Takut Kejadian Tidak Dingini Berlaku, ‘Laut Terbelah’ Pantai Mek Mas Ditutup

Share

Jika sebelum ini REMAJA ada menulis artikel berkenaan Laut Terbelah Persis ‘Kisah Mukzijat’ di Kelantan yang menjadi tarikan terbaru di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Terbaru, menurut laporan Bernama, kawasan fenomena air surut sehingga menampakkan beting pasir dan membuatkan laut kelihatan seolah-olah terbelah di Pantai Mek Mas, Kuala Besar, itu ditutup kepada orang ramai sejak Isnin lepas.

BACA ARTIKEL BERKAITAN : Laut Terbelah Persis ‘Kisah Mukzijat’, Pelancong Dekati Pantai Mek Mas Di Kelantan

Malah, tanda amaran bahaya juga diletakkan di kawasan berkenaan berserta pita amaran kuning dan bendera merah bagi memberi peringatan kepada orang ramai agar menjauhi kawasan itu. Hal ini disebabkan kawasan fenomena yang menjadi tarikan baharu kepada masyarakat sejak sebulan lalu sehingga tular di media sosial, ditutup atas faktor keselamatan.

Menurut Penghulu Mukim Che Latif, Zinuddin Daud, 58, tindakan itu diambil oleh pihak berkuasa tempatan selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri kerana khuatir kejadian yang tidak dingini berlaku kepada pengunjung, terutamanya ketika negeri ini akan memasuki musim tengkujuh.

“Kita khuatir ia akan menyebabkan ombak yang besar secara tiba-tiba atau air pasang terutamanya pada musim tengkujuh iaitu pada November atau Disember. 

Kita ambil langkah awal (berjaga-jaga) menutup kawasan ini memandangkan ketika tular tempoh hari jumlah pengunjung ke kawasan berkenaan mencecah hampir 500 orang pada hari minggu,” 

Katanya, setakat ini pihaknya tidak pasti sama ada pantai itu akan dibuka semula kepada pengunjung atau tidak.

Fenomena seakan ini juga pernah berlaku di Ponnani, Malappuram dekat Kerala, India pada tahun 2018 setelah kawasan itu berdepan musim hujan lebat.

Setelah air surut, sebuah beting pasir sepanjang lebih setengah kilometer tiba-tiba muncul dan membahagikan air laut berdekatan Pantai Ponnani. Seperti dijangka, fenomena itu telah menari perhati pelancong di sana untuk berjalan di atas beting itu.

Yelah lebih baik ambik langkah berjaga-jaga sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Jadi korang yang berangan nak ber OOTD di pantai ini harap maklum ye!

IKLAN