Kita biasa mendengar tentang scammer. Malah kes melibatkan beberapa individu yang ditahan kerana terlibat dalam penipuan ini hangat diperkatakan dalam media sosial. Ini termasuklah kes salah seorang tahanan melarikan diri dengan melompat pagar ketika berada di dalam bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Apa yang menakutkan, menurut data dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk enam bulan pertama tahun 2020 ini sahaja, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan scam meningkat kepada RM914 juta. Satu jumlah yang sangat besar dengan penipuan di dalam talian mencatatkan jumlah penipuan paling tinggi dilaporkan.
Menurut Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar menjelaskan aktiviti scammer ini begitu berleluasa dan begitu ketara bagi tahun 2020 ini. Pada Disember 2019, Jabatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan jumlah nilai kerugian adalah sebanyak RM769 juta bagi tempoh tiga tahun berbanding RM914 bagi enam bulan pertama hingga Jun 2020, satu peningkatan yang begitu ketara.
Ads
Satu carian REMAJA di fb mendapati scammer kini menggunakan taktik terkini dengan mengiklankan di fb iaitu mereka mencari individu yang mahu menyewakan akaun bank dan ATM kad bagi pengguna yang mahukan duit segera.
Mereka sanggup membayar di antara RM100-RM300 setiap minggu bagi mereka yang mempunyai akaun bank di Maybank, CIMB, Hong Leong, RHB dan Public Bank. Jika kita benar-benar terdesak dengan duit dan memikirkan akaun itu memang kosong, kita pasti akan menghubungi nombor tertera,betul tak?
Ads
Jadi akaun bank kaldai
Di sebalik isu duit yang menjadi fokus utama rakyat masa kini yang agak terdesak kerana dibuang kerja dan sebagainya, tapi tahukah korang, dengan memperoleh sewaan duit tak seberapa ini, korang bakal menghuni penjara walau kita tak lakukan apa kesalahan jenayah pun.
Ads
Taktik menyewa akaun ini disebut sebagai Mule Account atau pun Akaun Bank Kaldai di mana scammer ini memberikan duit atas sewaan bank untuk membolehkan scammer ini memperoleh duit yang berjuta dengan menjadikan akaun korang sebagai “pengantara”sebelum duit dipindahkan ke pihak ketiga yang agak susah untuk pihak berkuasa mengesannya.
Tahukah, apabila kita memberikan sewaan akaun bank dan atd kad, kaldai akaun ini boleh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan wang secara haram dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barangan curi dan pastinya hukuman penjara menanti. Jadi hati-hati ya, jangan kerana duit, korang terperangkap dan menangis bila dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang korang tak buat. Sumber gambar : AFP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak tuduhan masyarakat terhadap orang yang membuat kebaikan tetapi dituduh riak.
Masalah ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita kerana wujudnya individu yang penuh dengan perasaan dengki dan ingin menjatuhkan orang lain.
Hal ini apabila ramai para ilmuan berkongsi tentang ikhlas dan menunjuk-nunjuk, berbuat baik dan riak di media sosial masing-masing apabila Ustaz Ebit Liew diserang segelintir warganet dengan kata-kata yang tidak baik.
Baru-baru ini, PU Amin tampil berkongsi satu posting di Instagram miliknya, PU Amin memberitahu bahawa ikhlas atau riak itu adalah antara kita secara peribadi dengan Tuhan.
“Ikhlas atau riak adalah rahsia antara insan dengan Tuhan. Bab hati penuh keajaiban.
Kita perlu bersyukur apabila ada insan yang sudi mengorbankan jiwa dan harta untuk memberi bantuan dan manfaat pada manusia lain. Dakwah bukan sekadar bercakap, tapi buat apa yang kita cakap,”
Tambah PU Amin, kita seharusnya mengajar hati dan jiwa kita untuk bersangka baik supaya hidup akan sentiasa tenang dan bahagia.
“Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah, mencari madu dan penawar walau di tempat sampah.
Bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau di mana dia berada,” tulis PU Amin sebagai perumpamaan.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dan pendapat PU Amin
Ntah la masyarakat kita ni kan, buat baik salah buat jahat lagi la salah. Emmm moga korang dapat memahami dan mendapat manfaat dari perkongsian PU Amin ini.
Satu dunia dah viral dengan aksi ‘count on me challenge’ yang dilakukan untuk menunjukkan rasa sayang dan sweet kepada orang yang kita sayang.
Mula viral di Korea, fenomena ini tak ketinggalan mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia. Dah ramai yang melakukan ‘count on me challenge’ tapi ada yang lebih best bila finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri dan Harris Annuar turut men’parody’ kan challenge ini dengan aksi lucu mereka.
“Bila ramai sangat buat ‘count on me challenge’ tu, saya fikir nak buat lain dari yang lain sikit la. Saya suka main kepala botak Harris tu, tiba-tiba je boleh dapat idea dan bila beritahu Harris, dia onz je so kami pun terus share idea sama-sama,” jelas Safwan.
Berseleroh dalam video tersebut, katanya ‘Bila takdak awek, hmm botak pun botaklah’.
Apa-apa pun ramai yang terhibur dengan video parody mereka ni. Safwan dan Harris memang banyak menghasilkan video yang boleh buat korang gelak sakan. Kalau tak percaya, pi la follow instagram mereka dan lihat sendiri. Hiks!
Selepas menjadi tular dalam insiden sidang media mengenai kemalangan yang membabitkan dua tren LRT. Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman telah ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebagai pengerusi bukan eksekutif Prasarana. Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan apabila satu surat bertarikh 26 Mei 2021 telah tular di media sosial.
Dalam surat berkenaan tertulis, “Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.”
Sebelum ini tular dimedia sosial apabila satu petisyen supaya beliau diturunkan jawatan tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 136,201 tandatangan telah diturunkan oleh warganet yang mahukan beliau meletak jawatan.
Tajuddin merupakan ahli parlimen Pasir Salak dan telah dilantik sebagai pengerusi Prasarana bermula 11 Mei 2020 bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020.