Tahukah anda di Malaysia ada sebuah lokasi persemadian kaum Yahudi?

Ya, bagi pengetahuan pembaca REMAJA, tanah perkuburan Yahudi ini terletak di Jalan Zainal Abidin, yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jahudi di Georgtown, Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: “RM7? Ingat Bayar Jajan ke?” Jenama Fesyen Tempatan Teruk ‘Disindir’ Netizen Gara-Gara Tawar Bayaran Tak Setimpal Sebagai Model

Tapak Perkuburan Yahudi Tertua Di Asia Tenggara Wujud Di Pulau Mutiara

Baru-baru ini, team Remaja Report berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke sini dan melihat dengan sepasang mata sendiri bagi mendapatkan serba sedikit informasi buat pembaca semua.

Menurut sumber, sebidang tanah seluas tiga puluh lapan ribu lapan puluh tujuh kaki persegi ini dipercayai merupakan tanah perkuburan eksklusif Yahudi yang tertua di Asia Tenggara.

IKLAN

Tapak Perkuburan Yahudi Tertua Di Asia Tenggara Wujud Di Pulau Mutiara

Selain itu, tanah perkuburan yang diuruskan oleh sebuah lembaga pemegang amanah ini adalah satu-satunya tanah perkuburan yang ditubuhkan secara eksklusif untuk masyarakat Yahudi di Malaysia, walaupun terdapat beberapa kubur Yahudi di tanah perkuburan bukan Yahudi.

Selanjutnya, terdapat kira-kira 107 kubur yang berbentuk peti mati berkubah segi tiga dan masih dibuka secara rasmi untuk pengebumian. Batu nisan terbaharu bertarikh 2011, iaitu kubur milik David Mordechai yang merupakan bekas pengurus E and O Hotel dan etnik Yahudi terakhir di pulau mutiara itu.

IKLAN

Sekaligus, masyarakat Yahudi Pulau Pinang yang asal telah tidak wujud lagi selepas kematiannya.

Tapak Perkuburan Yahudi Tertua Di Asia Tenggara Wujud Di Pulau Mutiara

Pemerhatian team Remaja mendapati, persekitaran tanah perkuburan ini bersih dan dijaga rapi oleh penjaga yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan itu.

IKLAN

Sekadar informasi, komuniti Yahudi Malaysia telah ditubuhkan pada abad ke-19, apabila Yahudi Sephardic dari Baghdad menjejakkan kaki di Pulau Pinang bagi meneroka peluang perdagangan dan menubuhkan perniagaan.

Tapak Perkuburan Yahudi Tertua Di Asia Tenggara Wujud Di Pulau Mutiara

Banci umum peneroka Yahudi di Pulau Pinang pada tahun 1881 sehingga 1942 menunjukkan bahawa 172 orang Yahudi tinggal di sini pada tahun 1899. Menjelang 1963, hanya 20 keluarga Yahudi Pulau Pinang kekal di negara ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Jewish Cemetry, Georgetown, Pulau Pinang.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI