
Kebiasaannya di hujung Ramadan, warga kota akan beramai-ramai pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Tradisi balik kampung sudah sinonim dengan norma orang ramai. Namun tahun ini pastinya sangat berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 dari terus merebak.
Malah bila menyebut Aidilfitri juga, kebanyakan anak-anak akan membelikan pelbagai barangan buat orang tua di kampung sebagai hadiah terutama melibatkan baju raya, kuih raya dan lain lagi. Namun disebabkan perintah PKP ini hati kita pasti meronta untuk mengirim sesuatu buat sanak saudara di kampung.
Bagi yang biasa menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia iaitu Pos Laju dan Mel, pihak Pos Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan tarikh akhir menghantar barangan melalui Pos Malaysia adalah pada 16 Mei bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak manakala pada 18 Mei ini bagi dalam Malaysia sahaja.
Manakala tarikh akhir menghantar kad ucapan hari raya pula ialah pada 20 Mei ini. Pengguna yang ingin menggunkan perkhidmatan Pos Malaysia adalah diingatkan agar segera berbuat demikian bagi memastikan barangan dikirim sampai sebelum Aidilfitri ini . Namun jika lewat mengepos barangan dijangka tiba selepas Aidilfitri.
So mana anak-anak yang buat kiriman buat ahli keluarga di kampung bagi meraikan Aidilfitri ini jangan bertangguh ya.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kena Panggil Pihak Atasan Gara-Gara Tunjuk Cara Betul Cuci Tangan Elak Covid-19, DON Pertahan Jururawat

Di musim wabak Covid-19 semakin menunjukkan kebimbangan berikutan peningkatan kes, sudah tentu semua pihak bersatu hati untuk saling bantu membantu memberi kesedaran kepada masyarakat. Paling utama pastilah mereka yang berada di barisan hadapan iaitu mereka yang bekerja di hospital.
Namun sejak semalam tular apabila seorang jururawat dipanggil pihak atasan kerjanya kerana didakwa menunjukkan cara cuci tangan yang betul dan apa yang menjadi isu adalah kerana beliau memakai uniform kerja.

Hal ini mendapat perhatian dari Delegation Of Nurses yang membuat penjelasan panjang lebar mengenai isu ini. Bagi kesatuan jururawat ini, dinyatakan bahawa jururawat seharusnya senantiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu, seperti yang disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead : Nursing the World to Health.
Baca penjelasan lanjut dari Delegation Of Nurses di fb ini.
Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial. Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat.
Mengapa seorang jururawat berpakaian seragam cuba memberi pendidikan kesihatan pembasuhan tangan dengan betul dikenakan tindakan oleh pihak atasan?
Adakah beliau cuba mempromosikan produk atau mengiklankan dirinya untuk kepentingan diri?
Adakah beliau menunjukkan kaedah yang salah dalam menyebarkan pendidikan kesihatan yang berguna kepada masyarakat memandangkan penularan wabak COVID-19?
Hal ini sungguh mengecewakan! Kita sebagai jururawat seharusnya tahu bahawa tugas hakiki seorang jururawat bukan hanya terikat di wad dan klinik semata-mata.
Setiap kali diberi peluang, seorang jururawat yang berfikiran kritis akan cuba ambil kesempatan untuk mendidik masyarakat tentang maklumat kesihatan yang betul.
Adalah dinyatakan bahawa jururawat seharusnya senantiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu, seperti yang disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead : Nursing the World to Health. Pihak atasan yang cuba mengekang jasa dan usaha baik jururawat menyebarkan ilmu melalui media sosial adalah kami kira sebagai jahil, cetek dan tidak memahami akan apa itu kejururawatan, semangat dan nilai kejururawatan sebenar. Pada mereka, jururawat itu mempunyai tanggungjawab hanya di penempatan klinikal semata-mata, dan tidak seharusnya melaksanakan pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan ketika.
Apakah pada masa akan datang, jururawat tidak lagi boleh melaksanakan kempen kesihatan diluar hospital? Apakah jururawat kini tidak lagi boleh memberi pendidikan kesihatan secara bebas?
Mohon ambil perhatian terhadap isu ini. Jangan kita bersikap inferior terhadap karier sendiri sehinggakan usaha individu untuk mempromosikan kesihatan awam dan kejururawatan kepada masyarakat.
Dah penat dengan golongan atasan yang tak celik!
Delegasi Jururawat Malaysia
Educate – Promote – Protect
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yohan Top Secret (TST) Meninggal Dunia, Punca Kematian Dirahsiakan

Seorang demi seorang bintang Kpop meninggalkan kita. Terkini Idol Kpop, ahli kumpulan K-Pop Top Secret (TST), Yo-han atau nama sebenarnya Kim Jeong-han yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada 16 Jun.
Baru berusia 28 tahun, namun lelaki ini sudah pun pergi meninggalkan dunia ini.

Industri Kpop Berduka
Hal ini disahkan oleh agensi yang mewakili kumpulan itu, KJ Music Entertainment, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun punca kematiannya dirahsiakan atas permintaan keluarga mendiang.

Ahli kumpulan Top Secret ini dikatakan sangat aktif dalam berkomunikasi dengan peminatnya kerana sering memuat naik gambar dan video di laman media sosial. Idola ini juga turut melahirkan rasa gembira dengan aktiviti seninya baru-baru ini.
Mula menceburi bidang seni pada tahun 2017, Top Secret mempunyai beberapa lahu popular seperti “Mind Control”, “Love Story”, “Paradise” dan banyak lagi.
Berita ‘kehilangannya’ ini yang tersebar secara tiba-tiba ini nyata membuatkan ramai peminat domestik dan juga luar negara yang terkejut.
Salam takziah.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lain Daripada Lain! Lihat 8 Stail Fesyen Yang Pernah Serikan Karpet Merah Gempak Most Wanted Awards

Bagai isi dan kuku, fesyen dan acara Gempak Most Wanted Awards (GMWA) sememangnya berpisah tiada.
Sebagai salah satu acara anugerah tahunan yang meraikan kreativiti penghasil konten digital dan stail fesyen lain daripada yang lain, karpet merah GMWA sentiasa menjadi medan ‘pertarungan’ gaya selebriti serta pempengaruh yang hadir.
Menariknya bagi edisi GMWA 2024 yang bakal berlangsung pada 23 Feb, 9 malam di Auditorium MBSA Shah Alam dan bolenmh ditonton menerusi Astro One dan sooka. Astro dan produksi GMWA mengangkat tema ‘Artwear’ sebagai tema pakaian yang dikenakan kepada hadirin yang dijemput bagi memeriahkan acara.
Sebelum kita dipertontonkan dengan stail-stail fesyen yang bakal menyerikan karpet merah, jom lihat lapan stail pilihan REMAJA daripada edisi GMWA 2022 dan 2023 terdahulu yang mencuri tumpuan.
Meerqeen
Nampak ringkas tetapi paten pada sut yang disarungkan Meerween semasa GMWA 2022 dilihat bersesuaian dengan tema Artwear tahun ini. Seakan percikan warna cat pada sut biru gelap membuatkan penampilan Meerqeen berbeza daripada personaliti lelaki lain pada acara tersebut.


Zack Kirana
Bercakap tentang Artwear, tentunya peranan warna tidak boleh dipinggirkan dan siapa lagi yang lebih ceria dengan penggunaan warna melainkan personaliti pendidikan, Cikgu Zack Kirana. Sinonim dengan gaya sut slim fit wanita yang berwarna-warni ketika mengajar, Zack mengenakan sut bercorak patchwork ketika menghadiri GMWA 2022.
Menariknya, Zack tidak kekok menggayakan semula sut-sutnya di acara dan lokasi lain; seperti ketika berada di lapangan terbang, tempoh hari.


Elly Mazlein
Sebagai pengacara GMWA pertama pada tahun 2022, mana mungkin Elly Mazlein yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pop Pom a.k.a Kepom a.k.a Suraya tampil biasa-biasa! Salah satu busana yang digayakan oleh Elly pada malam tersebut adalah hasil rekaan Wanpa serba merah jambu ini dengan perincian yang cukup menawan.
Tidak mustahil kita akan melihat semula gaya busana sekuin seperti ini pada GMWA 2024.


Daniel Cheang
Jika korang ketandusan idea busana bagaimana yang bersesuaia dengan Artwear, apa kata suntikkan sentuhan tema tersebut pada bahagian wajah pula! Penampilan pengacara dan pempengaruh, Daniel Cheang ketika GMWA 2023 masih Remaja ingati disebabkan ‘solekan’ menggunakan tulisan bahasa Cina di seluruh wajahnya. Gaya pakaian Daniel pula disesuaikan dengan tema Y2K untuk acara tersebut.

Sherry Alhadad
Ucapkan hello kepada salah seorang mengacara GMWA 2024 iaitu Sherry Alhadad! Penampilan Sherry dalam persalinan ByNazRaf (pereka fesyen duo baharu, Nazrin dan Asyraf) pada tahun lalu sememangnya mengikut trend yang dipopularkan oleh jenama antarabangsa seperti Thom Browne di mana fabriknya diolah mengikut gaya deconstructed.

Amir Ahnaf
Jika ingin dibandingkan dengan stail peribadinya sekarang, finalis Hero Remaja iaitu Amir Ahnaf kelihatan sedikit berbeza dua tahun lalu. Ketika menghadiri GMWA 2022, Amir dilihat bereksperimentasi dengan sut fabrik mengilat untuk dipadankan dengan ves floral dan celana berpotongan oversized.

Anna Jobling
GMWA 2023 merupakan acara gemilang buat finalis Dewi Remaja 2018/2019, Anna Jobling apabila berjaya merangkul beberapa kategori besar pada malam tersebut sekaligus menjadi bualan mulut ramai peminat fesyen serta hiburan. Anna tampil dalam persalinan serba merah rekaan Ashraff Zainal dan auranya malam itu lebih menonjol dengan riasan mata dalam rona yang sama.

Aina Abdul
Sebagai salah seorang anak seni paling berani menongkah trend fesyen di Malaysia, Aina pada tahun lalu sekali lagi membuktikan dirinya tidak gentar untuk memberikan sesuatu yang segar di karpet merah GMWA. Aina memilih busana rekaan Ezuwan Ismail serba monokrom dengan percikan metalik pada bahagian lapel dan bahunya. Pada rangka mana-mana individu lain, gaya sebegini mungkin boleh menenggelamkan aura si dia. Namun, Aina bukanlah sekadar ‘mana-mana individu’.

Tidak sabar lagi untuk menantikan gaya-gaya kreatif lagi mempesonakan di karpet merah Gempak Most Wanted Awards 2024. Jangan lupa nantikan segmen karpet merah dan acara anugerah GMWA 2024 pada 23 Februari ini, jam 9 malam secara langsung di Astro Ria, strim Astro Go dan di sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

