Tebus Baucar Buku Semarak Membaca Mulai 21 Oktober Hingga 15 November

Share

Baucar Buku Semarak Membaca merupakan inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan rakan-rakan industri buku Malaysia.

Ia bertujuan bagi membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan, memberikan insentif serta galakan kepada pembaca untuk membeli buku dan menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.

Foto: Thought Catalog (Gambar hiasan)

Baucar Buku Semarak Membaca yang bernilai RM10 setiap satu telah mula diedarkan di 168 buah kedai buku terpilih dan boleh ditebus mulai 21 Oktober sehingga 15 November melalui sebuah kedai buku secara dalam talian di laman web e-sentral.com

PNM turut menjelaskan, ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai 25 Oktober 2021.

Penerima baucar layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi.

Foto: Kimberly Farmer (Gambar hiasan)

Kedai-kedai buku terpilih adalah dibawah seliaan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dengan hanya 500 orang penerima baucar terawal berpeluang menikmati baucar diskaun ini.

Selain manfaat potongan diskaun, penerima baucar secara automatik akan berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan berpeluang menikmati akses kepada bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa sahaja.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web semarakmembaca.com

Sumber: (1)

IKLAN