
Jeng jeng jeng, pengguna Instagram bakal menerima ciri baru yang membolehkan ibu bapa menarik nafas lega tapi para remaja mungkin akan mengeluh…huhu
Eh…macam menarik je kan?
Instagram dalam usaha menjadikan platformnya selamat digunakan oleh golongan remaja dengan memperkenalkan ciri Take A Break. Malah, ia telah pun diaktifkan dibeberapa negara antaranya di Amerika Syarikat, Australia, Ireland, Kanada, New Zealand dan United Kingdom.
Hmm..macam mana ciri Take A Break?
Instagram berharap dapat mewujudkan platform yang lebih selamat untuk digunakan oleh remaja serta mengurangkan kerisauan di kalangan ibu bapa.

- Berehat Seketika
Jadi, mereka memperkenalkan ciri ini bagi pengguna remaja supaya diingatkan berehat seketika dari menggunakan aplikasi.
- Ciri Tag
Turut diaktifkan ialah ciri tidak membenarkan pengguna remaja menggunakan ciri Tag oleh akaun yang tidak diikuti oleh mereka.
- Topik
Saranan untuk berubah dari topik tertentu juga diberikan kepada remaja sekiranya Instagram mengesan mereka menghabiskan terlalu lama pada satu topik tertentu.
- Had masa boleh ditetapkan
Bagi ibu bapa pula mereka diberikan pilihan untuk melihat aktiviti serta tempoh penggunaan aplikasi oleh anak-anak. Kemudiannya had masa boleh ditetapkan sendiri oleh ibu bapa mengikut keperluan.
Jadi, apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi Clubhouse Bakal Ditawarkan Pada Pengguna Android Minggu Ini

Clubhouse merupakan aplikasi media sosial yang memberi fokus kepada penggunaan panggilan digital, tidak kira secara berdua atau pun beramai-ramai. Sebelum ini, Clubhouse hanya boleh digunakan secara eksklusif di peranti iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 13 dan keatas.

Kini, aplikasi ini bakal ditawarkan di seluruh dunia dan menyasarkan memperkenalkan akses mengikut negara sepanjang minggu ini. Clubhouse sebelum ini telah menawarkan aplikasi Android dalam bentuk beta untuk pengguna di Amerika Syarikat.
Ia dijangka dibuka kepada semua pengguna Android menjelang Sabtu ini. Walau bagaimanapun, walaupun aplikasi ini boleh dimuat turun oleh semua, namun pengguna tetap perlu mempunyai jemputan sebelum dapat menggunakannya.

Ada pengguna tegar Clubhouse ke disini? Apa komen korang?
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Sampai Sebulan Lancar ‘Dah Panas’! Pengguna Mula Mengadu Tentang Model iPhone 15 Meski Berharga Kayangan

Pelancaran model telefon pintar terbaru keluaran Apple, iPhone 15 baru-baru ini telah menarik perhatian ramai pengguna setia jenama tersebut untuk beralih ke model terbaru itu.
Namun, tidak kurang juga sebilangan daripada penggunanya yang telah melancarkan beberapa aduan sejak menerima model iPhone 15 masing-masing. Antara yang paling kerap didengari adalah bagaimana model tersebut pantas menjadi panas sewaktu ia digunakan.
Apple pada 30 Oktober lalu telahpun mengenal pasti beberapa isu yang menyebabkan model iPhone 15 cenderung menjadi panas lebis pantas daripada yang disangka selepas penggunaan. Ini termasuklah isu ‘bug’ atau pepijat di dalam perisian iOS 17 dan berkata isu tersebut akan ditambah baik dalam kemas kini seterusnya oleh Apple.

Menurut Apple lagi, isu ini mungkin berlaku dalam tempoh beberapa hari terawal penggunaannya selepas ia dibuka daripada kotak. Ia juga menjadi panas kerana beberapa aplikasi sedang beroperasi menjalankan ‘tugasan yang berat’ sewaktu pengguna mengisi semula kandungan peranti (restoring the device).
Untuk pengetahuan, isu telefon panas hanya melanda pengguna iPhone 15 manakala pengguna iPhone 15 Pro dan Pro Max tidak pula menghadapinya.
Ini memandangkan reka bentuk bekas titanium baharu (iPhone 15 Pro dan Pro Max) yang digunakan boleh menghasilkan pelepasan haba yang lebih baik berbanding model keluli tahan karat (iPhone 15).
Isu model iPhone 15 menjadi panas ini mula hangat (pun intended) diperkatakan setelah tular video penggunanya yang menunjukkan model iPhone 15 Pro mencecah suhu sekitar 42 darjah Celsius.
Malah, ada juga kes dimana model iPhone 15 mereka menjadi terlalu panas sehingga tidak boleh dipegang selepas penggunanya membuat panggilan video secara FaceTime selama dua minit atau selepas pengguna melayari Instagram Reels selama lapan hingga 10 minit.
Itu belum lagi isu telefon panas semasa mengecas walaupun pengguna membiarkan telefon dicas tanpa menggunakannya pada waktu yang sama.

Isu telefon panas ini bukan sahaja mengakibatkan pengguna tidak selesa dengannya, bahkan ia boleh menjurus kepada masalah kesihatan sekiranya ia berlarutan setiap kali menggunakan telefon pintar mereka.
Apple dalam pada itu menjamin sebarang penambah baikan pada pepijat iOS 17 kelak tidak akan mengurangkan prestasi, sebaliknya ia hanyalah usaha untuk menangani isu suhu panas iPhone.
FOTO HIASAN: APPLE
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
500 Buah Honor 9 Lite Terjual Dalam Masa 5 Minit di Shopee Mall Hari Ini, Apa Yang Best Tentang Telefon Huawei…

Wow amazing. Bermula pagi tadi, 9 Mac, telefon bimbit terbaru, Honor 9 Lite sudah menemui pengguna.
Dijual pada harga RM749 untuk jualan tetapi bagi memberi kejutan kepada peminat jenama Huawei, harga atas jualan dibuka pada RM699 sahaja.
Menakjubkan, menurut jurucakap Shopee Mall, dalam tempoh 5 minit dibuka untuk jualan, kesemua telefon bimbit berkenaan sudah ditempah sekaligus membuatkan pihak Huawei menambah lagi 1000 buah telefon bimbit. Dan jika sekali lagi jika jualan ini “sold out” di media platform itu, banyak lagi Honor 9 Lite akan ditawarkan pada pembeli dengan harga jualan runtuh itu iaitu RM699 berbanding harga biasa RM749.


Didatangkan dalam dua warna iaitu variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray bagi yang gemar berswafoto, telefon bimbit ini pasti mengujakan.
Sementara itu, tiga hari sebelum pelancaran harga runtuh ini, pihak media menerima jemputan untuk merasaikan kelebihan honor 9 lite ini.
Jom baca apa yang best tentang telefon bimbit ini. Lagipun ada masa sebelum kesemuanya dimiliki orang lain.
Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera – Honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.
Rekaan dan Paparan Yang Menawan – Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.
Berprestasi Tinggi – Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.

Dalam pada itu, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pengkalan pengguna yang lebih besar”.
“Kami teruja bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami, honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.

Zhao menambah, “honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami. Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan – lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan”.
Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.

150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

