Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming baru-baru ini mencuri perhatian masyarakat apabila dikunjungi Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di sebuah restoran di ibu kota, hari ini.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Khairul Aming memberitahu pertemuannya bersama Luxon adalah sebagai tanda penghargaan dari pihak negara New Zealand kepadanya disebabkan video percutian sambil memasaknya di negara itu.
Dalam pada itu, Khairul Aming atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman (32) difahamkan turut mengadakan perbincangan mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.
“Saya ambil kesempatan untuk memperkenalkan sarapan pagi Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, perdagangan eksport daging, tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi dan potensi eksport produk perusahaan kecil sederhana tempatan ke New Zealand”
“Lapan tahun lalu, saya rakam video memasak pertama sambil duduk atas lantai. Hari ini, saya mendapat keistimewaan duduk di sebelah Perdana Menteri dari negara terkenal,” ujarnya menerusi kapsyen di Instagram.
Tambahnya lagi, pertemuannya bersama Luxon itu dapat direalisasikan selepas membuat persiapan rapi dengan kedutaan New Zealand yang akhirnya mengizinkan mereka untuk bertemu hari ini.
Sementara itu, melalui video yang sama, pempengaruh yang popular dengan video memasak itu juga sempat beramah mesra dengan menyediakan roti jala, cendol, dan teh tarik untuk Perdana Menteri New Zealand berkenaan.
Ads
“Untuk permulaan KA jemput Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon untuk sesi bergambar dulu, kemudian pergi ke sesi memasak. Hari ini, kita sediakan menu sarapan tradisional Malaysia, roti jala dan teh tarik. Selepas itu, sediakan cendol. Saya tahu cendol bukan makanan untuk sarapan, tapi bagi pencuci mulut,” katanya.
Menurut Khairul Aming lagi, “Pada masa yang sama, saya perkenalkan kuih tradisional Malaysia termasuk produk Dendeng Nyet dan Sambal Nyet Berapi. Kemudian, iringi masuk ke dalam dan makan nasi lemak. Sepanjang sesi itu, kita ada bincang mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.”
Khairul Aming juga meluahkan rasa syukur apabila pertemuan itu berjalan lancar, lebih lagi beliau sudah pun melibatkan diri dalam bidang media sosial selama sembilan (9) tahun. Sebelumnya, Khairul Aming mengumumkan dirinya bakal tampil dengan siri memasak yang dirakam di New Zealand sebanyak sembilan episod.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika ribut pasir ditakuti manusia, namun berbeza dengan ribut solar. Melihat keunikan cahaya aurora dengan mata sendiri merupakan impian bagi individu yang suka kepada kecantikan alam.
Aurora adalah fenomena alam yang berlaku secara semulajadi tanpa mempunyai jadual.
Aurora, atau biasa disebut sebagai Northern Lights, biasanya boleh dilihat di tempat-tempat seperti Iceland, Scandinavia, Alaska dan bahagian utara Kanada. Aurora berlaku apabila zarah-zarah dari matahari memasuki atmosfera bumi dan bertembung secara agresif dengan atom gas.
Namun, tular beberapa video dan gambar yang dikongsikan oleh pengguna media sosial juga memperlihatkan keindahan aurora tersebut.
Jarang-jarang berlaku, semalam fenomena ribut solar akan melanda bumi dan mengakibatkan berlakunya kejadian aurora borealis yang luar biasa. Ia dijangka akan dapat dilihat dengan jelas di England dan Ireland Utara.
Some of the weirdest shaped pulsing aurora I have captured in time lapse with auroral chorus overlaid. I think we are going to see some amazing aurora pics in the morning. Have fun out there chasers #aurorapic.twitter.com/vDpMl8xovC
Kemunculan wabak virus korona 2019-nCoV yang menyerang secara tiba-tiba di bandar Wuhan mengejutkan ramai pihak.
Malahan wabak ni cepat merebakdan berkait rapat dengan virus berbahaya Acute Respiratory Syndrome (SARS). Virus SARS ini, pernah menyerang China sekitar hujung tahun 2002 dan awal tahun 2003.
Menurut pakar kesihatan di China, wabak virus korona yang berlaku pada tahun ini, merupakan virus mutasi yang boleh merebak di kalangan manusia menerusi haiwan yang sakit, melalui pernafasan.
Terbaru, lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada Khamis. Serius la guys!
Menurut Astro Awani , mereka telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru untuk pemantauan lanjut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pula berkata, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya seminggu.
“Mereka sedang dipantau dan diasingkan di sebuah hotel untuk seminggu. Mereka bukanlah pesakit, namun dipantau secara rapat untuk memastikan sama ada ada simptom koronavirus kerana mereka telah bersama-sama dengan seorang lelaki yang telah disahkan positif di Singapura,” kata Dr Lee.
Menurut laporan itu, seorang lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa, Sentosa.
Laporan itu turut menyebut lapan individu dari kumpulan yang tiba bersamanya ke Singapura sudah pun berangkat pulang dari negara berkenaan dan kementerian sudah menghubungi pihak berkuasa negara yang mereka tujui.
Info & Simptom Jangkitan Virus Korona
Wabak virus korona ini sangat berbahaya kepada manusia dan pakar kesihatan menasihati agar kita semua dapat beri perhatian terhadap sebarang tanda-tanda jangkitan virus korona. Jika dapat dikenalpasti lebih awal, nyawa dapat di selamatkan pada peringkat awal.
Ini antara simptom pesakit yang dijangkiti virus korona
Demam
Batuk
Kesukaran bernafas
Nafas menjadi pendek/singkat
Pneumonia
Antara langkah yang disarankan adalah:
Elakkan berada di kawasan yang ramai orang
(Jika boleh) jauhi sebarang sentuhan dengan haiwan
Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau guna sanitizer tangan, apabila menyentuh sesuatu di tempat awam
Pakai topeng penutup hidung dan mulut
Elakkan dari melancong ke bandar-bandar yang di kuanrantin oleh kerajaan China
Jangan pandang remeh terhadap virus yang mula merebak di Malaysia dan negara-negara sekitar, dan jika ada ahli keluarga yang baru pulang dari melancong, nasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital bagi mengenalpasti tiada sebarang masalah kesihatan berlaku. Ish risau pula penulis!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton sah akan menyertai Ferrari tahun depan, selepas Mercedes mengumumkan dia bakal meninggalkan pasukan akhir musim ini.
“Sudah tiba masanya untuk saya mengambil langkah ini dan saya tidak sabar mengharungi cabaran baharu,” kata Hamilton.
Ferrari turut mengesahkan ketibaan pemandu British berusia 39 tahun itu, yang akan bergandingan dengan pemandunya sekarang, Charles Leclerc.
“Ferrari dengan sukacita mengumumkan yang Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada tahun 2025, untuk kontrak beberapa tahun,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.
Hamilton pernah berbincang dengan pasukan dari Itali itu untuk menyertai mereka pada tahun 2019.
“Lewis mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya yang diumumkan Ogos lalu dan musim ini akan menjadi tahun terakhirnya dia memandu untuk Silver Arrows,” kata Mercedes.
Hamilton menandatangani kontrak dua tahun untuk bersama Mercedes bagi musim 2024 dan 2025, tetapi perjanjian berkenaan mempunyai klausa yang membolehkannya berpindah selepas semusim.
Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada tahun 2020 dan terlepas gelaran pada tahun berikutnya secara kontroversi kepada Max Verstappen, yang 13 tahun lebih muda daripadanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini memilih untuk tidak melatah apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta yang difailkan oleh...