“Tanda Suka & Tontonan Hanya Beri Kepuasan Sementara Sahaja” Neelofa Titip Pesan Buat Yang bakal Melancong

Share

2023 pastinya buka lembaram baharu buat para ‘Travelers’ bagi melancong luar negara mahupun di dalam negara sendiri. Ada juga yang sudah pun mempunyai ‘plan’ sepanjang tahun ini untuk melawat lokasi menarik serata dunia.

Selain tujuan bagi merehatkan diri daripada ‘kelelahan’ bekerja, mengelilingi dunia juga dapat membuka mata dan mempelajari perkara baharu ketika berkunjung di tempat menarik. Namun begitu, ada segelintir juga meletakkan tujuan melancong mereka sebagai ‘tiket’ untuk menunjuk-nunjuk kepada followers

di media sosial sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Harap Saya Sekuat Neelofa” Little Miss Khan Akui Kagum Dengan Ketabahan Kakaknya

Bagi pengacara dan usahawan popular, Neelofa, peluang mengelilingi dunia harus dinikmati sebaiknya dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk dengan memuat naik sesebuah kandungan di media soal semata-mata.

Selain itu, dia juga menyifatkan jumlah tanda suka dan tontonan yang akan diterima hanyalah kepuasan bersifat sementara.

“Awak berjalan mengembara untuk melihat dunia atau dunia yang melihat awak? Rasai dan nikmati setiap perkara kecil yang berlaku di sekeliling anda, bukan semuanya soal mencipta kandungan di media sosial.

“Jangan tertipu dan puas dengan likes dan views, ia hanya memberi kepuasan kepada anda untuk sementara waktu sahaja,” coretnya panjang.

Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada penceramah popular, Haris Ismail itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya, baru-baru ini.

Dalam masa sama, bekas pengacara rancangan MeleTop itu turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan sifat ‘menunjuk-nunjuk’ tersebut.

“Berhati-hati dengan perkara yang membuatkan anda merasa cepat puas dan bukan pasal konten anda. Percayalah mengenai perkara ini, kerana tahun-tahun yang sudah telah mengajar saya tentang ini,” tambahnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Porapak Apichodilok& Instagram Neelofa

IKLAN