Taman Buaya & Rekreasi Melaka Lancar Lawatan Secara Virtual Kepada Pengunjung

Share

Situasi pandemik COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi di tahap yang membimbangkan ekoran kes positif harian masih mencatatkan jumlah empat angka. Justeru itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilancarkan bagi mengekang virus daripada terus menular.

Banyak pihak yang terjejas akibat PKP ini kerana tidak dapat menjalankan operasi atau bekerja sepanjang tempoh tersebut. Seperti yang kami sering laporkan sebelum ini, pusat-pusat penjagaan haiwan seperti zoo mengalami masalah kewangan yang sangat teruk dan tidak mempunyai dana lagi untuk menampung perbelanjaan menguruskan haiwan.

Terbaru, Taman Buaya & Rekreasi Melaka telah melakukan satu inisiatif bagi mendapatkan dana dengan menganjurkan lawatan secara virtual di alam maya kepada pengunjung di rumah. Dengan bayaran RM7.00 seorang, korang boleh membuat lawatan secara online menerusi Google Meet ataupun Zoom.

Facebook Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Program ini mempunyai dua sesi, iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.15 petang. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah penerangan tentang haiwan dan memberi makan kepada buaya.

Facebook Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Inisiatif ini mendapat respon positif daripada warganet dan menyifatkan ia sebagai salah satu cara bagi membantu menyumbangkan dana untuk haiwan-haiwan di sana.

Setidak-tidaknya dengan usaha yang dijalankan oleh pihak Taman Buaya & Rekreasi Melaka ini memberi peluang kepada mereka mendapatkan dana untuk terus menjaga kebajikan haiwan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari dan daftar di link ini https://docs.google.com/…/1kDPbuGCGGjMHdh5eHGRZ…/prefill

Sambil membantu, kita juga dapat menikmati pengalaman baru kan?

Sekiranya korang berkemampuan, jom support usaha mereka!

Sumber: (1)

IKLAN