Penyanyi dan finalis Hero Dewi Remaja 2023, Hakim Khan baru-baru ini meraih perhatian apabila tampil dengan sisi baharu dalam dunia muzik menerusi single terbarunya yang berjudul Sydney yang dilancarkan pada 16 Mei lalu.
Menurut Hakim atau nama sebenarnya Muhd Al Hakim Khan Fakrukh Hadi (24) yang ditemubual oleh REMAJA, lagu ini menandakan fasa penjenamaan semula buat dirinya, membawa nuansa dan identiti lebih matang menerusi lagu bergenre R&B.
Dalam pada itu, bercakap mengenai lagu Sydney sendiri, Hakim menjelaskan bahawa lagu ini mengetengahkan tema hubungan toksik dua hala iaitu situasi yang sering berlaku dalam realiti pasangan masa kini.
“Lagu ini adalah tentang sepasang kekasih yang sama-sama buat salah, tapi mereka tetap rasa nak terus bersama dan dalam masa yang sama… tak nak juga. It’s a complicated relationship,” katanya.
Apa yang lagi menarik, tajuk Sydney bukan merujuk kepada nama tempat di Australia seperti yang disangka ramai. Lagu ini asalnya bertajuk Sini, namun dipilih untuk ditukar bagi memberikan elemen misteri dan daya tarikan tersendiri.
Ads
“Ia jadikan tajuk ‘Sydney’ sebab bunyi sebutannya hampir sama dengan ‘sini’. Tapi pada masa yang sama, kami mahu peminat tertanya-tanya kenapa tajuk lagu tu Sydney,” ujar Hakim yang juga dikenali menerusi watak Kamal dalam drama adaptasi popular Jepun, Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi.
Lagu ini juga merupakan hasil kolaborasi Hakim bersama salah seorang anggota 53 Universe, Fuego. Menurut Hakim, kerjasama ini sudah pun dimulakan dimulakan sejak awal tahun 2024.
Namun, ia mengalami sedikit kelewatan kerana komitmen projek lain. Bagaimanapun, Hakim menganggap proses tersebut sebagai salah satu pengalaman berharga.
Ads
“Saya rasa lagu ini agak beri makna mendalam kerana ia ibarat permulaan ‘rebranding’ saya sebagai seorang penyanyi”
“Sebelum ini, saya lebih banyak membawakan lagu genre Balada, tapi kali ini saya mahu bawakan satu pembaharuan menerusi R&B,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Hakim turut berkongsi perancangan untuk melancarkan EP pertamanya pada hujung tahun ini, yang bakal memuatkan lima buah lagu berkonsepkan Balada Pop, diikuti dengan album penuh R&B pada tahun hadapan.
Ads
“Untuk album EP itu, insya-Allah ada 5 buah lagu dan mungkin ada beberapa lagu dari tahun 2022 dan 2023 yang sudah lama saya simpan akan dimuatkan dalam album tersebut. Kalau bercakap tentang full album, insya-Allah tahun depan,” kata Hakim.
Sekadar info, Hakim Khan merupakan salah seorang peserta tertinggi pada edisi Hero Dewi Remaja 2023. Beliau mula menceburi bidang nyanyian sebaik sahaja menamatkan zaman persekolahan dan memilki beberapa buah lagu yang digubah sendiri olehnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hollywood dianggap sebagai industri filem tertua di mana studio filem dan syarikat produksi terawal muncul, ia juga merupakan tempat kelahiran pelbagai bintang popular dunia.
Walaupun era digital telah merubah beberapa langskap industri, namun industri perfileman masih lagi mempunyai tempat di hati para peminatnya yang tersendiri. Saban tahun kutipan filem mencecah taraf Box Office untuk filem-filem tertentu dan semakin bertambah kutipannya jika sesebuah filem itu mempunyai pelakon yang bertaraf A.
Sudah tentu la bayaran yang diterima oleh pelakon juga berdasarkan sambutan filem yang dilakonkan dan diterima oleh orang ramai. Disini kami senaraikan 10 artis yang dibayar dengan begitu lumayan:
10. Jackie Chan
Sudah lama berkecimpung di dunia filem, jadi tak hairan lah kalau bayarannya mencapai 40 juta Dollar
9. Adam Sandler
Sering muncul di Netflix. Bukan main-main, dirinya dibayar 41 juta Dollar untuk satu filem saja, hebat!
8.Will Smith
Ayah kepada Jaden ini bukan hanya berbakat dalam berlakon, bahkan turut berlibat dalam mengendalikan iklan. Kadar bayarannya dilaporkan sebanyak 44,5 juta Dollar.
7.Lin-Manuel Miranda
Bintang Broadway, Lin-Manuel Miranda mendapat bayaran 45,5 juta Dollar dalam filem In the Heights.
6.Akshay Kumar
Merupakan satu-satunya bintang Bollywood dalam list ini, Merekod 48,5 juta Dollar, ia juga aktif dalam iklan.
5. Vin Diesel
Walaupun filem terbaru Fast and Furious ditunda, hal itu gak membuat kewangan Vin Diesel terganggu. Bayarannya sampai 54 juta Dollar
4. Ben Affleck
Ben Affleck dibayar sebanyak 55 juta Dollar, terkini dirinya membintangi The Last Thing He Wanted di Netflix.
3.Mark Wahlberg
Bintang Deepwater Horizon, Mark Wahlberg, dibayar dengan nilai 58 juta Dollar sekali melakonkan watak. Khabarnya kini dia sedang sibuk memproduksi docuseries.
2. Ryan Reynolds
Ryan Reynold kini dikatakan menjadi anak emas Netflix, disebabkan siri Six Underground dan Red Notice. Bayarannya mencapai 71.5 juta Dollar
1. Dwayne Johnson
Foto: Summit Entertainment via IMDb
Daripada seorang selebriti dunia wrestling dia menggegar Hollywood dengan bakat lakonannya. Beliau menerima bayaran tertinggi selama dua tahun berturut-turut sebanyak USD 87,5 juta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu
Meskipun gagal meraih sebarang piala di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37), penyanyi dan pelakon popular Naim Daniel berjaya mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai individu pertama yang menyanyi secara terbalik dalam persembahan langsung di Malaysia.
Persembahan Naim Daniel dalam keadaan terbalik dan tergantung selama tiga minit di pentas AJL yang lepas.
Penyanyi berusia 26 tahun itu meluahkan rasa kesyukurannya di akaun media sosial beliau malam semalam dan menganggap bahawa pengiktirafan itu sebagai satu pembukaan yang baik buat dirinya sempena bulan Ramadan tahun ini.
“Terima kasih diatas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal hingga ke hari ini.
“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni, dan ianya takkan berhenti disini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan.
“Saya hadiahkan kejayaan ini buat semua anak seni yang sentiasa berani dalam mencuba,” tuturnya menerusi kemas kini di laman Instagram beliau.
Pada AJL yang lepas, pelakon Project High Council itu menyanyikan lagu “Mainan” yang ditulis dan digubah sendiri oleh Arisz Abdul Rahman, Firdaus Rahmat, Omar K, dan Mas Dewangga, sambil digantung dari kabel yang melekat pada kaki dan badannya.
Persembahan yang digelar paling ‘gila’dan ‘berani mati’ oleh tuan badan itu sendiri ternyata membuahkan hasil. Bukan sahaja ianya diterima dan disukai oleh para peminat, pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) ini juga membuktikan bahawa kreativiti dalam berkarya adalah satu perkara yang penting dan dihargai.
Sijil pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) kepada penyanyi tersebut.
Namun ujar penyanyi muda itu, beliau berharap agar orang ramai tidak mengulangi aksi lagak ngeri yang dilakukannya ketika mempersembahkan lagunya di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lepas. Menurut beliau juga, sebelum persembahannya yang tular itu berlangsung, tahap pernafasannya dipantau rapi dan paramedik juga ditugaskan untuk berjaga-jaga bagi memastikan keselamatannya.
Sehingga kini, klip muzik video ‘Mainan’ telah meraih hampir 1.4 juta tontonan dan 23,000 tanda suka di laman akaun Youtube beliau. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun sudah hampir sedekad sejak filem Polis Evo ditayangkan pada 2015, nama watak Mat Yam lakonan Amerul Affendi masih melekat kuat di ingatan peminat.
Pelakon berusia 38 tahun itu mengakui berasa segan apabila peminat memanggilnya dengan nama karakter tersebut di hadapan anak-anak.
“Perkara jadi memalukan bila saya keluar dengan anak tiba-tiba ada orang panggil saya Mat Yam, anak saya akan toleh dan tanya saya ‘siapa Mat Yam?’ sebab mereka tak tahu, waktu cerita keluar mereka belum ada.
“Saya jelaskan ia watak saya dalam Polis Evo yang sampai hari ini pun mereka belum tengok,” katanya ketika ditemui di acara Polis Evo Wonda-Ful 10 Years, baru-baru ini.
Amerul yang pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27, tidak menafikan bahawa Mat Yam adalah antara karakter paling diingati penonton hingga kini.
“Kalau nak diikutkan watak sebegini orang akan benci, tapi tak tahu kenapa untuk karakter ini orang sayang pula tak tahulah kenapa.
“Dalam cerita Polis Evo, semua karakter ganas tiba-tiba ada satu bunga yang tak berapa menjadi ada di situ,” ujarnya.
Mat Yam Kembali Dalam Drama Spin-Off
Sempena ulang tahun ke-10 francais Polis Evo, penerbit Astro Shaw bakal menampilkan drama bersiri spin-off berjudul Evo: Mat Yam, yang mengetengahkan karakter ikonik tersebut.
Amerul mendedahkan ini akan menjadi kali terakhir dia membawakan watak lelaki lembut itu.
“Saya baru tahu watak Mat Yam jadi watak utama dalam siri ini nanti, mungkin setelah 10 tahun drama ini akan jadi hadiah kepada peminat Polis Evo yang mereka boleh tonton di rumah.
“Ini akan jadi satu-satunya watak yang tidak akan saya buat di tempat lain, asalnya saya dapat watak ini pun sebab kena ‘scam’ dengan produksi.
“Sekarang terpaksa teruskan, atas pemintaan ramai, saya layan lagi,” katanya sambil berseloroh.
Harapan Buat Peminat & Generasi Baru
Selain menghiburkan, Amerul berharap drama terbaharu itu mampu memberi nilai positif kepada penonton, khususnya anak-anak muda.
“Harap karakter ini akan beri pengajaran yang bagus kepada anak saya dan juga anak orang lain.
“Juga drama ini mengingatkan penonton bahawa jika ada orang anggap kita lemah, kita tetap berguna kepada masyarakat,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...