Pelakon dan pengacara popular, Sean Lee meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercintanya yang juga model, Bay Doucet mencuri perhatian warganet.
Walaupun terpaksa menyambut hari lahir Doucet tanpa persiapan yang istimewa, namun pelakon drama hit Keluarga Pontimau itu menyifatkan dirinya tetap merasa bahagia dengan kehadiran isteri tersayang.
“Malangnya hari jadi isteri jatuh pada hari kerja suami. Walaupun biasa-biasa sahaja sambutan kali ini tapi di mana sahaja berada dengan awak semuanya lima bintang.
“Terima kasih sebab hadir dalam hidupku!” coretnya ringkas.
Ads
Menjadikan destinasi Raub, Pahang bagi menghabiskan waktu bersama-sama, antara aktiviti yang dilakukan adalah mengambil gambar di sekitar pekan tersebut selain menikmati durian dan ‘steamboat’.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut aktor berusia 30 tahun itu memberi pujian dengan cara pasangan itu meraikan ulang tahun kelahiran tanpa perlu bermewah-mewahan.
“Comelnya, simple but memorable,” komen seorang pengikut.
Ads
“Simple itu yang akan dingati oleh isteri. Isteri ini tak mengharap lebih dari suami, cukup dihargai pun dah bersyukur,” komen pengikut lain.
“Suka lah tengok mereka, simple sahaja tapi sweet and just perfect,” tulis lagi seorang peminatnya.
Ads
Terdahulu, Sean berkongsi gambar hari bahagianya bersama Doucet di Instagram, sekaligus mengumumkan perkahwinan mereka pada 7 Julai lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kita selalu mendengar bahawa perempuan dinasihatkan untuk mengelak diri mereka daripada jatuh cinta terhadap lelaki kacak demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa curang dan kecewa di kemudian hari.
But guys, bukan semua lelaki kacak itu sebenarnya bersifat buaya dan akan mengakhiri hubungannya disebabkan orang ketiga. Rasa cinta itu lahir dari dalam, bukannya berasaskan rupa luaran semata-mata.
Buktinya, 8 orang pelakon terkenal dan yummy kacak ini telah berjaya mempertahankan perkahwinan masing-masing untuk tempoh yang cukup lama.
Denzel Washington
Sebagai seorang suami yang berjaya mempertahankan perkahwinannya untuk bertahan selama 4 dekad, pelakon filem Flight & The Equalizer ini kekal bersama isterinya, Pauletta Pearson. Mereka bertemu di set penggambaran filem Wilma pada tahun 1977 dan sejak itu memiliki empat orang anak yang sedang mengikut jejak langkah Denzel.
Tahun Perkahwinan : 1983
Dato’ Rosyam Nor
Mereka sememangnya sweet! Dato’ Rosyam Nor mengahwini teman wanitanya, Runika Mohd Yusoff pada waktu beliau baru 3 tahun bertapak dalam industri seni dan membuktikan bahawa status sebagai pelakon lelaki yang sudah berkahwin tidak sesekali akan merudumkan kerjaya seni sesiapa. Sehingga kini, mereka telah dikurniakan 5 orang anak perempuan.
Tahun Perkahwinan : 1989
Tim McGraw
Oh such country sweethearts! Duo hebat dalam industri muzik Country iaitu Tim McGraw dan Faith Hill bertemu semasa sama-sama menjayakan jelajah konsert Spontaneous Combustion pada tahun 1996 dan terus berkahwin pada tahun yang sama! Sejak itu, masing-masing tidak dapat menidakkan rasa kasih sesama mereka selama 25 tahun dan kini mempunyai 3 anak perempuan. Tim dan Faith masih aktif berkolaborasi dan pernah melancarkan album bersama berjudul The Rest of Our Life pada tahun lalu.
Tahun Perkahwinan : 1996
Hisyam Hamid
Wajah kacak Hisyam yang menghiasi skrin televisyen Malaysia dan Singapura sering membuatkan ramai orang percaya dia seorang yang masih single. Namun memasuki 2021, Hisyam dan isterinya Rosmawati Hanafi telahpun mempertahankan perkahwinan yang dibina selama 15 tahun!
Ada masanya, Hisyam mengakui hubungan mereka diuji. Dia lebih selesa duduk berbincang dengan isteri berbanding mencari pertolongan orang lain. Agak sedih apabila Hisyam yang kini berkerja di Kuala Lumpur sudah terpisah selama beberapa bulan dengan keluarga di Singapura disebabkan wabak COVID-19.
Tahun Perkahwinan : 2006
Kevin Bacon
Tiga tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap, namun pasangan selebriti Kevin Bacon dan Kyra Sedwick berjaya mengharungi segala cabaran sebagai pasangan. Menariknya, pada mulanya Kyra tidak begitu tertarik dengan Kevin setelah mereka berlakon bersama-sama menerusi filem Lemon Sky. But hey, love is blind.
Kevin pernah berkongsi tip bersama majalah People berkenaan rahsia mereka berdua masih bersama. “Dia tidak bersifat kompetitif apabila melihat graf karier saya. Kami sama-sama adalah pelakon tetapi kami tidak cuba untuk bertanding. She takes my successes as hers; I am the same way.”
Tahun Perkahwinan : 1988
David Beckham
Okay, ‘Power Couple’ ini pernah berdepan dengan pelbagai skandal termasuklah satu dakwaan bahawa David pernah mencurangi Victoria sekitar tahun 2004. Ingat lagi dengan bekas pembantu peribadi David, Rebecca Loos?
Namun, masing-masing belajar daripada insiden yang hampir meruntuhkan rumah tangga mereka itu dan sehingga kini, Posh dan Becks masiih bertahan selama lebih 22 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Malah, David juga dikatakan cukup sentimental dan masih menyimpan tiket penerbangannya di mana tercatat nombor telefon yang diberikan oleh Victoria.
Tahun Perkahwinan : 1999
Won Bin
Banyak sebenarnya selebriti kacak dari Korea Selatan yang telah memilih untuk berkahwin seperti Rain, Yeon Jung Hoon, Taeyang Big Bang, Lee Sang Woon dan ramai lagi. Namun kami merasakan perkahwinan pelakon popular, Won Bin kepada Lee Na-young setelah 3 tahun bercinta adalah sesuatu yang istimewa.
Masing-masing lebih selesa untuk menjaga privasi hubungan mereka. Won Bin juga sudah lama tidak muncul dengan projek baru sejak memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik bagi filem The Man From Nowhere dan dikatakan menolak peluang membintangi produksi K-drama premium pada tahun lalu. Namun dia masih aktif menjadi duta jenama dan dipercayai dibayar sehingga USD806,000 bagi satu iklan!
Tahun Perkahwinan : 2005
Datuk Aaron Aziz
18 tahun membina bahtera perkahwinan, pelakon Datuk Aaron Azizi dan Datin Diyana Halik sememangnya merupakan di antara sweet couple dalam industri hiburan negara. Kata Aaron dalam satu temu ramah tak lama dahulu, beliau menganggap ketiga-tiga orang anaknya merupakan sebab utama mereka berdua boleh bertahan.
Hubungan mereka tidak pernah diganggu orang ketiga kerana kuota berkahwin untuk tiga lagi itu sudah dipenuhi oleh anak-anaknya. “Saya berpegang pada 3 prinsip iaitu cinta, kasih dan amanah yang dipertanggungjawabkan.”
Tahun Perkahwinan : 2003
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan pasangan bintang popular Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin masih lagi diperkatakan apabila seorang tetamu majlis resepsi mereka yang juga merupakan rapper Korea, Hanhae telah membongkar ‘doorgift’ yang diterima daripada majlis tersebut.
Menurut selebriti itu, dia terkejut melihat ‘doorgift’ yang diterima iaitu minyak wangi daripada jenama terkenal Tom Ford, massage roller daripada jenama peranti kecantikan Barnab dan set kaca daripada Baccarat sebagai hadiah kerana menghadiri majlis perkahwinan itu.
Hadiah yang diberikan kepada tetamu itu dianggarkan bernilai lebih 1 juta Korea Won bersamaan lebih kurang AS$789.19 (RM 3468.10).
Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang kad jemputan perkahwinan selebriti popular ini yang dikatakan begitu mewah dengan rekaan wedding dress pada kad jemputan tersebut. Kedua-dua pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac lalu yang mendapat perhatian ramai.
Son Ye Jin dan Hyun Bin juga telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari lalu. Hubungan intim mereka terjalin ketika kedua-duanya menjalani drama Crash Landing On You. Ia bukanlah sesuatu yang baharu kerana ramai juga selebriti Korea yang bertemu dengan cinta hati ketika di set penggambaran.
Di Malaysia juga, perkahwinan selebriti Neelofa pernah turut menjadi bualan kerana doorgift yang diterima tetamu merupakan barangan mewah daripada Lancome dan Swarovski. Untunglah tetamu yang hadir di perkahwinan selebriti-selebriti terkenal ini kan. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon meningkat naik, Imran Aqil tampil memberi respon apabila isteri tercinta yang juga personaliti media sosial, Dahlia Rizal berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.
Berkata kepada Remaja, dia pada mulanya yang ingin ‘mengangkat’ sebuah kereta baharu, tetapi Imran memberi laluan dahulu buat isterinya.
“Pada mulanya, saya yang nak beli sebenarnya. Saya ‘usha-usha’ kereta saya tetapi isteri saya pula yang terpikat. Lalu terus minta nombor telefon juru jual kereta itu. Akhirnya, dia yang ‘lock’ dulu.
“Saya sebagai suami, saya sangat bangga. Kali ini saya beri laluan kepada awak dahulu, saya bangga dengan apa yang awak dah capai termasuk keluarga awak juga. Pada masa sama, saya suka warna kereta itu,” katanya ketika ditemui di majlis Hijab Fashion Award 2024.
Selepas mendirikan rumah tangga, rezeki pasangan ini turut dipermudah Ilahi apabila menjadi rebutan rata-rata jenama tempatan sebagai penyeri produk mereka.
Kata Imran, dia menzahirkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T buat keluarga kecilnya selepas mendirikan rumah tangga.
Selain peserta Hero Remaja itu juga sempat menzahirkan penghargaan buat isterinya kerana banyak bergiat aktif dalam media sosial sehingga menarik minat jenama-jenama tempatan untuk bekerjasama dengan mereka.
“Betul kata orang kalau sudah berkahwin ini, rezeki semakin melimpah-limpah. Pesan guru saya juga adalah janganlah tidak bernikah kerana takut akan kekurangan rezeki.
“Disebabkan saya pegang kata-kata itu, Alhamdulillah hasilnya hari ini. Beberapa jenama juga berebut-rebut, Alhamdulillah.
“Jadi, terima kasih kepada Dahlia juga kerana banyak menyumbang dalam media sosial. Saya hanya menumpang rezeki dia,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menara Kuala Lumpur bakal disimbahi sinaran lampu hijau pada setiap malam setiap kali masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak.Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur...