Hiburan

“Tak Tahu Jungkook Akan Keluar Juga…” – Dituduh ‘Copy’ Ahli BTS, Sean Lee Dedah Sebab Sebenar

Share

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila pelakon dan pengacara terkenal, Sean Lee menerima kritikan hebat daripada netizen susulan penampilan dan tariannya yang dikatakan meniru gerakan ahli kumpulan BTS iaitu Jung Kook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Akan Kejar Dia Sampai Dapat…” – Sean Lee Dedah Rahsia Lelaki Cina Lebih Digemari Wanita Zaman Sekarang

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok Warner Music Malaysia, memperlihatkan Sean Lee atau nama sebenarnya Lee Jia Ern menari dengan iringan single

terbaharunya berjudul Tak Sanggup Menerima.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila gerakan tarian Sean dilihat mirip dengan tarian ahli BTS tersebut menerusi muzik video Standing Next To You.

Penyanyi berusia 29 tahun itu kemudian mendedahkan kisah di sebalik isu tersebut kepada REMAJA ketika ditemui di sesi media Gempak Most Wanted Awards minggu lalu.

“Untuk isu itu, Sean tak tahu sangat pun ada artikel keluar about that. I just saw komen-komen yang orang beri dan terus terang, kita tak copy tarian tersebut.

We are already editing the video ketika itu dan confirm

lah Sean tak tahu yang Jungkook akan keluar juga lagu seperti itu,” jelasnya.

Mengakui bahawa Jungkook adalah idolanya dalam arena muzik, Sean menafikan sama sekali tuduhan yang dilemparkan oleh warganet kepadanya.

“Bila Sean nak habis edit dah video tersebut, tiba-tiba Jungkook keluarkan video lagunya. Sean memang tengok video tersebut sebab Sean peminat Jungkook. I like his music and style. Dia memang idola dan inspirasi bagi Sean.

“Benda pertama yang terdetik dalam minda saya ketika dengar dan lihat music video tersebut, ‘Yo, ini sama dengan Sean punya ni. Macam mana ini….’

“Sebab Sean tahu bila keluar nanti, orang mesti akan ingat Sean tiru Jungkook. Tapi nak buat bagaimana, benda dah berlaku so Sean taknak terlalu fokus sangat dengan isu ini,” komennya lagi.

Apa-apa pun, REMAJA applaud usaha Sean! Keep fighting Oppa!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Instagram Sean Lee

 

 

IKLAN