
Terbaru, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil negara pertama mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Terbuka Malaysia sebentar tadi.
Pasangan yang kini berada di ranking keenam dunia itu menewaskan gandingan dari Taiwan, Ming Che Lu-En Tzu Hung dengan kemenangan
straight set dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.Dalam pada itu, Tang Jie-Ee Wei ternyata bukan tandingan beregu Taiwan itu apabila tampil dengan permainan sempurna dan mendahului pada satu ketika dengan mata 7-1 sebelum Ming Che-En Tzu cuba bangkit merapatkan mata.
Namun, selepas ‘interval’, pasangan negara itu memperkemaskan rentak untuk meraih kemenangan 21-8 pada set pertama.
Jurang kualiti permainan terus memainkan peranan antara kedua-dua beregu tersebut apabila pasangan negara tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan pada set kedua dengan kiraan mata 21-14.
Sementara itu, Tang Jie-Ee Wei akan menentang pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito di pusingan suku akhir pada 10 Januari, esok.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.