Teaser Kedua Boy With Luv Buat ‘ARMY’ Tak Keruan. BTS Comeback Dengan Kolaborasi Bersama Halsey

Share

Saranghaeyo BTS!!

Kurang dari 24 jam, teaser kedua BTS Boy With Luv sudah mendapat jumlah tontonan lebih dari 10 juta. WOW! Lebih menarik lagi, penyanyi Halsey merupakan kolaborasi terbaru Beyond The Scene (BTS) dengan penyanyi antarabangsa.

Semalam, Big Hit Entertainment memuat naik teaser kedua grup yang popular dengan lagu Idol itu bersama Halsey dengan lagu bertajuk Boy With Luv. Teaser pertama telah dikeluarkan 9 April lalu, dan mendapat respon dari peminat kpop di seluruh dunia. Tentu saja Army (kelab peminat BTS) tak keruan selepas melihat wajah terbaru dari 7 jejaka di bawah label Big Hit Entertainment ini.

Dalam pada itu, kelihatan ramai yang teruja dengan kolaborasi tersebut malah tidak sabar menantikan lagu tersebut. Dijangkakan, kolaborasi julung kali bersama selebriti antarabangsa akan dikeluarkan dalam bulan April ini. Alahai, tak sabarnya nak tunggu!

 

TAHNIAH ARMY!!!

IKLAN