Tak Tahu Tajuk Lagu Bukan Masalah Lagi, ‘Humming’ Je Di Fitur Terbaru Google Ni

Share

Kalau sebelum ini korang ada problem dengan mengingat tajuk lagu dan lirik?

Pernah tak korang lalui situasi dimana korang ada problem dengan mengingat tajuk lagu dan lirik tapi teringin sangat nak dengar lagu tu?

So korang kena berterima kasih kepada Google, melalui acara Search On telah memperkenalkan fitur baharu untuk mencari lagu tanpa menaip lirik, nama artis, atau judul lagu.

Fuh senang je wehh…..

Kalau sebelum ini, korang kena cari tajuk lagu dengan hanya menggunakan lirik, tapi fitur terbaharu yang diperkenalkan oleh Google ni korang boleh ‘Hum To Search’ untuk mencari lagu kegemaran korang.

Caranya mudah je, korang boleh cari lagu dengan bersiul atau menyanyikan lagu tersebut dengan irama yang tepat supaya Google dapat mengesan rentak lagu kemudian menyenaraikan lagu-lagu yang berkaitan dengan bunyi yang disiulkan.

Untuk mencari fitur ini, hanya perlu masuk ke aplikasi Google yang telah dikemaskini, kemudian tekan pada ikon mikrofon dan klik pada butang ‘Search for a song’.

Boleh juga menggunakan Google Assistant dan bercakap, ‘Hey Google, what’s this song?’

Seterusnya, boleh mula humming atau bersiul sekitar 10 hingga 15 saat. Kemudian, algoritma mesin pembacaan akan mula mengenal pasti padanan lagu yang berpotensi.
Buat masa ini, fitur ini tersedia lebih daripada 20 bahasa. Sama ada lagu bahasa Inggeris, lagu Melayu, Indonesia, Korea, Arab, Hindustan dapat dikesan Google.

Menurut Google, pihaknya akan menghadirkan lebih banyak bahasa yang akan menyokong fitur ini pada masa akan datang. Fitur terbaharu ini anda boleh digunakan melalui aplikasi Google.

So cepat-cepat update versi terbaharu melalui Playstore atau iOS korang.

SUMBER

 

IKLAN