seterusnya.

Cantik kan Elisya Sandha ni macam patung.

Sumber : Instagram jinggo_jspictures, sheilarusly_jspictures

IKLAN